Friday, May 29, 2020

Perintah Kawalan Pengerakan -Pandemik Covid -19


Tahun 2020 ni merupakan tahun penuh kejutan. Wabak pandemik coronovirus - COVID 19 telah melumpuhkan satu dunia. Malaysia mula buat arahan Perintah Kawalan Pengerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020. Jadi nak buat apa? Duduk rumah jela. Tak boleh keluar ke mana2... Huhuhu.

Sekolah tutup.
Pejabat tutup..
Politeknik tutup.
Tadika tutup.

Blog aku pun kena PKP bila satu dunia termasuk Malaysia laksanakan perintah kawalan pengerakan. Aku takde mood nk tulia, taip apa2 hahaha. 2 bulan berhabuk lah blog ni.

Hari kedua PKP, kita isi masa basuh dua2 kete.

Vakum dalam dua2 kete sekali. Lepas tu tak kan nak basuh hari2? Kete pun tak gerak ke mana2 sebab PKP.


Minggu kedua, cikgu2 sekolah budak2 ni dah start bg kerja rumah dlm bentuk online. 

Tapi mmg truly messy sebab diorang guna platform group WhatsApp parents dan sekolah. Jadi bercampur aduk sekali feedback parents, kalau 1 hari tak buka confirm pening nk scroll sebab panjang berjela feedback dari semua keluarga pelajar. Adoooii pening2!πŸ˜–πŸ˜–πŸ˜–

PM buat pengumuman. Lanjut lagi PKP 2 minggu....πŸ˜ͺπŸ˜ͺπŸ˜ͺ

Sebab dah tak tahu nk buat apa, husband beli set Saidina dlm online. 

Jadi main itu jela isi masa free. Masa ni kak ipar aku dah bersalin di hospital Seremban  jadi anak2 buah, abang aku tumpangkan sekejap di rumah kami selepas wife admit hospital. Seronok ler budak2 ada geng nak main sama2. 

Danial Akif sibuk gegar pintu pagar nk keluar rumah 🀣🀣

Kita main depan rumah je..

Melayankan anak buah beberapa hari ni sementara mama diorang masih di dalam wad bersalin. Nk melawat mmg tak boleh sebab kawasan Seremban dah kategori red zone. Hospital dah jadi kwsn larangan untuk mana2 pengunjung sebab wabak Covid-19. 

 
Bahan nak buat laksa Johor🍜🍜🍜

Hmmm, time PKP juga melayankan tekak dan perut nk makan macam2. Itulah bila duduk rumah tak tau nk buat apa, kerjanya nak makan jelah πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Laksa johor done.

Rojak buah done.

Sambal colek done.

Assistant di dapur. Untuk masak dan makan πŸ˜†πŸ˜†

Kambang bukhari done.


Nasi arab done. Ya habibi habibi!!

Kueh tiuew ladna done.

Abislah diet kami. Kerja masak dan makan jela...πŸ˜…πŸ˜…

Duduk rumah pun kerja semua kena siapkan. Termasuklah bagi tugasan dan marking assigment pelajar secara online.. Tugasan sekolah anak2 lagi. Banyak ler kertas nk cetak dan tulis. Last2 aku beli printer baru dalam lazada. Nak mudahkan kerja huhuhu.

Printer hp ni beli dalam RM130++
Dua minggu baru sampai. Terbaik!!


Ilhan bnyak task dia kena buat. Hari2 ada task teacher bagi untuk siapkan huhuhu.

Dah siap amik gambar dan hntar kt group WhatsApp sebagai bukti siap!!!

Petang2 aktiviti tanam sayur PKP. Hahaha.

Diam tak diam dekat dua bulan kami kena PKP.  Sampai ke puasa terus sampai raya. Stay at home jela...

Bulan puasa, abang aku dapat dtg berbuka puasa bersama2 anak2, wife dgn baby baru dia. Banyak sekatan polis dari rantau ke sendayan. Kenalah ikut jalan jauh sikit. 

At least terubat sikit rindu nak berbuka di kampung. 

Punyalah lama duduk rumah, anak2 tak sekolah dan tak boleh nak keluar rumah. Harap2 PKP ni dapat meredakan sedikit sebanyak penurunan jangkitan wabak covid 19. Lebih2 lagi masuk bulan kedua, timbul pulak kluster Sendayan. Lagilah risau. Jadi stay at home. Kita jaga kita. Kita mesti menang. 


Makanan Kegemaran Ilhan Wafiq.

 Ilhan Wafiq, suka makan ayam goreng KFC. Atau Marry Brown. Set lunch tu dia boleh abiskan seorang kecuali coleslaw sebab aku yang makan kan...