Tuesday, February 26, 2013

I Need a New Wallet!

Sejak akhir2 ni saya sibuk survey wallet baru daripada beberapa brand yang saya suka. =)

Wallet yang ada sekarang dah hampir barai, terkoyak tempat slot kad. Actually wallet ini hadiah dari husband lepas kami bertunang tahun 2006. So rasa sayang nak tukar sebab ada sentimental value. Lol.Tapi dah daif sangat huhu.

Sekarang banyak usha Michael Kors wallet, rasa jatuh hati plak tgk design kaler kuning dan merah. memang meletops!!!
Michael Kors Pyramid Stud-Saffiano Continental Leather yellow colour


Michael Kors Pyramid Stud-Saffiano Continental Leather pink colour

Michael Kors Black Saffiano Leather. Yang ni nampak typical sikit. 


Coach wallet pun not bad, sebab dalam wallet dia ada tempat untuk slot kad dan smart handphones. Jadi kemas dan tersusun. Organised!



Red colur is my favourite =)



Cantik dan kemas. Oo which one I have to choose!?












Sunday, February 10, 2013

KUANTAN OH KUANTAN

Demand Premium Beautiful sampai ke Kuantan. Atas permintaan rakan sekerja dahulu, saya menuju ke pantai timur pada hari Sabtu, 1 Februari 2013.

Bawa 1 family, dari Seremban bertolak 9 pagi, ikut jalan menghala Kuala Pilah



Ikut jalan dalam, jalan Bukit Putus. 



 Permandangan sepanjang jalan menuju ke Kuala Pilah, sawah padi terbentang luas.


Berhenti sarapan, gerai betul2 depan jalan masuk Istana Kuala pilah.

Ikut jalan lama, biasalah kadang-kadang laju, kadang-kadang perlahan lebih2 lagi kalau ada lori di hadapan kita. Jalan ni tiada R&R, stesyen minyak pun tak banyak.
Jadi kena betul2 rancang perjalanan kalau ikut jalan lama ni. 

Dari Kuala Pilah, Jelebu, melalui jalan felda kerantong dan akhirnya tiba di bandar Muadzam Shah. Rehat sebentar dan teruskan perjalanan ke Gambang dan masuk ke laluan pintas -nak elak masuk bandar Kuantan. Akhirnya tiba di Beserah dan check in di Duta Beach Village jam 1.00 tengahari.


Lepas solat dan rehat sekejap baru bergerak ke rumah member, kat Taman Pelindung Utama. Kak ju sekeluarga dah tunggu dah dan sampai je kami dipelawa makan nasi tomato. Alhamdulilah rezeki, langkah kanan aritu. 


Kak ju. Baru bersalin, dah pantang dalam 50 hari. Nak pakai PB lepas berpantang.

Borak2 dgn rakan lama.


Rajin kak ju, buat blueberry cheese tart, marble cheese cake, oreo cheese cake, kek buah wah macam2!! Kak ju business part time buat dan jual kek, biskut.


Lepas makan, minum, fiting dan ajar macamana nak pakai PB dan penjagaanya, pukul 7 petang bertolak balik ke chalet. 

Dan malam pula dah janji nak jumpa sahabat lama, belajar sama2 masa diploma dan degree, juga housemate saya, Ramlatul Rahilah-Ilah. Ilah dan family tunggu di Tanjung Lumpur, dah bagitau yang kami memang nak makan ikan bakar kat situ malam tu.


LoKasi di Ana Ikan Bakar Petai. Memang best, order ikan siakap separuh dibakar, separuh masak stim, udang masak sambal, sotong goreng tepung dan sup ayam untuk anak2 makan. Istimewa ikan bakar dibakar dengan sambal yang dicampurkan ulam petai!

Sorry, no picture. Sebab orang terlalu ramai dan nak kawal anak2 lagi hehe.

Makan memang puas kekenyangan, terlebih lagi kena bungkus bawa balik hehe lagipun ilah dan husband tak makan bamyak. Anak2 pun bukan nak makan sangat, main je lebih. 

Balik chalet, semua tidur sebab dah kepenatan.
Besok, bangun pagi sarapan.lepas tu mandi laut dan kolam sampai kecut tangan.

Sebelum balik singgah rumah ilah.
Dijamu lagi dengan makan tengahari.




dulu belajar sama2, sekarang anak2 pun membesar sama2.Alhamdulilah =)


Pukul 1 tengahari bertolak balik ke Seremban. Kali ini ikut jalan LPT dan higway Karak.

Sepanjang perjalanan hujan, sampai KL baru teduh sikit.
Akhirnya sampai seremban pada jam 6 petang. 

Apa2 pun terima kasih kepada member2 lama yang sempat saya berjumpa, insyaAllah ada rezeki kita berjumpa lagi. 


Jauh Perjalanan, Luas pandangan, Tambah pengalaman.

-Hasny-

Jejalan Hujung tahun di Cameron Highlands

Hari last day kat Taiping sebelum balik, mak buat pulut kukus. Pakai daun pisang. Macam pulut pangang tapi ni kukus sahaja, kosong tiada int...