Monday, September 30, 2019

Belajar buat sushi dengan Sushi King

Bila check Facebook, ada program terbaru daripada Matrix Concepts Holding Berhad. Aku daftar anak2 dalam program ni pada 28 September jam 10.00 pagi.


So jam 10.05 minit kami terpacak dah kat Ara Sendayan Gallery. Dah dua kali orang matrix call jadi datang ke tak huhuhu. Lambat sikit sebab anak2 lambat bersiap. Kami pulak baru lepas workout.

Ok anak2 dah turun daftar diri sebab dah register minggu lepas. Hampir semua participants sudah datang. Dan orang Sushi King dah mulakan program. 

Ok pakai cap (topi) dan sarung tangan bagi menjaga kebersihan. Hygiene ye. 

Nasi daripada beras jepun dah siap2 campur dengan vinegar. 


So staf Sushi King akan bagitau step by step macam mana nak balut, nak gulung, nak sumbatkan dalan tauhu ke.

Dia bagi sea weed untuk buat hiasan atas sushi dan sashimi. 

Bila dah siap, kita susun atas kertas yang diberikan. Cantik, comel2 budak2 ni buat. 

Well done Qaireen dan Umar, sambil belajar nanti boleh makan ahaha... 

Sabar2 nanti dah siap boleh makan hahaha. 

Step by step, rasanya dalam sejam juga mereka belajar macam2 perkataan Jepun berkaitan dengan sushi. 




Ok dah siap 4 jenis sushi, last sekali buat 'temaki'.

Sambil tu diorang ada buat kuiz, siapa jawab betul dapat hadiah baucer Sushi King. 

Wah lepas siap buat sushi, diorang agihkan Vitagen sebotol pada anak2 ni. 

Bestnyer minum vitagen kan!!

Ilhan mana? Hah main2 keliling galeri. Nak masuk tak boleh jadi dia rembat belon kat tepi tu. 

Main guling2 atas sofa dia. Dah makan dah minum main hadphone, main belon pulak. 

Ok dah selesai kelas buat sushi, amacam. Puas hati tak?? Hehehehe. 

Cepat tunjuk mana sushi kamu buat tu??
Qaireen dah tak sabar nak makan dah. Kena makan dalam 2 jam selepas buat untuk kesegaran dan  kebersihan sebab kita dah pegang masa buat. 

Yeah, saya dapat baucer Sushi King!! Kena makan lah lagi lepas ni. Mujur expired sampai hujung tahun ni. 

Hm makan dah, Qaireen dah tak sabar nak makan dari tadi. 

Wah ada 'Inari' dan 'tamago'!!


Main2 kejar sementara tunggu ayah datang bawa kete. 

Selesai sudah kelas sushi. Start 10.00 pagi habis dekat jam 12.00 tengahari. 

Alhamdulilah, rasa senang hari bila Matrix buat program yang bagus untuk kanak2. Ini yang dikatakan program komuniti yang patut dijalanakan di bandar atau kawasan perumahan terancang seperti Bandar Sri Sendayan. Thanks Sushi King dan Matrix Concepts atas program yang AWESOME ni!! Hah tepuk tangan!!! 




Thursday, September 26, 2019

Ilhan kena chicken pox!!

Ilhan Wafiq kena chicken pox, jangkit dari tadika LC. Bukan dia seorang je kena, 18 budak kena ahahaha. Jadi outbreak pulak. Masa pagi tu dia mengadu sakit perut tapi nampak cergas lagi. Kat depan pintu tadika, cikgu cakap ada sebelum budak kena chicken pox jadi diorang nak pantau siapa deman kena balik.

Sejam lepas tu cikgu bagitau Ilhan deman suhu 37.8 celcius. Aikkk aku pun amik dia bawa pergi opis. Elok je budak ni main2 makan macam biasa. Badan pun tak panas.

Balik rumah siap ajak ayah dia nak main playground lagi. Malam tu badan hangat, tapi bila bagi panadol, kurang panas badan dia.


Besoknya barulah keluar bintik gelembung air. SAH budak ni kena chicken pox! Aku pun bawa klinik pasai dah tau dah confirm aku kena cuti kuaratin lepas ni. Mujur semua ahli rumah ni dah imun (dah pernah kena chicken pox).

Seminggu kena kurung lah jawabnya. Sapu ubat kat tempat bintik2 keluar. Bagi sejuk, tak gatal. 

Oiii marah kita ambil gambar dia, takut tak nampak hensem ye nak kui kui kui....

Sian dia, kat mulut pun keluar juga. Jadi susah sikit Ilhan nak makan. 

Asyik suruh kita tengok dalam mulut dia je, ada benda yang dia tak suka kacau nak minum susu hehehe.


Arghhhhh, hm bagi ubat mulut tak mau. Tahan je lah nak, ibu buat bubur ayam senang nak bagi kamu telan. 

Seminggu lepas tu baru dia ok, dah masuk sekolah. Aku pun seminggu cuti tak ingat kerja apa pun dah. Kelas pun tak buat. Dah nama kuaratinkan, kuaratin kerja jugalah jawabnya hahaha. Masak....!!



Jejalan Royal Floria 2019 Putrajaya

Floria dah habis lama, aku baru nak update citer dalam blog huhuhu. Kitorang pergi sana hari Ahad (1 September 2019). Kebetulan mak dan ayah datang Rantau berjalan rumah anak2 dia dan family abang aku ada di sana, jadi aku ajak diorang jejalan tegok bunga.

Kami gerak dalam jam 11.00 pagi. Abang aku dna wife dia tak ikut sebab baby Akif tak beberapa sihat. jadi kami gerak dalam 1 kereta je.

Muat2 dalam 1 kete avanza. 

Pesta Floria dah tukar temat tahun, buat di Taman Botani. Jadi nak parking memag susah dan penuh. Kena naik bas transit yang Putrajaya sediakan. Kami parking kereta dekat dengan dataran Putrajaya. 

Sesi menunggu bas datang. 

Dekat 10 minit menunggu. 

Yeah!! Akhirnya bas pun dah datang.. Percuma ye. 

Sampai depan Taman Botani. Sementara tunggu Husband beli tiket, ambil gambar kat depan dulu. 

Umar takde ikut ayah dia beli tiket. 

Hahaha QAireen cakap kita datang lagi tempat ni. Yelah tahun lepas aku bawa anak2 jalan eh silap kayuh basikal kat sini. Perghhhh semput wei...  Ada aku citer kat bawah ni 




Bila selfie nampak terbalik pulak tulisan belakang tu huhuhu. 

Ok, ni bunga orkid betul yek. Bukan yang jenis latex yang viral tu. Original bunga ya!

Besar2 bunga dia, terpegun Ilhan tengok.
Kalau jual ni harga cecah ratus2 huhuhu diorang lambak je letak kat tepi2 bridge ni.

Budak pencinta orkid, sure aku kena paw lepas ni beli orkid untuk dia hahaha..... 

Mak dan ayah pun terpegun tengok orkid2 dia. Rasa macam nak bawak balik je kan mak... hehehe.

Teruskan perjalanan kat atas jambatan ni. Mereka hias dengan bunga orkid pelbagai jenis. Memang cantik belaka. Macam kekononnya jalan atas kayangan..... tapi ramai pulak orang atas kayangan ye ahahaha!!

Wah Afiq pandai berselfie gitu hehehe. 

Kemudian keluar dari jambatan tu lalu dekat bahagian kawasan yg spooky hehehe. Ada rumah nenek kebayan kat situ heeeheeeheh

Nilah rumah dia, comel je. Nak masuk tak dapat sebab kunci pun. 

Ada periuk masak kat luar tu kot2 ada lah magic potion nek kebayan buat tapi kosong jer...... 

Lepas tu jejalan pulak kat kawasan pameran pokok bonsai.. Kat sini adalah pokok2 bonsai yang lebih 50 tahun dipamerkan kat sini. Kalau ornag yang suka art pada pokok memang elok ler jalan kat sini. 

Macam pokok ni kalau pokok besar confirm nampak seram je kan. Sebab pokok bonsai jadi nampak comel jer.. 

Pokok ni usia dia 90 tahun. Macam umur atuk Tun M pulak, opsss!!

Teruskan jalan ada tempat ni cantik untuk bergambar. Qaireen excited nak ambil gambar kat sini. 

Haha cepat duduk sini ambil gambar. Budak2 ni mesti stress aku suruh duduk sana sini sebab nak ambil gambar diorang. Yelah nak buat kenangan kan. nanti korang dah besar boleh tengok blog ni. 

Masa dah pukul 12 lebih, jadi panas lit lit yang amat.

Cousins....


Ok terusksn perjalanan ke tasik pulak. Aku sebenarnya bawa ayah dan mak jalan yang senang dan mudah. Tak nak jalan yang mendaki ke atau terlalu jauh. Kesian kat orang tua. 

Kat sini ada swan... Ingat swan ni baik je berenang kat situ yek. Diorang kepong ada dawai kat tepi tasik tu. Kalau tak kepung, confirm binatang ni terlepas keluar dari situ silap2 masuk kawasan pejabat Perdana Menteri pulak. 

Cantiklah diorang deko kawasan dengan pokok2 bunga. Mak pun dah letih berjalan nampaknya. 

Kalau buat kat laman rumah mesti cun. Tapi tahan 3, 4 bulan je kot ahahaha. 



Sempat selfie ramai2 kat sini. 

Ilhan suka tengok bunga ni, nampak menarik je pokok daisy ni kan.. Dalam pasu senang je nak angkut

Pekerja Floria kerja keras. Nak pantau dan pastikan pokok dalam cantik, elok dan ceria. Yelah ni baru hari kedua. Nak tunggu seminggu semua pokok2 ni bertahan.. 

Amik gambar kat sini tapi tak boleh masuk ke dalam. Diorang tutup pulak. Tak tau kot jadi taman larangan istana agaknya hahaha. 


Okay rehat jap, bagi mak dan ayah layan cendol dulu tepi tasik. 

Aku beli makanan ikan, budak2 berebut nak bagi ikan makan kat tasik tu. 


Dah sudah minum, aku ajak semua makan tengahari. Kira last dah, tak nak sambung jalan lagi. Sebab masing2 dah nampak penat dan lapar. Kira kami jalan sekadar suku sahaja semua kawasan floria ni sebab taman botani ni luas dan besar yang amat...!


Singgah solat sekejap sebelum makan. Ada khemah untuk solat kat situ. 

Hahaha dia tertarik dengan air pancur tu. 

Kalau tak jaga ni confirm Ilhan terjun dalam kolam...kat depan ni kira pintu keluar. Depan tu ada khemah untuk jualan pokok2 bunga dan gerai makanan. 

Sampai sini je aku citerkan, sebab masa makan aku tak dapat nak tunjuk. Sibuk layan anak2 makan. Lepas tu singgah jap kat khemah jual bunga, macam biasa Umar sibuk paw aku beli pokok orkid. Kalau tak monyok je muka dia. Layankan je. Cakap guna duit dia tapi ibu boleh top up mana yang kurang. RM50 melayang juga kat situ ahahhaha. 


Cuma kesal sikit sebab tempat ni terlalu luas dan besar. Rasa tak sesuai untuk mereka bawa anak2 kecil terutama guna stroller tu, jenuh nak jalan jauh. Orang tua pun sama. Eloklah pihak Floria kekalkan tempat yang lama dulu, supaya mudah pelawat nak jejalan. 





Jejalan Hujung tahun di Cameron Highlands

Hari last day kat Taiping sebelum balik, mak buat pulut kukus. Pakai daun pisang. Macam pulut pangang tapi ni kukus sahaja, kosong tiada int...