Wednesday, April 24, 2013

GARAM BULUH: PENGHASILAN DAN KHASIATNYA


 
Di sini saya kongsikan satu journal tentang penghasilan Garam Buluh (Bamboo Salt) yang diperbuat satu-satunya tempat di Korea. Dan anda semua akan tahu mengapa Garam Buluh ini berkualiti dan kaya dengan mineral semulajadi jika dibandingkan garam putih.
Artikel ini diambil daripada Journal - Manufacture Process of
Introduction- Korean Yellow sea coast where is nominated No.2 of World’s 3 tidal flats, as the mud flat absorbs the natural minerals intact and removes needless components, it becomes safe and healthy salt on human body. Our bamboo salt is made using sun-dried sea salt from this Yellow Sea coast of Korea. There are lots of salt ponds in a grid pattern in Korean Yellow Sea coast.



Air laut yang dikumpulkan dan dijemur. Proses ini mengalami penyejatan dan pengkristalan garam. Garam yang terhasil daripada penyejatan akan dikumpulkan oleh pekerja tempatan untuk proses seterusnya. Garam Korea yang telah dijemur merupakan garam yang terkenal di dunia kerana kualiti yang terbaik.



Kemudian penyediaan batang buluh yang berusia tiga tahun ke atas. Batang buluh ini dipotong pada penghujung musim bunga atau musim luruh kerana ketika ini batang buluh kaya dengan kandungan mineral semulajadi.



Batang buluh dikerat-kerat mengikut ruasnya. Kemudian garam disumbatkan ke dalam ruas-ruas buluh tersebut.
(macam nak buat lemang pulak hehehe) 

Buluh Korea merupakan buluh yang mengandungi sulfur yang sangat tinggi.



Kemudian lubang buluh akan ditutupi dengan tanah liat merah dan diletakkan dalam iron tube.




Kemudian buluh-buluh ini akan dimasak dengan pembakaran mengunakan kayu pokok pain.
Apabila buluh telah siap dibakar dan lebur maka yang tinggal hanyalah garam buluh.


Tanah liat memainkan peranan penting dalam pembakaran garam buluh.
Jika buluh dibakar tanpa ditutupi tanah liat, garam akan membuak dan melimpah keluar daripada batang buluh. (Korang yang pernah bakar lemang tentu faham kan macamana santan membuak dan keluar bila buluh dibakar).

Lagipun tanah liat sebenarnya menyumbangkan banyak mineral seperti silica (SiO2), Alumina (AL2O3), Calsium Carbonat (CaCO3), Iron (Fe), Magnesium (Mg) ketika proses pembakaran. Sebab itulah ianya menyumbangkan pertambahan mineral di dalam kandungan garam buluh.


Proses tersebut tak terhenti setakat ini sahaja.
Tahukah anda garam buluh ini kemudian akan dimasukkan sekali lagi ke dalam batang buluh baru dan akan dibakar dan proses ini berulang sehingga 3 dan 9 pusingan!!


Dengan proses ini korang bayangkan betapa sulitnya penghasilan garam buluh, dan bagaimana buluh dapat mennyahkan pencemaran toksin dan logam berat daripada air laut. Pembakaran garam juga dapat meningkatkan dan penyerapan mineral dalam garam buluh.


Bagi Garam Buluh masak (Bamboo Salt Cooking) pembakaran dilakukan sebanyak tiga kali.

Dan Garam Buluh minum (Bamboo Salt Premire Drink) pembakaran adalah sebanyak lima kali.



Khasiat garam buluh adalah :-

1) Menyingkirkan toksin dalam badan misalnya (logam berat, bahan kimia, bakteria, bahan buangan metabolisme, keracunan asid, radikal bebas).
2) Menguatkan peristalsis saluran usus, menyingkirkan najis yang lama terkumpul dalam usus.
3) Membekalkan bahan mineral dan elemen surih kepada badan manusia.
4) Menyelaras fungsi badan supaya sistem badan dapat beroperasi secara normal.
5) Menyelaras keseimbangan pH badan, mengembalikan susuk badan yang beralkali lemah.
6) Meningkatkan daya pemulihan badan.
Jadi anda sudah tahu kebaikan dan khasiat garam buluh!
Bertukarlah daripada garam putih kepada garam buluh demi kesihatan keluarga anda.
untuk pesanan boleh hubungi saya dengan segera.
Ejen juga dialu-alukan jika anda berminat untuk menyertai peluang perniagaan ini.
HASNY
-012 7597929
-013 6036630











Tuesday, April 23, 2013

GARAM PUTIH VS GARAM BULUH.

Akhir-akhir ini saya banyak menyentuh cerita pasal garam. Sebut jer garam mesti korang dah terbayang garam putih kan.
Dan sekarang ni orang sibuk berkempen untuk pilihanraya, saya pun nak berkempen - tukar garam putih kepada garam buluh! Dalam kopi Mineral pun ada garam buluh. Jadi apa bagusnya Garam Buluh??



Garam buluh ini terkenal di kalangan penguna bangsa Cina terutama di Lembah Kelang. Mereka gelarkan Garam Ajaib.
Kalau penguna Melayu dan India, ramai yang tidak tahu kewujudan Garam Buluh.


  
Garam memang penting dalam kehidupan kita. Sejak dari zaman permulaan peradaban manusia, kalau zaman Mesopotamia, garam digunakan sepenuhnya mengawet sesuatu supaya tahan lama.
Kalau dari segi kesihatan, lagilah banyak gunanya!!



Kalau korang pernah keracunan makanan, cirit birit atau muntah.
doktor bagi minuman ORS aka AIR GARAM!
Kalau sakit tekak, kumur AIR GARAM. 
Kalau nak operation, deman panas, dehidrat atau menjalani nak bersalin pun, doktor atau jururawat akan masukkan drip - AIR GARAM!!

Malah dalam filem James Bond -Casino Royale, James Bond bila dia kena racun dengan musuh, dia minum AIR GARAM!! Boleh cuci mata tgk scene hero hensem ni selamatkan diri setelah diracun. LOLs




So, sebab apa mula-mula sekali kita mesti beri air garam??


Itulah bahana jika badan kekurang air dan garam


OK, Korang tahu tak di mana asal usul garam?


Betul! Memang garam berasal dari laut. Ada yang dari bukit.


Jadi sedarkah korang macamana keadaan laut sekarang ni??





dan garam putih yang korang gunakan itu berubah menjadi garam sodium atau dikenali garam kimia



Hmm, pasai apa pulak garam laut ni dah tukar garam kimia@garam sodium?

hah, teruskan membaca.....



Gambar di atas adalah teknik tradisional menghasilkan garam. Apa yang korang nampak garam terhasil melalui penyejatan (radiation) tapi tiada tapisan dan pengasingan bahan pemcemaran kimia dari air laut yang tercemar.

 OK, bagaimana pula dengan teknik moden??






Teknik moden mengunapakai teknik refinary-penyulingan.



Suling punya suling punya suling sampai beberapa peringkat akhirnya dapatlah garam putih.
Tapi sekadar garam kosong-
TIADA MINERAL
 NO magnesium,
NO kalsium,
NO kalium,
NO iron
NOTHING! ZERO.

Yang ada confirm hanya SODIUM 99.8% -kesan campuran bahan kimia daripada proses penyulingan.


SODIUM tinggi!!
BANG!
 PEMBUNUH SENYAP! 
benda inilah yang membahayakan kesihatan penguna-sodium tinggi penyebab penyakit utama dalam kesihatan manusia.

Fakta daripada Persatuan Penguna Pulau Pinang.

Bayangkan anda masak guna garam putih.
Kalau jenis makan kat luar, confirm kedai tu tabur garam putih.
Dalam makanan segera, tabur garam putih!
(Kalau pergi McD, terang2 nampak pekerja McD tabur garam atas french fries yg dah digoreng)
Makanan ringan contohnya mee MAGGI pun kandungan garam putih tinggi!!


SODIUM?
Apa kesan dan impak sodium kepada kesihatan?
Inilah penyakit yang berpunca daripada pengunaan garam putih.



Ini adalah fakta.
Semakin lama semakin meningkat rakyat Malaysia yang berpenyakit kronik!! Penyakit tiga serangkai kan. Kalau ada darah tinggi, mesti sakit buah pinggang, strok dan kencing manis.
Satu pakej. (Ini fakta tentang Hipertensi - tekanan darah tinggi daripada forum Sihat di Harian Metro. Boleh rujuk di sini)

Bila dah sakit, maka si doktor pun akan BERI AMARAN 
"sila kurangkan garam dan gula"

Jadi saya mengambil seruan bahawa "mencegah adalah lebih baik dari mengubat!"


Saya tukar garam putih kepada GARAM BULUH!





Dan anda pasti nak tau apakah itu garam buluh diperbuat dan kebaikannya.
Sila baca entry saya yang berikutnya.



Apakah kebaikan garam buluh??

1) Kaya dengan bahan-bahanmineral dan elemen mikroMAGNESIUM, KALIUM danKALSIUM (ujikaji daripadaMidwest Laboratories Inc, US).
Inilah dibuktikan dengan pengiktiran dan pengeluaran sijil daripada US hasil ujikaji yang dijalankan.


2) Garam buluh bersifat ALKALI



Ujikaji mengunakan pH potion untuk melihat sifat keasidan campuran air suling dan garam


Hasil ujikaji, garam putih lebih berasid, dan garam buluh lebih beralkali.
Kenapa mesti alkali??

Pertama kandungan asid yang tinggi dalam badan boleh mengundang pelbagai penyakit contohnya gout (darah berasid).

Kedua, sel-sel kuman dan penyakit tidak dapat aktif dalam keadaan yang bersifat alkali. (PROF. DR. OTTO WARBURG)



3) Garam Buluh bertindak sebagai antioksida!




Mengurangkan pengoksidaan lalu melambatkan penuaan

Menyingkirkan radikal bebas dalam badan, memperbaiki sel-sel dalam badan.



4) Garam Buluh sebagai ejen desinfeksi dan detoksifikasi. 

Jika korang mengunakan garam putih untuk membasuh buah, sayur dan makanan sebelum dimakan atau dimasak, HENTIKAN SERTA MERTA!!
Kerana tindakan korang bukan membuang racun, sebaliknya menambahkan lagi racun di dalam makanan tersebut.


Lihat gambar di atas bagaimana racun menjadi bertambah pekat setelah dicampurkan garam putih!

Saya dah terangkan awal2 lagi garam putih ialah garam kimia (garam sodium). Bila dicampurkan bahan kimia tersebut bertindakbalas dengan bahan kimia dalam racun pesticides dalam sayuran dan buahan. Jadi selama ini saya gunakan garam putih untuk buang racun adalah sia-sia!

Saya pernah mengalaminya, saya basuh grape (anggur) dengan air garam putih sebelum makan dengan anak-anak. Dan besoknya kami anak beranak deman, tekak menjadi bengkak. Bila  diberi penerangan pasal garam buluh, baru saya sedar bahayanya garam putih. 

Cuba amati, bila garam buluh dicampurkan pada campuran racun yg pekat, terus berubah menjadi neutral!! Hebat kan.
Sebab itu saya buang garam putih dan mula pakai garam buluh. Rumah emak pun saya ganti garam buluh, buang terus garam putih.

Jom kita ubah jadikan garam buluh @bamboo salt sebahagian daripada permakanan kita!

Masak kat umah kita guna Garam Buluh Premire Cooking.
1 botol RM54.00


Antara masakan saya mengunakan garam buluh di rumah untuk family saya. Harapan saya biarlah mahal sekalipun garam ni asalkan saya tak berikan sesuatu yang boleh memudaratkan keluarga saya.

Tapi kebanyakkan ramai orang yang jarang masak, jadi jarang guna garam buluh kan! Kebanyakkan Chinese yang saya jumpa, mereka akan suruh tukang masak kedai jangan letak apa2 garam dalam masakan diorang, sebaliknya pelanggan akan letak sendiri garam buluh bila masakan dihidangkan pada mereka. Kalau makan makanan segera macam KFC, McD, pizza sudah pasti kandungan garam dalam makanan tersebut tinggi.

Sebab tu syarikat ada mengeluarkan Garam Buluh Premire Drinking. Garam ini dibuat secara paket untuk diminum.
1 kotak RM128.00.
Mengandungi 40 paket. 

Cara minum  campur satu peket untuk 1 gelas air
(boleh dicampurkan dengan kopi, jus atau teh-my suggestion campur sunkist so rasa dia ala2 asam boi, masam2 masin kan)


Bagi mereka yang alami masalah pelawasan/perkumuhan atau batu karang digalakkan minum air garam buluh. 

atau pun  anda boleh minum kopi mineral.
Kopi ini tiada gula, kaya dengan mineral dan dicampurkan garam buluh.

 


Kalau anda merungut sebab harga garam ni mahal, saya tidak boleh nak kata apa2.


Tekanan darah tinggi merupakan faktor menyumbang kerosakkan buah pinggang. Duit boleh dicari, tapi kesihatan?? Bolehkah anda membeli buah pinggang yang baru?



Cuma saya boleh nyatakan harga sekotak garam tidak dapat dibandingkan dengan kesihatan anda. Terpulang pada anda menentukan pilihan anda.
Untuk pesanan bolehlah 
sms, email
call atau whatassap saya
HASNY
012 7597929
013 6036630


Ejen juga diperlukan untuk pemasaran produk hebat ini, dan jika anda berminat boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut.

XOXO
Hasny





Sunday, April 14, 2013

PERTANDINGAN AKHIR PROJEK 2013 PERINGKAT PPD

Hari Khamis lepas, 11 April 2013 telah berlangsung Pertandingan Akhir Projek Akhir semua jabatan di Politeknik Port Dickson di Dewan Wawasan.



Jabatan-jabatan yang ambil bahagian ialah JKA, JKM, JKE, Senibina dan Commerce.
So ini adalah serba sedikit info daripada pertandingan tersebut.

Jabatan Kej Mekanikal diwakili oleh sembilan kumpulan dan projek yang dipertandingkan di antaranya adalah pemotong nenas spiral. Ramai berkunjung kat booth ini sebab dapt minum cocktail free gitu. Hahaha



Kemudian booth seterusnya adalah mesin penetasan telur mengunakan sistem solar. Projek ini di bawah seliaan saya. Dengan pengunaan sistem  solar, mesin penetasan ini boleh bertahan hampir dua hari dari bekalan bateri tenaga yang disimpan  (green tecnology). Kawalan suhu penting jadi pengunaan thermostat digunakan untuk mendapatkan suhu optimun. Telur benih dapat ditetaskan dengan konsisten selama 21 hari mengunakan 100% tenaga solar.

Mesin penetasan telur mengunakan sistem solar


Ada pelajar mendapat idea daripada produk yang sedia ada. Contohnya mesin pengisar kekabu, alkisahnya setelah melihat nenek dia mengunakan secara manual mengupas mengasingkan kekabu dari kulit dan biji, dia mendapat idea mereka produk ini setelah melihat pengisar pengasing bulu ayam daging. Haha melucukan tetapi bagus sebab ada idea dan inovasi. 

Mesin pengisar kekabu

Selain itu wakil daripada Jabatan kej eletrik ada yang merekacipta pencetak kuih deram mengunakan automasi.

Mesin pencetak kuih deram. Dan diuli tepung maka terus
dicetak dan terus masuk dlm minyak panas, goreeeeng!


Selain itu wakil pelajar JKE merekacipta tongkat khas untuk OKU yang tidak  dapat melihat. Jadi tongkat ini dibekalkan sensor untuk memandu OKU ketika mereka berjalan. 

Tongkat sakti ;) tapi ringan senang dibawa. Tapi tak tahu sama ada OKU selesa gunakannya, kebanyakkan OKU lebih peka bergantung pd pendengaran dan instinct mereka kan!


Ada kumpulan pelajar merekacipta tong sampah mengunakan tenaga solar. Target produk untuk pasaraya, atau pasar borong.

Bila sampah penuh, sensor akan mengerakkan tong untuk ke tempat longgokan sampah besar untuk dikutip oleh lori pengangkut sampah.

Ada pelajar robotik mencipta robot penyambut tetamu. Hehe cute, teringat citer filem Short Circuit masa kecik2 dulu. 




Jabatan Perdagangan tak kurang hebatnya. Paling menarik ialah produk nugert tempe daripada kumpulan pelajar wanita ini. Masha Allah sedap betul. Agaknya saya orang Johor, peminat tempe tu sebab saya kata sedap sungguh! lols


Senang cakap, mereka kreatif. Pelajar akhir diploma pemasaran, ciri usahawan dah ada. Habis peperiksaan mereka dah sedia untuk patenkan dan mendapatkan modal untuk dipasarkan produk itu. Nanti dah keluar page mereka di FB silalah LIKE yek ;)

Pelajar Senibia tak kurang hebatnya. Jabatan Senibina adalah jabatan niche area di PPD. Tema projek mereka adalah senibina Islamik tetapi moden. Ada banyak design tapi saya tak sempat snap gambar tersebut.


pengunaan software dan design pelajar mengkagumkan. Saya rasa seolah2 mereka seperti pelajar di LMK. Memang hebat. 

Sebenarnya banyak lagi projek yang dipertandingkan, hanya sedikit sahaja yang saya paparkan di sini. Menjadi penyelia untuk tiga kumpulan projek selama setahun ni bukan perkara mudah, lebih mudah jika pelajar rela dibimbing dan menerima teguran. Saya ler asyik kejar pelajar, asyik telefon tanya pasal progress, progress, progress hahaha jangan ler korang tension dengan aku yek. 

Alhamdulilah, ketiga2 kumpulan seliaan mendapat pilihan projek terbaik antara semua projek dalam program DKM.  Ada kumpulan yg jumpa bagitau last minute projek mereka mustahil untuk disiapkan tapi haku berkeras jugak suruh mereka berusaha hehe, jgn putus asa yek! Rujuk kepada mereka yang pakar jika tidak berjaya menemui jalan penyelesaian. 

Win-win situation. Yang penting usaha hingga sampai boleh! Alhamdulilah walaupun ketiga2 kumpulan terpilih, kuota hanya 1 tempat sahaja. Tapi mereka telah mendapat markah terbaik, dan itu patutnya mereka banggakan atas usaha mereka selama setahun. 

TAHNIAH DAN SYABAS!!

xoxo 
Hasny







Jejalan Hujung tahun di Cameron Highlands

Hari last day kat Taiping sebelum balik, mak buat pulut kukus. Pakai daun pisang. Macam pulut pangang tapi ni kukus sahaja, kosong tiada int...