Thursday, March 30, 2017

Buat DIY Cotton Cheese Cake

Tengok teknik buat Japanese Cotton Cheese Cake dalam You Tube macam menarik jer kan. Lagi pun dalam peti ais ada lagi baki cream cheese. So apa lagi kita try buat!


Campuran adunan kuning telur, susu, tepung jagung, cream cheese dan gula. 
Tidak lupa sedikit jus lemon. 

Ambil sedikit demi sedikit meringues ke dalam aduan tepung sehingga kacau sehingga rata.
 Ulang lagi sampai meringues habis.  Aku takde bowl jadi aku guna periuk tupperware aku ni jer :P

Lepas tu baru bakar.  Suhu 150 darjah celcius dalam masa 70-80 minit dengan teknik water bath method. 
Sanagat2 lembut dan floppy.  


Tak sampai 30 minit abis dah anak2 makan. 

Ok, nak buat cotton cheese cake, bahan-bahan dia adalah.............

  1. 125 g cream cheese
  2. 40 ml minyak jagung 
  3. 60 ml fresh milk (sejuk)
  4. 3 biji telur (dipisahkan yolk dan putih telur)
  5. 30 g tepung jagung yang ditapis halus.
  6. 25 g gula kastor - ni dimasukkan ketika dipukul dengan adunan tepung dan yolk
  7. 20 ml jus lemon
  8. 50 g gula akstor (dimasukkan ketika pukul telur putih- meringues)

Nak senang tengok jer lah tutorial dalam video you tube ni. 
Cuma kandungan gula dia salah, jangan korang ikut pulak, over manis pulak nanti. Penyakit jer tu!!







Monday, March 27, 2017

PERCUTIAN KELUARGA DI PAHANG 3



Hari last day kat Cherating, bangun pagi2 pergi sarapan dulu kat hotel. Lepas tu salin baju nak mandi laut dan kolam. Mandi lah anak2 puas2 termasuk aku dan husband sebab sebelum pukul 10 pagi nak checkout. Kami nak kejar masa untuk pergi ke Kuala Gandah pulak.

 Mmmm.. Sedapnya air laut yek, masin sungguh!!


 Ilhan tak takut dah mandi air laut, sebelumnya first day dia takut bila tengok ombak datang ke arah dia. 


Aksi Umar mandi laut, dia suka tengok ombak datang dan langgar dia hahaha!!

Say peace yoh...!!

Splashhh!!

Qaireen pun sama, suka kena pukul dengan ombak. 

 Tapi dia cakap mandi laut tak boleh terjun macam mandi dalam kolam hehehe


 Cantiknya pantai Cherating, sayangnyer nak tinggalkan tempat ni T_T


 Budak2 ni pun suka pergi tempat ni. Happy sangat2!! Lepas tu mandi dalam kolam pulak, tu pun tak lama sebab kulit dah kecut dah kui kui kui...

Balik bilik hotel, mandi dan kemas beg. Jam 10.30 pagi kitorang check out. Nak kejar masa. Jadi makan tengahari kat Kuantan. Destinasti dia apalagi Ikan Patin Masak Tempoyak, AGAIN!! Aku google cari yang paling hampir ialah Akob Patin House 3, cawangan yang paling dekat dengan kami on da way nak balik ke highway LPT.

Ikan patin masak tempoyak di Akob patin House 3.
Kali ni memang cukup umphh!! Sebab dapat isi dia, panas2 baru masak lagi. Maklumler baru je pukul 11.30 pagi kan.. 

Bismillah, makan tengahari siap2 di Kuantan sebelum ke Kuala GAndah. Husband cakap sedap betoi kat branch restaurant ni masak, tak terlalu pedas kalau compare kedai yang hari first kitorang singgah makan. 

Ilhan baru je bangun tidur, mamai jer kena suap makan nasi. 


Jejalan di Kuantan, nak pergi Kula Cakes tapi kedai tak bukak lagi. Pekerja dia cakap pukul1 tengahari baru bukak. Aisey lambat sebab kita nak kejar masa. Takpe lah takde rezeki nak rasa mango cheese cake dia yg femes tu..

Masuk je LPT semua anak tidur kekenyangan. Tak sedar langsung sepanjang jalan sebab penat mandi laut dan kolam. 

Jam 2.30 petang ada persembahan gajah kat Santuari Gajah Kuala Gandah. Tak tau sempat ke tak sampai sana. Anak2 tanya persembahan apa, ayah dia cakap boleh tengok gajah kayuh basikal. Macam kartun disney eh. 

Sampai je Lanchang exit kami keluar ke arah Kuala Gandah. Masa ni aku kejutkan anak2. Dah nak sampai padahal adalah dalam 10km nak sampai Santuari Gajah tu. 

Sebenarnya kami sah lambat. Pukul 3 ptg baru masuk sedangkan persembahan bermula jam 2.30 petang. Terlepas persembahan gajah2 yang dilatih oleh staf di Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah.


Sampai2 je semua berebut nak pergi toilet. Dalam toilet terdengar pulak gajah bertempik, mak aii rasa bergegar dinding toilet. Umar terus keluar tak jadi nak buang air ahaha. Muka dia cuaaakk, sama macam kat Mini Zoo Kemaman semalam..
.

Gajah duduk berhimpit2. Kalau tengok mana ada parit pun pisahkan gajah dengan pelawat.. cuma dawai pagar elektrik yang halus tu je.

Amik gambar lepas tu husband ajak lari jauh2. Dia tak percaya kot2 gajah naik minyak dirempuh dawai elektrik tak pasal2 je naya. 😅😅😅

Tengok gajah yang remaja (juvana). Boleh beri makanan seperti tebu dan kacang. Makanan boleh dibeli di gerai situ. 


Beria2 aku panggil gajah padahal tak tau nak panggil macamana ahaha. 

Kalau nak panggil gajah ni kena panggil nama dia. 

Gajah yang pertama ni nama dia Langsat. Umur sembilan tahun. Yang gajah lain nama dia Selendang, Siput dan Lepa. Nama ni diberikan berdasarkan tempat lokasi dijumpai atau diselamatkan. 

Hah baru Langsat nak makan tebu kami bagi. 

Tapi pandai juga Langsat ni pilih nak ada isi je tak nak yang keras atau empulur saja. Pandai juga dia siat kulit tebu tu sebelum dikunyah hehehe. 

Sekali amik dua tiga ruas, tamak eh haha. 

Tapi bagusnya belalai gajah ni. Macam tangan pulak, boleh kaut lebih dari 1 ruas. Siap si Langsat ni bagi isyarat nak mintak tebu lagi. 

Kadang2 tengah makan dia pergi ke tengah sambil menari2. 
Macam berjoget. Berayun kiri ke kanan. 

Aku tanya kat staf santuari kenapa gajah buat gaya camtu. Staf cakap dia nak sejukkan badan, rupanya gajah ni tak berpeluh!! Jadi dia kena goyangkan badan hilangkan panas dan stress yoh! Aku ingatkan gajah menari sebab dia happy ahaha :)

Umar haram nak sentuh tebu dan gajah!! Dia perhati dari jauh jeeee 😂😂😂

Sepatutnya lepas pertunjukan gajah, gajah2 dibawa ke anak sungai kat situ untuk dimandikan. Tapi hari tak boleh dibuat aktiviti tu sebab sungai naik air dah beberapa hari ni asyik hujan. Jadi tiada aktiviti memandikan gajah dan anaknya.

Dalam jam 4 petang kami pun bergerak balik ke Seremban. Sampai kat sana memang dah nak masuk magrib. Alhamdulilah selamat sampai. Anak2 semua letih tapi gembira. Qaireen bagitau nak jalan2 lagi ke Pahang. InshaAllah dalam perancangan selepas ni destinati percutian ialah Terengganu. So simpan duit dan cuti yek.

Betul cakap Mat Dan, tak perlu pergi jauh2. Dalam Malaysia ni pun dah cukup macam2 ada. Malaysia Truly Asia ye dok :)


Visit Terengganu 2017 theme. 


Sunday, March 26, 2017

PERCUTIAN KELUARGA DI PAHANG 2




Pagi bangun selepas solat subuh aku terus kejutkan anak2. MAk aii tidur sungguh, tak nak bangkit dari tidur. Penat benor nampak. 

Terbongkang tidur, kejut2 tak nak bangun pun... 

Lepas mandi dan sarapan di hotel, baru kami gerak keluar ke Pusat Santuari Penyu Cherating. Kami sampai awal sangat, tak bukak lagi pusat penyu. Tengok jam dah jam 9 pagi. Jadi jejalan dulu tengok pantai dia. Bersebelahan Pusat Penyu tu adalah Resort Club Med. Perghh tempat dia cantik giler, tempat orang ado2 jer hehehe.. 

Jom tengok pantai dia..

Kawasan rezab untuk penyu2 mendarat. 

Eh dah bukak dah, jom2 amik gambar depan Pusat Santuari Penyu. Amboi kemain anak2 possing.. 

Di hadapan bangunan, jenis rumah kayu. belakang rumah ada kolam2 kecil. 

Masuk percuma. Anda boleh menderma untuk tujuan pemuliharaan dan pemeliharaan penyu2 yang berada di sini. 

 Penyu2 dia tak takut orang. Amboi jinaknyer...

 Eh eh siap datang dan muncul lagi kat depan aku bila aku cuba amik gambar dia. Agaknyer dia ingat aku nak bagi makanan kat dia hehehe


Kat dalam sangkar ni anak2 penyu yang baru menetas. Kiranya diorang akan dipelihara beberapa minggu sebelum dilepaskan semula ke laut. 

 Leka anak2 tengok penyu2 berenang..


 Anak2 penyu tu makan cebisan2 daging ikan. 

Lepas tu kami bergerak patah balik ke pantai Cherating, rancangan asal nak ke Limbong Art nak tengok orang buat batik. Tapi aku tak tau ler tempat tu kat mana sebab dah lama tak datang terus lupa. JAdi berpusing2 cari kui kui kui..

Jejalan kat tepi pantai Cherating. Cuma aku perasan pantai Cherating tak semeriah macam dulu. Tak ramai orang datang dan banyak kedai yang ditutup.... Padahal sekarang kan cuti sekolah?? 


Kebetulan ada kedai batik kat depan ni bukak, jadi aku suruh je anak2 warnakan batik kat sini. Ala janji korang dapat warnakan sudah ye. Nak cari Limbong Art rasa malas lagipun cuaca dah makin panas dah. 

Qaireen siap ajar Umar warnakan macam2 kaler. 

 Sambil2 tu aku tengok pekerja kat situ warnakan batik. 


 Menarik corak dia, memang tangan kena berseni..


 Aku ingat dia cetak, rupanya dia warnakan secara berasingan. Pergh sama doh.... Macam printed pulak!! Cuba juga cari baju batik tapi saiz dia comel2 belaka, tak sesuai dengan aku ni keh keh keh, 



 Ok siap dah, lukisan simple jer, jadi anak2 warnakan pun cepat siap... Ini tempat namanyer Salmiah Batik.

Kalau korang nak kena Limbong Art, depan kedai dia macam ni hah.. Aku jer malas nak cari, nak pusing2 sebab cuaca panas dah masa ni. 

Dah dekat dua jam berjalan sana sini, rasa perut lapar pulak. Kat hotel sarapan biasa je pun, tak delah mewah mana. Lagipun ramai orang maklumlah cuti sekolah. Kitorang minum pagi kat Hai Peng Kopitiam. Lokasi kat Bandar Kemaman, Terengganu. Dekat jer dengan Cherating. 

eh basikal terbang eh?? 
Kedai dia ke hujung lot, masuk je penuh barang2 antik. 

 KEdai ni ada jual kopi jenama diorang. Mest kaw2 punya kopi. 

 Tu dia harga serbuk kopi yang dijual. Mengikut masa terkini lah yek.

 Aku dan husband order kopi vietnam, anak2 nak teh tarik jer. Umar nak telur rebus separuh masak, Qaireen nak roti tuna dan aku dan husband pulak mintak roti bun butter kaya.

Tengah menikmati makan, ada satu keluarga makan kat sebelah kami. Macam kenal jer lelaki tu, rupanyer mantan MB Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said rupanya. MP Kijal kan, memang Kemaman ni kampung dia. 

Sekali kopi dia datang dengan aksesori sekali. Aku dan husband macam blur sekejap. Dulu masa pergi Ho Chi Min, Vietnam pernah nampak diorang serve macam ni. Tapi aku dah lupa dah nak buat camna. Lama dah... 

Husband tanya"nak buat macam mana ni? "

Pekerja dia cakap " tuang macam biasa encik.." 

Husband "masalahnya tak biasa pun". Aahaha.. .


Kemudian pekerja dia ajar nak buat camna, tapis jer air kopi. Kalau nak tambah air bole amik kat depan kaunter. 

Hehehe nampak gaya husband tak boleh jadi barista ni. Meleleh tumpah. Serdak kopi pun termasuk sekali dalam gelas. Kena tapis sekali lagi kui kui kui. 

 Tapi roti bun kaya dia memang terbaik serius!! Lembut sedap pulak tu..

Kopi Vietnam kami. Pekat melekat. 

Roti bun ni bagi Ilhan makan, habis sebuku tu!!

Ok ni bil minum pagi Hai Peng Kopitiam,. 

Lepas makan pagi kami terus ke Chukai. Nak pergi masuk Zoo Mini Kemaman. Masa ni dah 12 tengahari. Bayaran masuk dewasa RM10. Kanak2 bayaran RM7.

Parking kereta zoo ni kat luar seberang jalan jadi kena hati2 melintas jalan. Masuk2 je ada dah tram menunggu. Kalau nak menapak masuk ke dalam tak usahlah. Jauhhhh tu. Masa Ilhan tengah lena pun tak sedar langsung.

Tram akan bawa masuk ke dalam. Kemudian tram turunkan kita betul2berada di bahagian center. Jadi ada jalan beberapa cabang untuk kita lihat haiwan2 kat situ.
Nama je mini zoo tapi ada harimau, gajah dan beruang kat dalam ni. Besar juga zoo ni. Qaireen yang betul2 teruja suka nak jalan2 tengok binatang dalam tu. 

Umar nak tengok beruang pun takut. Suruh Qaireen naik atas tengok dulu.

Cuaca panas jadi banyak haiwn tak aktif. Duduk sorokkan diri. Termasuk ler angsa swan ni. Duk diam2 tidur lagi bagus. Harimau pulak siap berendam lagi dalam air. Sejukkkk sikit.


Ilhan geram tengok swan tu.
Jerit2 panggil tapi swan buat bodoooo jer keh keh keh. Sabar jela.

Masa pusing2 nk tengok bahagian burung pulak tetiba langit jadi mendung. So mesti sejuk sikit kan tapi adalah budak Umar tetiba sibuk ajak balik. Nak hujan dia cakap. Ish mana ada. Mendung je.

Tapi bila Umar start nak nangis nak marah2 "ok ok jom kita balik" kata husband. Lagi teruk kalau dia start moody payah nak pujuk. Aku pun perasan dia macam cuak je bila start jalan2 dalam zoo ni. Tengok harimau berendam tak mahunyer. Baru 30 minit je pusing sibuk ajak balik. Kalut sungguh lah anak laki kami yang satu ni.


Lepas tu kitorang ke Pantai Teluk Mak Nik. Atau nama glamer dia Monica Bay. Saja nak amik angin laut petang2. Biru sungguh air laut.

Sebab waktu panas terik memang takde orang mandi pun. Giler nak mandi waktu berdentum macam ni!  Ombak dia pun besar ! Boleh kot nak main surfing kat sini.

Ambil gambar dengan anak2 bujang.

Ayu je aku pakai kain skirt, selalu bantai seluar jeans je ahaks. Kain baju terhad tak boleh bawak banyak ketika bercuti kan.. 

Rambut Qaireen baru potong jadi pendek. Sekali imbas macam kami ada 3 anak lelaki je hehehe.

Ok jom kita welfie

Gambar 1 keluarga. 

Bercuti 1 keluarga. 

ala comel nyer dia ye

cubit pipi sikit :P

Dah puas amik angin kitorang pun pergi ler makan kat Warung Aziz Satar, dekat je dengan pantai Teluk Mak Nik ni. Kami makan satar, otak2 dan sotong goreng tepung. Minuman air kelapa. Umar bila nampak otak2 terus cakap "Nak otak2 ibu...!!" Tapi aku bagitau otak2 sini lain sikit dengan otak2 kat Johor. Tak sama rasa dia. Tapi dia nak juga, jadi aku amik sikit je sebab tau confirm dia tak makan nanti.

Otak-otak dan satar.

 Sedapnya, ayah suap Ilhan makan satar. 

 Qaireen makan satar sikit jer, selebihnya tibai makan isi kelapa. Sungguh2 dia makan dan minum air kelapa sebab cuaca panas pun.. 

Umar memang tak makan pun, marah2 lagi sebab otak2 dia lain hahaha!! Kan dah cakap.  

Kalau korang nak tau otak2 pantai timur ni lain ler dari otak2 korang makan selalu kat area KL atau selatan.  Budak mogok kejap sebab otak2 tu tak sama yang dia nak. Merajuk letew, cerewet betoi bab makan. Makan itu tak kena, makan ini tak kena - aku gelakkan jer ahaha...


 Sotong goreng tepung tu dah sejuk dan liat. Makan sotong jer sebab tepung dia masin sangat. Kira ni makan tengahari kitorang kot sebab nak makan nasi rasa kenyang lagi kui kui kui. 



 Pukul 4 petang, balik hotel petang tu. Anak2 terus tukar baju, nak berendam dalam kolam pulak. Semalam tak sempat nak terjun kolam kan....


Puas ler mandi kolam, Qaireen beberapa kali melompat terjun dalam kolam. Bagusnya Hotel Legend Resort ni ialah pool untuk kanak2 memang besar dan luas. Jadi tak terlalu peak sangat bila ramai kanak2 mandi di situ. Senang kita nak kawal pengerakkan diorang mandi kat dalam kolam. Kedalaman 0.8 meter je. Memang tak dalam pun. Tapi kena pantau. 

 Qaireen puas berenang, dia memang suka mandi di pool sebab nak terjun dalam tu. Cuma aku pesan jangan sesekali telan air kolam sebab perut dia sangat sensitif. Senang sakit kalau lepas mandi kolam atau mandi di taman tema. 

 20 minit kemudian ayah dan Ilhan pulak datang, masuk dalam kolam. 

 Berendam dalam kolam, sejuk sikit. Mengigil Ilhan 


 Tengah mandi2 kat kolam, langit jadi gelap nak hujan. Jadi cuaca berangin terus rasa sejuk mengigil. Aku tak mandi jadi pergi amik tuala hotel untuk lapkan budak2 ni. Ikutkan memang mandi kolam sekejap jer sebab pukul 7.30 petang nak kena pergi Kampung Cherating. Aku dah booking awal lagi sebelum datang sini dengan Hafiz Fireflies, aktiviti malam ni nak tengok kelip-kelip. 


Dah dah, jom naik. Tak puas mandi kolam lagi ler tu hehehe. 

Kitorang naik jer masuk dalam bilik hotel, hujan pun terus turun mencurah2. Alamak camno ni, jadi ker nak tengok kelip2 hujan2 macam ni? Husband cakap kelip2 tak keluar waktu hujan sebab sayap dia basah. 

Aku confirmkan balik pada admin Hafiz Fireflies, jadi ke tengok kelip2 kalau hujan lebat. Diorang cakap kalau hujan berhenti boleh jalankan program. Husband ajak ubah plan, kita makan ikan bakar kat Tanjung Lumpur jela. Aku ok jer, tapi anak2 lagi mahu nak tengok kelip2. Sebab hujan dah berhenti kitorang decide tengok kelip2 lah. 

Sampai sini jam 7.30 petang rupanya dah ramai datang. Aku terus bayar dan pakai jaket keselamatan. Bagitau husband kalau hujan turun jer kita cancel program. Tak payah tengok, risau keselamatn budak2 ni. 

Umar leka tengok poster dalam Hafiz Fireflies. 

Qaireen dah tak sabar nak naik bot tengok kelip2..

Banyak juga Encik Hafiz bagi penerangan. Rupanya ada group pelancing dari China.  

Dah selesai taklimat group first pun gerak nak naik bot, tetiba jer BRooooooom!! Hujan turun selebat2 nyer!! Group ni patah balik masuk dalam semula. Apalagi aku dan husband "Ok, kita cancel!" Kitorang pun discuss ngan admin cakap tak jadi lah nak ikut program atas sebab budak2 kecik kan. Diorang pulangkan balik duit dan kami pun gerak ke hotel untuk makan malam. 

Tapi memang anak2 frust lah tak dapat tengok kelip2. Nak wat camno, hujan lebat nak oiii...takkan nak tunggu sampai pukul 10 malam pulak... tak kuasa mak.

Ayah dia pulak frust sebab terlepas nak makan ikan bakar kat Tanjung Lumpur kui kui kui... Ala takda rezeki untuk apa2 aktiviti malam ni. Jadi kita makan malam jelah terus. Makan kat Restorant D'Cherating betul2 depan jalan masuk Legend Resort. 

Makan malam menu dia ialah nasi putih, ikan siakap masak sweet sour, tomyam campur, sup tulang, telur dadar (menu wajib anak2 kami) dan kangkung belacan. Semua ni termasuk minuman ialah RM62.00 sahaja. Eh murah jugak kan :)

Dah kenyang apalagi balik hotel ler pulak. Sebelum tidur anak2 layan citer P. Ramlee Madu Tiga dulu. Aku yang tertidur tak sedar pukul brapa diorang tidur hehehe ibu dah kepenatan dah..









Makanan Kegemaran Ilhan Wafiq.

 Ilhan Wafiq, suka makan ayam goreng KFC. Atau Marry Brown. Set lunch tu dia boleh abiskan seorang kecuali coleslaw sebab aku yang makan kan...