Sunday, December 9, 2012

SEMINAR DI KUCHING, SARAWAK


Balik dari Perak, bersiap sedia untuk Seminar Kesihatan daripada GLAM untuk staf Politeknik Kuching Sarawak. Hari tu buat preparation di stokis B31 di Kelang dan Madam Fong telah memberikan penerangan dan membuat demostarasi Garam Buluh.




 
Selepas itu kami berbincang tentang produk yang perlu dibawa untuk promosi dan jualan. Antaranya produk killer kami of coz PREMIUM BEAUTIFUL. dan seterusnya Garam Buluh, BB Plus dan Biozone Food Purifurier.

Huhuhu. Penuh kereta dengan kotak dan produk2 nak dibawa ke Sarawak



Punch semua barang dan siapkan check list.



Dan Hari Khamis pagi, 6hb Disember 2012 - kami bertolak ke LCCT, check in barang-barang. Pukul 10.00 pagi berlepas dan sampai di bandaraya Kuching pada jam 11.30 pagi. Sampai je ada kawan menunggu, Miss Aina Fathiah hehehe. Thank you so much, banyak Aina susah payah tolong kami.


Laila peluk kotak patung keh keh. Penuh barang, tak muat bonet. Terpaksa bersesak-sesak dalam kereta dengan kotak-kotak hahaha!!


So sampai je terus singgah Matang Jaya makan tengahari. Huhuhu tak sangka datang lagi ke tempat ni. Teringat time kerja kat sini huhuhu empat tahun menetap dan berkhidmat di sini. Order dan bagi Lyana dan Laila cuba rasa Teh C special.

Teh C special !!!


 Wah memang best!!! Lyana sampai ketagih, wajib minum sepanjang hari kami di Sarawak. Selepas itu misi beli ayam mentah di E-mart untuk present Biozone nanti.


Perjalanan ke Politeknik Kuching yang kosong dan tanpa kereta sepanjang jalan hahaha!! BETAPA TENANGNYA!!!


Settle semua terus ke Politeknik Kuching. Sampai saja, terus setup peralatan di mini auditorium, check sound system, LCD projecter dan susun atur produk.

Selesai sahaja, balik terus makan malam di Matang sebab malam tu nak kena pulun siapkan slaid dan practice present depan kitorang je pun. Last-last sampai ke pukul 3 pagi dan Laila bole bertahan sampai pukul 5.00 pagi huhuhu.


Tidur cuma 2-3 jam sahaja. Bila bangun pagi kami bersiap-siap dan sampai di PKS, terus setup meja pendaftaran dan makan pagi.


Tempat mendaftar peserta. Diedarkan sekali pamplet dan goodies bag yang ada produk kesihatan.


Peserta yang datang mendaftar dan menunggu seminar bermula.




Dan tepat pukul 9.00 pagi, seminar pun bermula. Dimulai oleh Lyana dengan produk Premium Beautiful...


Glow in the dark!! Bercahaya-cahaya badan patung bila dipakaikan PB.



Top agent, Wan Liyana begitu steady menerangkan produk terhangat di pasaran, Premium Beautiful


Diikuti dengan Laila dengan produk Biozone Food Purifurier


Cuba tengok dan bau ayam ini. Yang ni belum dipurifikasi lagi yek!


Presentation yang cukup hebat dari Laila.





Dan disudahi dengan saya dengan presentation produk Garam Buluh..




Melakukan demostrasi menguji pH garam putih dan garam buluh.


Satu demostrasi untuk menguji pengoksidaan Garam Buluh. Cik Aina tiup, jangan sedut pulak yek


Kempen tukarlah garam putih kepada garam buluh.

Tepat jam 11.30 pagi seminar berakhir dan hadiah cabutan bertuah diberikan.


Cabutan bertuah dapat hadiah Tupperware gitu!!!



Sesi menerangkan produk. Adalah perkara yang melucukan tu.......


Minuman Kologen BB Plus antara produk yang mendapat sambutan terhangat dan habis dijual.



Banyak penerangan yang diberikan oleh kami ketika peserta ingin tahu lebih lanjut produk-produk kesihatan yang dipamerkan.



Kemudian tetamu jemputan diberikan free trial untuk set Premium Beautiful.



Ukur!




dan ukur!!

Sesi percubaan Waist Nipper, bagus untuk rampingkan pinggang dan kempiskan perut buncit...



Register!!


Dan ukur lagi!!



SOLD!!!! Thank you very much ladies!


Kak Daisy, in Premium Beautiful.


Alhamdulilah, selesai akhirnya. Garam buluh, BB Plus dan of course our killer product- Premium Beautiful corset terjual dengan larisnya.


Dan malam itu diisikan pula dengan aktiviti business sharing untuk mereka yang berminat untuk mengetahui perniagaan yang hebat ini.



Begitu juga dengan keesokkan harinya. Kemudian sesi berjalan-jalan di sekitar bandar Kuching sebelum pulang ke Kuala Lumpur pada malam tersebut.

Perkena me kolok dan teh c special di kopi o corner



Sourveir from Sarawak


Walaupun rasa penat tapi kami berasa puas kerana dapat berkongsi kebaikkan produk dengan penduduk di Borneo. Jika ada lagi rezeki insyaAllah bole lah turun ke sini lagi untuk melebarkan lagi sayap di Borneo.

Dan yang penting saya bangga dan terharu kerana dibantu dan dibimbing oleh leader saya terutama Lyana dan Laila yang sanggup turut serta buat roadshow di Kuching. Jutaan terima kasih kepada you all. Luv my leader so much;)


Tidak salah saya memilih Green Leader Group. Kami dibimbing dan diajar sepenuhnya oleh mentor dan leader yang berjaya. Pastikan pilihan anda tepat dalam memilih kumpulan yang betul!


HASNY
012 7597929

Tuesday, December 4, 2012

CUTI DI PERAK

Habis je Final Exam Di politeknik, siap menanda dan key in markay yeayy!! kitorang pun ambil cuti balik kampung di Changkat Jering, Taiping. Balik je kampung, King of Fruit menanti!! Yes durian!! bersepah di mana-mana. Sepanjang jalan ke Changkat Ibol gerai durian merata-rata.

Mak bagitau durian jatuh harga 30 sen sekilo!!  mak aiii murah giler. Coz tahun ni suma durian menjadi. Abang2 Mr Hamdan pon malas nak jual!! Huh watpe nak jual, mcm bagi saja jer.. baik bagi sedara makan hehehe!!! Dia kata mcm tu.. Dan tempoyak masyaAllah berbalang2.


So ari first day kami ke kebun durian milik ayah Mr Hamdan, saja nak tgk durian gugur kot2 ada ker. Bawa umur sekali, Qaireen masih tidur pagi tu. Tapi abang dia dah datang awal2 lagi kutip. So takde banyak pon, Mr Hamdan kata saja nak bagi nyamuk dan pacat hisap darah umar hehehe!!




Empat hari di kampung kami banyak berjalan-jalan di sekitar Changkat Ibol dan Taiping.

Hari kedua tu lepas zuhur bawalah anak-anak ke Zoo Taiping. Tengok harimau dan singa pencen hehehe. Tapi banyak2 zoo saya rasa zoo ni lah paling ok jika nak banding kat Melaka hehehe. Kitorang naik train dulu masa masuk, pusing2 keliling. Malas nak jalan. Lepas tu barulah berjalan tengok haiwan yang paling besar dan senang nak tgk. Contohnya GAJAH. Kalau kancil tu terpaksa bulatkan mata besar2 cari manaler dia sembunyi. Budak2 pun malas nak tengok.

Gajah kat depan tapi diorang mendongak? tengok apa eh??

Hai memerang...

Ramai anak2 kecik dalam zoo ni. 

Yang ni bapak budak orang utan punyer. Jantan memang badan saiz besar dan berbulu lebat.

Memang anak Sarawak betul, banyak-banyak replika haiwan, binatang ni yang Qaireen paling suka...



Tapi paling kelakar sebab kandang harimau sebelah dengan kandang singa. Boleh pulak dua2 puak binatang ni mengaum2 dan bersahut-sahutan mcm nak gaduh. Lawan suara! Kuat bunyi pulak tu satu zoo bole dengar. Mr Hamdan kata Harimau Malaya bergaduh dengan SINGApura hehehe.





Sempat melawat tempat bersejarah Datuk Ngah Ibrahim, anak kepada Long Che Jafaar-Founder bijih timah di Larut, Perak ni. Siapa kata orang melayu tak kaya dulu!!

Dialah orang paling kaya di dalam Perak hingga dapat mengalahkan kekayaan Sultan Perak. Tengok rumah beliau dah tau, tersergam indah. Dan saya baru tahu Larut asal nama daripada gajah Long Jaafar, Si Larut. Badan gajah ni diorang jumpa melekat lumpur bersalut timah yang akhirnya mengubah nasib orang melayu ketika itu.



Tapi Mr Hamdan kata dulu masa dia sekolah bila lalu di sini tak delah cantik camni. Buruk tak terjaga!! sampai dia fikir sayangnya tempat sejarah terbiar camni.

Tapi sekarang dah oklah. Dah dijaga sebab warisan sejarah. Ngah Ibrahim dibawa British (perasit) ke Singapura sebagai hukuman dan beliau mati di sana. Atas usaha keturunan beliau dan orang tempatan, mereka membawa semula jenazah beliau setelah bertahun2 berkubur di sana dan dikebumikan semula di kawasan rumah beliau sendiri lewat 2008. 

Makam Ngah Ibrahim setelah bertahun-tahun bersemadi di Singapura akhirnya dihantar pulang bersemadi di halaman rumah beliau


Memang besar gila rumah beliau dan di sini dijadikan markas Bristish parasit dan court pembicaraan kes pembunuhan JWW Bitch opss sorry silap- Birch

Permandangan di belakang rumah

Pandangan rumah Ngah Ibrahim dari tempat pengawal di sayap kiri. Belakang rumah ada sungai tempat laluan orang ramai ketika itu.

Perigi tempat mandi Ngah Ibrahim terletak dibelakang belah kiri rumah beliau.

Jom kita ke Kuala Sepetang plak!! Lapar nak makan mee udang huhuhu

After that jalan pi tgk hutan paya bakau kat Kuala Sepetang, Umar dan Qaireen yang seronok. Lari sana sini.

Ku lihat HIJAOOO keh keh

Tenang.....


Hutan bakau yang sangat besar dan luas. Ada chalet untuk mereka yang nak menginap di sini.

macam-macam benda boleh tengok di sini. Ada ketam, belangkas, ikan tembakul dan ular pun ada..eiiiiiii. Tapi jenuh nak menapak jejalan dalam ni.

Kan dah kata. Qaireen dah penat berjalan terpaksa didukug. Umar tetap steady hehehe lari sana sini.


Depan je taman paya bakau ada restoran me udang!! Sebenarnya sepanjang jalan ke hutan bakau memang berderet kedai me udang, terpulang ler anda nak rasa yang mana satu.

kami pilih MAK JAH ME Udang Kuala Sepetang!! Udang banjir hehe, kalu biasa harga RM7 kalau special RM11. tapi makan biasa dah cukup best sebab udang fresh dan banyak plak tu. Special - udang dia besar2. Tambah dengan cucur udang dan ABC fuhh SYOIKKKK!!!

Yummy....!!! Udang manis sebab baru dan baik punya!!

Jemput makan yek!

Besok pergi rumah Abang long Mr Hamdan coz anak dia baru lepas berkhatan. Lepas tu terus gi bawa Umar dan Qaireen mandi sungai kat Terung (area2 situ jugak). Mandi tak lama sebab air sejuuuuk dan budak2 mengigil2 ditambahakan dengan cuaca yang gloomy nak hujan.
SejuuuuKKkk!!

Umar takut sungguh, peluk je ayah dia. Dah nak balik baru nak main air sebab dah mula rasa seronok.

Memang seronok sekali sekala balik kampung sebab masa ni ler nak bersama-sama keluarga. Tak adalah nak hadap kerja yang bertimbun2 keh keh keh. Rasa seronok bila anak-anak seronok dan jumpa dan belajar perkara baru dalam hidup diorang.



Jejalan Hujung tahun di Cameron Highlands

Hari last day kat Taiping sebelum balik, mak buat pulut kukus. Pakai daun pisang. Macam pulut pangang tapi ni kukus sahaja, kosong tiada int...