Monday, October 29, 2012

GO TO SCHOOL!!


"Ibu, Qaireen nak go to school!"

"Ibu, Qaireen nak beg school!"

"Ibu, besok Qaireen nak go to school eh!"





Setiap kali lalu di hadapan sekolah mana-mana dalam perjalanan pergi kerja atau balik ayat ini mesti keluar dari mulut anak sulung ku...

Huhuhu tak tahu nak jawab macamana..


"Hm tunggulah Qaireen dah betul-betul ok. Baru boleh pergi school..."



Hari raya yang lalu, kawan daripada Kuching telah datang beraya di rumah kami. Husband bertanyakan perihal taska dan tadika anak-anak kawan. Anak yang sulung berusia 4 tahun nak menginjak ke lima tahun dimasukkan ke tadika PASTI dan yang kedua sebaya dengan Qaireen iaitu 3 tahun lebih ke tadika PERMATA.

"macamana sekolah anak-anak ko pok?"

"oklah, kalau yang anak sulung aku hantar belajar kat PASTI. Ada belajar baca doa, mengaji , tulis. Situ ada unsur-unsur islamik sikitlah"...




"yang anak no dua pok? Ok ke? ko hantar anak ko kat PERMATA kat politeknik kan?"


"Kat poli, senang dekat jek, wife aku boleh ambil antar"


"kat PERMATA diorang ajar apa pok?"


"Ntah bila aku tanya buat apa? dia kata main, makan. tapi ada jugak belajar membaca, ada belajar berdoa. Tapi kalau kakak dia baca doa betul-betul. Yang anak aku kat PERMATA belajar doa menyanyi-nyanyi hahaha!"


"Oooo berlagu-lagu hahaha"..


"Aaah!"...


"mesti bergoyang-goyang kepala dan badan bila baca doa hahaha" husband gelak dan gelak.....


Hmmm dalam hati saya terdetik... Tgk ler sapa pengasas PERMATA tu.........
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*





































Friday, October 19, 2012

SUMMIT PARADE BP: SAD STORY

masa cuti mggu lepas, saya, husband dan anak2 ke Summit Parade Batu Pahat. Siapa yang tak kenal Summit Parade? Terutama ex student ITTHO @KuiTtho. Sini ler lubuk korang nak berlibur (main bowling, jamming, tgk wayang, karoke) atau cari barang alat tulis, komputer etc.


Especially to me. sebab tempat ni lah saya dan kawan2 sekolah meronda pusing-pusing bila habis tuisyen sejak dibuka tahun 1996.



Dan korang tau tak apa dah jadi kt SP ni?
Lets the picture stories it......



Wing kanan




Wing kiri

Satu deret smua tutup. Ada iklan je kedai untuk disewa. Anda berminat nak bukak kedai bole dtg ke sini



Ada satu dua kedai yg bukak. Tapi mcm nyawa2 ikan. Tak tau diorg boleh bertahan sampai bila.....



Best pada umar berlari sebab lapang giler! Takde orang lalu lalang. Bebas lari sana sini!





Butik ni pun dah kosong tinggal patung2 je dalamnya. Dulu masa nk konvo cari baju kat sini tapi owner dia mcm tak layan je tengok kita macam tak mampu je beli baju kat situ....




Kosong....


Tetiba rasa sayu tgk SP mcm ni. Dulu time student kalu nk kuar berjalan confirm sebut Summit!

Sanggup naik bas hehehe...


Seram pula jalan2 kt situ. Sunyi sepi. Lepas tak de nak ke sini lg hmmm

Tuesday, October 16, 2012

THE BEST REBATE OFFER!!!

THIS QUOTE I TAKEN FROM HIS BOOK:


"Apabila kita bercadang membeli sesuatu dengan banyak, kita mensyaratkan pembekal memberikan sesuatu sebagai balasan bagi menjadikan urusniaga lebih manis", 

-TUN DR MAHATIR MOHAMAD-
 "Doktor Umum-Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad

Dalam buku tersebut apabila beliau membeli jet pejuang Sukhoi daripada Russia, dia mensyaratkan mereka memberi latihan kepada angkasawan negara kita. Apabila MAS membeli pesawat, dia mensyaratkan pembekalnya membeli komponen kapal terbang daripada kita. 


Saya bukan hendak menyuruh anda menjual pesawat Sukhoi! lol... 
Just mahu berkongsi(share)

FIRST TIME IN HISTORY, SYARIKAT MENGELUARKAN REBET UP TO RM6500!!
TAWARAN HINGGA KE HUJUNG TAHUN 2012.



DENGAN PENJUALAN BIOZONE FOOD PURIFIER!!

DENGAN MENJADI PENGEDAR PRODUK INI, SYARIKAT MEMBERIKAN REBET RM6500!
WAH, BELUM JUAL PRODUK LAGI, CONFIRM DAH DAPAT UNTUNG 6K++
BELUM LAGI KEUNTUNGAN JUALAN HARGA RUNCIT SEBANYAK RM150-200 BAGI 1 UNIT.


ITULAH KEMANISAN MENJADI PENGEDAR PRODUK INI, SYARIKAT MEMBERIKAN REBET YANG TERBAIK UNTUK PENGEDAR MEREKA!


APA KELEBIHAN PRODUK INI?
  • Selamat.
  • Keberkesanan dalam menyingkirkan bahan-bahan pencemar daripada makanan dan memelihara nutrien dalam makanan.
  • Keberkesanan dalam mengekalkan kesegaran makanan dan menyingkirkan bau busuk.
  • Pelbagai fungsi purifikasi ke atas makanan: Daging / Buah-buahan / Sayur-sayuran / Makanan Laut / Herba.
  • Penjanaan ozon yang konsisten dan mesra alam.

                                                  APA CIRI-CIRI PRODUK INI?

  • Mudah beroperasi dengan menggunakan empat mod pengawal masa mikro-pemproses untuk menentukan masa purifikasi yang berbeza (3 minit/15 minit/30 minit/45 minit)
  • Tidak perlu menggantikan penjana ozon dengan kerap.
  • Penggunaan kuasa yang rendah ~ 35W.
  • 100% tiub silikon yang bergred medikal.
  • Batu seramik yang bergred tinggi.
  • Plastik ABS bergred tinggi yang menentang ozon.
  • Mudah alih, mudah digunakan dan mesra pengguna.

                                                        CARA PENGUNAAN PRODUK?

  1. Sediakan semangkuk air.
  2. Bersihkan makanan dan potong kepada kepingan.
  3. Letakkan makanan yang perlu dipurifikasi ke dalam mangkuk.
  4. Pastikan paras air menutupi makanan. (Isipadu air yang maksimum untuk purifikasi ialah 10 liter).
  5. Masukkan tiub silikon bergred medikal ke dalam mangkuk dengan merendamkan batu seramik di dalam air.
  6. Tekan butang pengawal masa untuk memilih masa purifikasi anda


BERAT PRODUK HANYA 1.1 KG DAN MUDAH DIPASANG JIKA PENGEDAR MEMBUAT DEMOSTRASI. 

ADA PERSOALAN? BOLEH KLIK DAN LAYARI LAMAN - WEB BIOZONE FOOD PURIFIER UNTUK KETERANGAN LANJUT.

KENAPA SEMUA RUMAH PERLUKAN BIOZONE FOOD PURIFIER?
SAYA CADANGKAN ANDA SAKSIKAN VIDEO DI BAWAH......



BERMINAT??

INGIN TAHU LEBIH LANJUT??

PM ME
-HASNY-
012-7597929

Wednesday, October 10, 2012

Tauke Kedai Photostat di Pt Raja

Saya pernah berbual dgn tauke kedai photostat kat Pt Raja...Kebetulan masa tu dah tamat belajar saya nak jilid tesis saya. Petang tu dia pulak tetiba sahaja ramah berbual dgn saya...

Saya fikir dia mesti untung banyak sebab semua student dan lecturer UTHM tala photostat, jilid buku je kat kedai dia..

Dia ckp 
"mana ada untung maa..saya rugi adalah, kalu mesin rosak lagi kacau, mahal bayar servis. Saya sendiri belajar betulkan! Pening kepala"

"ada pekerja pun tak betul! kasi rosak saya punya mesin!"

Memang pekerja dia sentiasa bertukar, sebab semua berhenti tak tahan kena maki dgn uncle ni. dia ni baran juga orgnya.

dan saya tanya balik 

" abis kalu rugi why you still buat bisnes ni?"


Dia jawab
"aiya! bini saya bosan duduk rumah tak tau buat apa, tu pasal saya bagi modal buat bisnes ini.."


Hohoho tak sangka uncle cina ni buat bisnes nak isi masa lapang wife dia...


dan anda pula? Jika nak berniaga apa sebabnya?!

Tuesday, October 2, 2012

My dream house...

Kesian blog ku ini, lama tak de post apa-apa yang baru. sejak balik bercuti menjaga Qaireen di HSAJB, keje sibuk je memanjang. Yela nak ganti kelas seminggu cuti tempoh hari... 


Today story is about my dream house..
Sekarang saya menyewa di Bandar Seri Sendayan, bandar ni agak baru lah terletak di S2 (Seremban 2). 

Sebab apa menyewa?? Pasal rumah yang dibeli belum siap lagi. Kena tunggu 2014 siap!! 2 tahun tu huhuhu...


Nak beli rumah ni memang impian dari dulu lagi tapi kami sabar menunggu sebab nak betul2 pasti pindah kat mana (kira nak settledown kat mana lah yek). Politeknik kat Malaysia ni bukan banyak pun!!

Dan bila dapat jek pindah semenanjung terus kami cari rumah untuk sewa,
 last2 bukan nak cari sewa!! beli terus hahaha!! Harga rahsia.
Apapun thanks to Wada (officemate saya di Kuching coz bagitau pasal bandar baru ni). Tempat ni memang strategik.


Hari2 kami akan lalu di kawasan rumah yang dah beli tu.. dan hari2 ler kami tengok perkembangan pembinaan rumah. 

dan sekarang Showhouse dah separuh dalam pembinaan. Dup dap Dup dap.
yela nak tunggu showhouse siap pun tak sabar2 pasal boleh nampak mcm mana ler design rumah kami sebenarnya...Coz kita beli memang tgk berpandukan pada pelan dan tanah rumah sahaja. Terus booking buat urusan pembelian. Tiada rumah contoh. So dapat rebet 15%. 



Tapi kadang2 tgk rumah contoh ni nak tergelak pun iyo!! macam rumah kedai plak! LOL



Sapa2 nak beli rumah di kawasan Seremban 2 boleh ler berkunjung ke galeri dia yek. Memang strategik-dekat KLIA, Putrajaya, 7 minit sahaja ke Aeon S2 dan paling best Politeknik Nilai jarak 10 minit jek!! (hei baru pindah nak mintak pindah lagi, takde nyer org nak layan permintaan aku ni huhuhu)...

Kalu ikutkan hati nak tinggal je rumah sendiri kan! kan!
Yela pasal macam2 dalam kepala ni nak buat kat rumah. 
Rumah sewa dah tentu rumah orang kalau buat lebih-lebih pun bukan rumah kita sendiri, jadi kepuasan tu tak de lah.



Kalau balik kerja penat2 sampai masuk rumah macam ni mesti rasa tenang....hilang serabut stress kerja

pergh!! buat design bilik sebijik macam hotel 5 star!!  So lepas tu tak heran kalau tido hotel, tido kat rumah lagi best hm....



pastu kat laman buat pulak taman ala-ala macam Bali hehehe.. Rumah ku Syurga ku....



tapi apa yang paling penting ialah 
jeng jeng jeng 


Of course DAPUR lah kan... rumah tak de maknanya kalau dapur tak berasap!


ni asyik tengok design dapur orang jek, kalu gi mana2 showhouse tak pun rumah baru member2, bila ler nak buat dapur aku macam tu LOL!!


oleh itu saya akan berusaha, 
berusaha, 
berusaha 
dan 
berusaha untuk mengejar impian saya!!



semoga Allah memberkati apa yang saya lakukan... AMIN!!



Makanan Kegemaran Ilhan Wafiq.

 Ilhan Wafiq, suka makan ayam goreng KFC. Atau Marry Brown. Set lunch tu dia boleh abiskan seorang kecuali coleslaw sebab aku yang makan kan...