Monday, August 31, 2015

Gunting rambut D.I.Y

Lama budak2 ni tak gunting rambut. Dekat 2 bulan jadi makin panjang rambut. Kalau Umar, dia tak nak gunting sebab dia tak mau gondolkan kepala dia. Sebab kawan2 dia kat Pasti ejek dia budak botak. Kita faham kenapa kadang2 budak2 tak suka sebab tak nak dimalukan. 

Jadi aku suruh husband biarkan rambut dia panjang sahaja. Nanti balik Johor mintak ayah potongkan sisir tepi pun cukup. Biar kemas. Kebetulan ayah ada set gunting rambut. 

Muka Umar redha je kena gunting rambut pagi tu, ini pun dah puas pujuk gunting rambutnyer...


Hah, amik siap ada 2 barber lagi hehehe. Masing2 tunjukkan skil gunting rambut!!

Potong bagi kemas jer, takde sodok rambut tu...


Dah mula rasa rimas, gatal lah badan tu. 

Turn kakak pulak. Qaireen rambut memang lebat. Nak potong pendek sebab cepat berpeluh.


Steady Qaireen, atuk guntingkan rambut. Dari minggu lepas dia ajak gunting rambut. 

Ok, dah potong mandi balik. Hehehe selamat tak payar bayar 20-30 gunting rambut. Jimat. Buat sendiri jek...

Hantar borang I di MBSA

Hari Jumaat 28 Ogos aku dan husband amik cuti sebab nak settle pertukaran nama pemilik di Majlis Bandaraya Shah Alam. Dah tiga bulan sejak sign dan dapat S&P tapi tak tukar2 nama, last2 lawyer call tanya dah hantar borang I ker? Bila nak tukar nanti kena penalti tau... T_T

So hantar budak2 ni pergi sekolah dulu, gerak keluar lambat sikit jam 7.45 am.

Ceria sikit nak gi sekolah yek!!

Dah sampai Shah Alam. 

Borang I kena hantar kat Bahagian Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Tingkat 2 MBSA

Waktu operasi di kaunter 

Caj perkhidmatan jika lewat lebih 3 bulan dari tarikh penrjanjian S&P. Jadi memang kena bayar pun huhuhu

Hantar borang dan bayar terus. Settle, asyik tangguh2 saja :))))



Wednesday, August 26, 2015

Pendidikan yang formal vs tak formal

Dah jadi kebiasaan. Selalunya bila keluar sahaja iklan di website KPM, tak kira lah iklan untuk kenaikkan pangkat atau biasiswa melanjutkan pelajaran ramai staf akan tanya kat aku "Tak mohon ker kenaikan pangkat?" atau" Tak nak ker sambung belajar?" "Bukan dah cukup syarat kan?" Jumpa saudara mara pun begitu jugak T_T

Aku sekadar geleng kepala dan senyum sahaja. Kadang2 rimas juga. Mahu je jawab "Maaf tiada cita-cita atau impian ke arah itu......"

Ikutkan sampai hari ni kebanyakkan orang akan menilai tahap pendidikan dan pangkat seseorang itu, Kalau dia ada diploma, mungkin akan tanya bila nak sambung degree? Kalau ada degree, nanti ditanya bila nak sambung ke Master... dan seterusnya PhD. kalau dah ada PhD bila nak jawat pangkat besar? Aku pun berfikiran macam tu juga, kejayaan seseorang itu layak diukur pada pencapaian tertinggi dalam pendidikan mereka. Sebab itu 10 tahun dahulu aku adalah antara orang bersungguh2 untuk sambung belajar T_T

Tapi 10 tahun berlalu, baru aku sedar. Pendidikan adalah suatu perkara yang sangat umum, bukan sekadar sekeping kertas yang nak frame cantik dan digantung kat dinding. Nak tayang kat orang. Itu hanya sekadar 'fragment' kecil tentang pendidikan. Pendidikan bagi aku adalah mencakupi luas berkaitan rapat dalam pengalaman diri dari segi kematangan dalam personaliti, emosi, sosial, kejayaan, kegagalan dan pengurusan kewangan. Bukan sekadar untuk mendapatkan pengiktirafan daripada sesetengah pihak dalam bidang2 pengajian tertentu macam kejuruteraan dan sains...

Macam aku ni adalah seorang individu tidak akan sama seperti aku pada 10 tahun yang lalu. Sebab kita semua mendapat pendidikan secara tidak langsung melalui pengalaman dalam hidup kita. Bukan setakat melalui pendidikan formal di dalam kelas atau kuliah.

Pendidikan adalah lebih daripada itu... Bukan hanya mengingat dan menghafal sesuatu teori dan rumus dan tulis balik dalam kertas... Wooo aku sejujurnya tak sanggup nak hadap perkara tu lagi...


Masa aku Form 5 (1998), dalam kelas Add Math. Cikgu Chua tengah mengajar penyelesaian untuk algebra dan persamaan serentak... Berjela2 dia tulis kat papan hitam. Penuh semua papan hitam. Bila dah dapat jawapan, aku pulak rasa sesak nafas. Rasa lemas macam duduk dalam gua je belajar subjek ni T_T

Pening siot dah ler kelas tambahan waktu petang.. Tetiba ada soramg mamat kelas sebelah, (aku ingat nama dia Hairul) angkat tangan!!! "Cikgu, dah macam tulisan cina.!!"  BAHAHAHAHA satu kelas gelak terbahak2 termasuk ler aku hahaha!! Bengang pendidik dibuatnyer kan....  Ingat member kelas aku mengomel "Kita nak belajar rumus panjang2 ni buat apa?? Bukan boleh guna pun kalu beli barang kat kedai?"

"I do not have enough formal education"

The truth of the matter is…
"Street wise and common sense education is more important than formal education when it
comes to building your financial freedom."

-KC Lau-


P/s: Kalau cara akulah sekarang untuk sambung belajar pastikan aku wajib kira ROI dia!! "Rate of Investment." Berapakah kadar keluaran wang dan masa yang perlu dilaburkan. Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk meraih keuntungan pelaburan tersebut. Kalau duit keluar beribu2 ada sampai berhutang tabung pendidikan tapi pulangan dia tidak menepati target dan sasaran keuntungan, baik lupakan sahaja. Laburlah duit itu untuk masa depan anak2 kita sahaja. Itulah jalan paling terbaik dan mantap!! Demi masa depan generasi kita.

Cara aku, ikut akulah kan... Tiada kena mengena orang lain...

Sijil dan gambar konvokesyen
 yang dah terperuk bertahun2 dalam beg di stor ni ropanyer!! Dah tukar kaler kuning kusam T_T



Thursday, August 20, 2015

Pengubat Gastrik...

Dari kecil, since sekolah darjah 3 lagi aku dah kena gastrik. Kalau salah makan confirm berguling2 tahan sakit perut huhuhu rasa macam perut ni kain basah diperah2. Lepas tu muntah saja sebab angin tolak...T_T

Itu belum kira lagi beberapa kali aku admit wad hospital sebab teruk sampai muntah2 dan cirit dibuatnya. Dah berbotol2 dah telan, makan pil magnesium hidroxide untuk buang angin dan kurangkan pedih hulu hati. Sampailah aku dah bekerja pun masih sama macam tu. Last2 mak aku suggest untuk buat appointment kat hospital dia untuk teropong perut aku (endoskopi), takut dah jadi ulser woowoow woo no! no! no! Sebab mak aku bagi tau pesakit kalau buat test tu biasanya akan serik tak nak buat lagi. Ish ngerinya, dah cakap macam tu lagilah aku tak buat!!!

Kalau pergi hospital/klinik confirm dapat bekalan ubat ni. Sumber dari google. 

Sebab aku tak nak buat endoskopi maka mak aku pun bagi lah cuba macam2 supplement antaranya makan aloe veralah, Gavisconlah, telan cecair gamat dan last sekali ubat antibiotik hospital yg paling 'power'(berpapan2). Kena makan ikut time. Punya dahsyat. Aku masih ingat cuba telan supplement daripada produk gamat, yerk dah ler warna hijau rasanya yarabbi! Terpaksa juga telan nak bagi baik, takut kena masuk teropong punya pasal huhuhu. Last2 tak jalan juga, sebab tiada istiqamah... Cakaplah apa produk pun, pernah mak bagi minum Herbalife, pun aku muntah lepas minum T_T.


Tahun 2011 after keluar dari Normah Specialist, Kuching sebabkan gastrik, aku belek2 buku Tupperware terbaca tentang produk supplement Nature Care, Organic Lacto Fiber. Rasa macam best jer bila baca tentang testimoni dan huraian kandungan supplement dia (lebih kepada penjagaan darah, perut dan usus dalam badan kita). So aku pun try beli sebotol.



Bahan2 dia terdiri daripada 59 campuran /kombinasi bahan organic - sayuran dan buahan. Jadi totally terdiri dari serat (fiber) dan ada probiotik. Produk halal, ada sijil dari JAKIM (Tupperware kan, kena jaga produk dia).  Satu hari 1 scoop bancuh air sejuk (tak mau air panas) goncang dan terus minum! Nak campur air jus pun boleh. Seelok2nya minum awal setengah jam sebelum makan apa2 di waktu pagi. 

Rasa dia? Manis2 buah macam minum jus air sayuran dan buahan campuran! Sedap....

1 scoop per day!

Alhamdulilah, selepas makan ni secara istiqamah setiap pagi sebelum pergi kerja dan sarapan aku langsung tak kena gastrik dah....!! :)

Tiada lagi rasa pedih perut atau ulu hati. Makan pun macam biasa tiada pantang larang. Terutama minum air kopi atau nescafe. Aku ni addict agaknya minum coffee nak bagi mata aku cergas wahahaha...tak elok sebenarnya.  Rasa tak sakit langsung tu tak adalah, kadang2 bila makan makanan ada letak cuka ker atau terlalu pedas dan aku mula rasa tak sedap perut cepat2 aku bancuh minum Lacto Fiber.  Dalam setengah jam terus hilang sakit. Senang je kan, tak payah telan2 pil. Atau minum supplement set itu campur set ni lah. Dah ler harga beratus2 nak kena maintain makan.... Mak aku pernah abis seribu lebih beli whole set supplement, sudahnya tak makan juga. 


Syukur, alhamdulilah. Since penghujung 2011 sehingga ke hari ini aku menulis tiada lagi gangguan gastrik yang kronik. 

Dalam bentuk sachet.

1box = 12 sachets

Kalau balik kampung ker, atau pergi kursus atau makan angin make sure mesti bawa yang sachet punya dalam beg. Jadi senang nak bancuh tak payah usung botol dia ke mana2 kalau kita dalam travelling kan.. 


Harga 1 botol 300gram ni pun ialah RM136.50 (termasuk GST). Boleh tahan untuk makan seorang sebulan. Kalau jenis kotak RM63.50 (12 sachets). Itu adalah harga biasa, kalau korang jadi ahli Tupperware ada lagi diskaun dia. Perihal Lacto Fiber ni korang boleh check kat website Tupperware Brands Malaysia di sini. 


Inilah pengalaman aku yang benar2 aku nak share dengan korang semua. Memang berkesan dan hasilnya positif. Percaya ke tidak terpulanglah yek sebab kesihatan masing2 yang kena jaga sendiri.. 
ok, kbai .....






Tuesday, August 18, 2015

Bertukar Insurans ke Great Eastern -Takaful

Aku mula mengambil insurans ketika aku berusia 19 tahun (2001), ketika itu tahun kedua dalam pengajian diploma di IPTA selatan tanahair. Masa tu insurans masih lagi baru, tiada lagi polisi takaful hanya ditawarkan cuma insurans konvensional sahaja. Caruman hanyalah lebih kurang 500 setahun. Oklah sesuai utk aku ketika itu cuma ada biasiswa je untuk biaya pengajian diploma masa tu..... Faktor ambil dulu sebab aku terdedah risiko kemalangan memandangkan aku mengambil bidang kejuruteraan (main mesin, main jentera, main api, main cutting tools...huhuhu tak tau lah camne aku 'terjebak' dalam mekanikal)

Bila dah kerja di Kedah, tahun 2005 aku tambah lagi satu polisi untuk medical card. Aku tanyakan ada tak polisi yang islamik daripada Great Eastern pada ejen. Ejen cuma bagitau setakat ini hanya ada Dana Restu di mana pelaburan dana itu dibuat pada kaunter2 yang patuh syariah. Masih tiada lagi ura-ura tentang takaful.

Bila aku dah kahwin dan pindah bekerja di Sarawak, husband dan anak-anak pun amik insurans Prudential-Takaful. Ketika tahun 2010 sudah mula rancak mempromosikan produk polisi takaful. Sudahnya aku je yang polisi Great Eastern sedangkan satu family amik Prudential Takaful T_T.

Puncanya, aku nak tunggu Great Eastern buat takaful juga. Sebab aku bermula insurans dengan syarikat ini jadi kalau boleh aku nak tukarkan terus ke Takaful nanti. Akhirnya 2011, barulah Great Eastern lancarkan polisi Takaful julung2 kalinya. Tapi awal tahun 2012, aku sekeluarga dipindahkan ke Semenanjung pulak. Jadi hasrat nak bertukar tu terbantut, tertangguh2 ajer isk isk isk... sampaikan tahun ni, 2015 aku still lagi tak tukar ke dari konvensional ke takaful. Dah banyak kali lalu je depan bangunan dia, tapi nak singgah berurusan tak sempat je, astagfirullahaladzim...


Bila datang ejen Etika Takaful bagi talk tentang produk islamik, baru aku sedar aku asyik tangguhkan sahaja hasrat tu. Teruknya. Sedangkan Majlis Fatwa Kebangsaan terang2 katakan pelaburan di dalam itu haram sebab ada unsur gharar dan riba walaupun dikatakan melabur dalam kaunter yang mematuhi shariah T_T...


Akhirnya minggu lepas, aku terus ke pejabat Great Eastern di Seremban. Tak mau tanguh2 dah! Buat urusan tukar alamat (sudah tiga tahun pindah, alamat tak tukar2 lagi. Confirm berlambak surat GE kat Sarawak sana hehehe!!!) Dan minta admin terminate polisi lama dan ganti kepada takaful. Nak sambung ke takaful tak boleh... "You kena tutup yang lama dan buka polisi takaful baru. Nanti kami refund investment pada you. Boleh hubungi ejen kami, kami bagi nombor dia..."

So admin mintak aku berurusan dengan ejen mereka, aku mintak ejen Muslim tak kisah ler bangsa apa pun janji dia faham produk takaful.

Polisi baru Great Eastern Takaful, i-Great Damai

Akhirnya kami set temujanji dengan ejen GE-Takaful, En Wan Hafizan. Jumpa di office aku jer. Dia janji nak datang PD. Kerja dia mudah dah, sebab aku memang dah faham pasal insurans takaful, citer sikit tentang polisi terbaru, berapa coverage untuk medical card dan life insurans. Dan cuma ada pertambahan komitmen sikit sebab usia aku dah bertambah T_T...


Isi borang, terminate 2 polisi yang lama dan stop pembayaran auto debit. Rugi wooo bayar auto debit sebab bank charge RM1 setiap kali transaksi. Buta2 je aku bagi free RM2 pada bank setiap bulan T_T. Bertahun-tahun pulak tu!!  Aku tukar pembayaran guna kad jer lepas ni.. hua hua hua. Nanti dia datang bagi cheque refundable polisi pelaburan lama kepada aku. 

Kenapa perlu ada takaful? Kos perubatan meningkat seiring inflasi masa kini. Sebab aku sentiasa beringat sakit dan mati tu perkara pasti, yang mati tamat dah citer tapi yang ditinggalkan nanti apa citer? Hutang2 ker, warisan anak2, ibu bapa... Mesti ada plan backup. Sebab itu insurans ni orang kewangan bagitau umpama adalah sesuatu yang kita mesti ada walaupun kita tidak mahu perkara tu terjadi...Nauzubillah :)

Kalau korang nak khidmat Ejen Great Eastern Takaful di sekitar kawasan Seremban dan Port Dickson bolehlah contact dia ni. Dia memang buat kerja 'on time'. Baguslah. 


En Wan Hafizan Agent GE Takaful
019 310 0360



Monday, August 10, 2015

Kunjungan beraya saudara mara di Sendayan.

Mode raya masih 'on' walaupun dah dekat sampai penghujung nyer... Kebetulan hari Sabtu aku buat bihun soto saja nak makan2 untuk family. Aku snap gambar dan hantar kat abang aku di PJ suruh datang makan kat rumah. Dia cakap nak datang raya nanti, sampai ke sudah raya nak abis tak muncul2 jugak hahaha. Akhirnya dia balas whatassap nak datang ahadni termasuk family cik wa dan mak teh... 

Pengedil hasil air tangan husband ni :)

Sup soto ayam.. . 

Ikan pekasan (ikan loma) diimport dari kampung husband kat Changkat Jering. Aku goreng tauhu sebab boleh cicah dengan sambal kicap. Masak nasi sekali sebab hari dah tengahari kan..

Abang aku sampai dulu, aku terus ajak makan. Tak sampai setengah jam, family dari Banting pon sampai. Apalagi makan2, nasi panas lawan ikan pekasam tak cukup nasi dibuatnya. Kena masak nasi lagi T_T terbantut diorang nak makan,,,, 

Keluarga mak teh, anak2 dia semua ada. 

Lepas makan, rehat2 dulu. Sebab lepas ni diorang nak beraya ke Jimah pulak. 



Yang budak2 lelaki ni kemain lagi main bola tengah2 hari panas. Mula2 main playground pastu pergi court futsal pulak. Terpaksa abang aku turun sana tengokkan diorang... 

Yang si Umar dan Azim boleh pulak sibuk mencangkul gali tanah, yarabbi... Lepas kalau datang bawak sekali baja dan anak pokok yek boleh tanam pokok kat laman rumah kami hahaha!! Abang aku bawak anak2 balik KL awal sikit sebab mak saudara kami dari Johor nak datang beraya.. 

Dalam pukul 5 petang semua sedara beransur pulang sebab nak beraya ke Jimah pulak . Aku tak ikut sebab nak kemaskan rumah. Lagipun kaki dah rasa keletihan sebab asyik berdiri dan jalan sana sini T_T






Makan meatball di Ikea, Damansara


Sebenarnya aku dah lama dengar orang dok sibuk citer makan meatball kat Ikea ni. Diorang citer memang sedap sangat sampai kalau datang Ikea tak sah kalau tak makan meatball!! Tu dia....
Aku dan family memang pernah datang beberapa kali ke sini tapi tak pernah terfikir nak makan sebab rasa mungkin mahal kot T_T

So lepas jumpa untuk settle sublet unit apartment di Giant Shah Alam, aku dan husband menuju ke IKEA. Hajat sebenarnya nak survey barang dan perabot. Lepas solat rasa nak makan, kebetulan food court dia sebelah surau je kan. Jom try makan pulak hahaha!!



Aku amik order Salmon Lemon. Ada pegedil sayuran lagi. Ni sesuai untuk orang vegeterian kot..
Harga RM13.50 sepinggan. 


Meatball Sweeden!!
Husband amik hidangan ni memandangkan officemate dia beriya2 ajak gi makan meatball ni, sedap sangat katanya. Ada 15 biji meatball siap sos dia dan mashed potato. Yang tu bukan sambal ikan bilis yek, huhuhu sos strawberry/raspberry kalau tak silap!! HaRGA RM15.00 sepinggan. Kitorang amik hidangan lain2 sebab rasa betul ke sedap sangat makanan kat sini.  


Muffin Blueberry dan vanila. RM1.50 jer. Pasal harga tulah aku amik. Kat kedai roti Bee Bee Batu Pahat sebijik dah RM1.90 sekarang huhuhu!


Air ada hot drimk dan softdrink je, RM2 satu cup. 
So apa lagi, Bon appetit!!

Rasa dia?? Secara jujur lepas makan aku makan bolehlah... tapi nak datang makan lagi sebab teringat2 tu mungkin tak kot. Sebab tekak melayu nak makan pedas2 jek. Kalau cili jeruk ke sambal kicap mantap lagi hahaha, husband nak request sambal tu T_T mati2 aku ingat sambil tumis rupanya sos rasberry, patut manis semacam. Agaknya kantin sekolah/ opis kat Sweden makan diorang macam ni kot...  


Lepas makan, dah kenyang start balik misi survey barang2 yang dicari. Snap gambar dan simpan. Next time datang lagi, kali ni awal2 sikit sebab nak bayar tu punyalah panjang beratur di kaunter dia T_T





Buat Sublet di Seksyen 13

           Mula2 dapat kunci unit setelah settle semua pembelian dan urusan S&P apartment di Seksyen 13 aku terus iklankan di Mudah.my dan FB. Selebihnya aku dan husband serahkan pada ejen kami, Mr Yong untuk uruskan penyewa untuk view rumah. Sebab kami tinggal di Seremban dan bekerja jadi sukar sikit nak luangkan masa untuk set masa bila penyewa nak datang view. Actually bermula bulan Jun ada beberapa prospek datang tengok view unit. Itu pun aku dan husband roger Mr. Yong untuk standby di sana.

Disebabkan lokasi dekat dengan Politeknik Premier Shah Alam dan MSU, maka yang datang untuk view adalah student dan company. Cuma malang sedikit sebab ejen aku ni tersangat "sibuk" agaknya kadang2 terlepas masa untuk bagi prospek view unit sewaan.

From balcony, sebelah kiri kelihatan pintu masuk belakang MSU dan Stadium Shah Alam, kebetulan ada pasar tani pagi tu jadi kereta berderet parking kat tepi jalan. 

Dari pandangan balkoni unit, sebelah kanan kelihatan Politeknik Shah Alam.

Ada juga company dah booking tapi cancel last2 minute sebab payah nak set masa untuk view unit dengan ejen aku... aduhai bukan rezeki kami. Last2 aku dan husband bincang, kita uruskan sendiri sajalah sebab harapkan ejen pun macam leceh jer T_T


Cuma aku dah sarat mengandung, dah masuk 30 minggu, kekangan untuk bergerak lincah sana sini memang terhad T_T. Ikutkan hati macam2 je nak buat- nak je beli cadar, pasang langsir, beli dan pasang perabot dan barang elektrik, cat rumah sikit tapi nak naik turun pun mcm semput jugak huhuhu. Last2 aku mintak tolong geng #penunggu rumah . Mintak tolong subletter, Qiu Shah handlekan unit ni.

Setelah jumpa beberapa kali dan berbincang akhirnya persetujuan tercapai. Jumaat lepas kami ke Giant Shah Alam untuk finalized agreement.



Memandangkan kita pun staf politeknik dan merangkap IPTA jadi aku bagitau tarikh2 untuk kemasukan pelajar baru. Bak kata dialog P Ramlee, 'nasib kita, kita makan, nasib dia, dia makan. Apa salahnya kita makan sama2...." Terutama bulan September akan datang ni kemasukkan pelajar ijazah julung2 pertama kali di Politeknik Premier Shah Alam yang akan dibuka pertama kalinya

Mak aii, seriusnyer muka dia hahaha!!


Semoga kali ini berjalan lancar hendaknya, jika ada anda berminat iklan boleh dilihat di sini Seksyen13. Dibukakan pintu rezeki seluas2nya... AMIN....




Monday, August 3, 2015

Hari Raya 2015 (1436 Hijrah)

Huhuhu dah masuk hari ke 20 Syawal ko, baru nak update pasal hari raya T_T
Macam aku citer entry lepas, raya tahun ni sambut ala kadar sahaja. Alhamdulilah kita tetap berhari raya kan. Raya pertama kami sekeluarga beraya di Perak. Raya kedua kami beraya di rumah sendiri di Bandar Sri Sendayan hehehe. Raya ketiga baru beraya di Johor.

Cari buluh lemang untuk hari raya, lokasi di Changkat Jering, Taiping.

Sehari sebelum raya, pakat2 bakar lemang. Dengan adik beradik husband. 


 Nie tengah turunkan ilmu kepakaran membakar lemang kat anak pulak. Umar dok leka tengok ayah dia bakar lemang.

Tema tahun ni still lagi warna hijou hehehe
Baju raya tahun lepas lah, Elok lagi muat gitew walaupun kandungan aku dah nak masuk 29 minggu tau!!

Itu je gambar hari raya yang aku ada, ni pun dari hp husband. Aku tak sempat nak snap gambar sebab tak sempat charge HP dan Tab huhuhu. 

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin yek.



Makanan Kegemaran Ilhan Wafiq.

 Ilhan Wafiq, suka makan ayam goreng KFC. Atau Marry Brown. Set lunch tu dia boleh abiskan seorang kecuali coleslaw sebab aku yang makan kan...