Saturday, March 21, 2015

Redeem lagi Treats Points from Maybank Card

Alhamdulilah, setelah mengunakan kad ini dalam setahun 2 bulan aku dah kumpul hampir 85k points. Last time aku tebus points tahun 2013, ada aku citer kat sini. Time tu aku tebus untuk baucer Tesco. Tapi awal tahun ni aku tukar angin pulak, tebus kepada voucher Aeon Jusco pulak.

Kira2 dalam Rm300 ringgit baucer dapat ditebuskan. 

Lepas apply dalam web dia bulan februari, tak sampai 2 minggu baucer2 pun sampai.....RM20 sebanyak 15 keping..

Time macam ni lah berguna juga baucer untuk beli susu anak2, makanan basah dan makanan kering :)

Total shopping barang RM 308.75. Kira aku kena bayar hanya RM8.75 sahaja. Jadi korang tengok berapa banyak cash aku dapat jimat di situ T_T

Sebenarnya pengunaan kad mestilah disiplin tinggi dan berhemah. Kad aku limit cuma 8k sahaja... Dan jumlah pengunaan setahun lebih (hujung 2013-2014) aku swap cecah 85k! Mak aii.. Tapi rekod CCRIS aku memang bersih. Tiada tunggakan. 

Masa aku pergi kursus montly speending di politeknik, speaker seminar macam tak galakkan aku guna kad kredit bila membeli. Tapi aku hanya katakan yang aku tak guna untuk beli keperluan sendiri, guna untuk bisnes atau konsep OPM. Maksudnya bukan aku bayar tapi orang lain bayar. Yang ni kalu korang gi seminar kewangan inshaAllah korang akan faham. Lagipun ada wujud case seorang graduan dapat selesaikan pinjaman pendidikan 60k dengan masa singkat dengan manipulate pengunaan CC. Faizul Ridzuan pun beli hartanah guna konsep CC. Apa yang penting kita mesti tau kenapa dan tujuan kita pakai kad tersebut ;)

Kabai.....


Wednesday, March 18, 2015

Hot Air Ballon Putrajaya 2015

Selepas selesai je pasal hal rumah di Shah Alam dalam pukul 4 lebih kami bergerak ke Putrajaya nak tengok belon panas. Letih tu memang letih tapi sebab dah alang2 lalu di situ nanti why not singgah jap. Saja nak bagi anak2 teruja tengok belon panas.

Singgah solat asar kat exit Putrajaya dan sampai kat sana hampir 5.30 petang. Masa tu kereta dah bnyak, jalan dah tutup. Terpaksa bersesak berpusing cari lot parking. Tak lah jauh sangat cuma kena jalan sikit. Mujur anak2 tak kisah sebab dah excited nk tgk belon panas.

Ada banyak gerai didirikan kat situ...macam2 ada tp harga dia pun boleh tahan mahal betoi!

Singgah beli makanan sementara nk tunggu belon naik. 
Harga sosej secucuk tu RM4, huiyooo! T_T

Dah pukul 6 petang, semua yang datang macam nak pergi piknik. Siap bentang tikar tunggu belon pasang dan naik. Ada yang bawak kamera yang hebat daripada DSLR sebab nak shoot amik gambar cantik punya hehehe. 

Masa ni belon2 tu dah strat kembang untuk naik ke udara. Cuma masa ni angin memang kuat. Belon jadi tak stabil, kejap tegak, bulat kejap2 condong rebah ditiup angin huhuhu.

Belon yang paling last tu akhirnya berjaya meluncur naik ke udara. Tapi memang laju bebenor. Angin tiup kuat sangat. 

Makin tinggi...

dan tinggi....


Itu je pun yang naik. Yg lain tak dpt sebab faktor cuaca dan angin. T_T
 Diorang akan sambung naik jam 9 mlm nanti. Ish tak kuasa nak tggu kat situ sampai malam. 

Umar tak nak balik nk tggu semua belon tu naik huhuhu. Aku tgk kumpulan mat salleh tu semua ngeleng kepala bagitau petang ni tak boleh naik sbb angin kencang pada pihak Perbadanan Putrajaya. 

Pujuk punya pujuk, last2 Umar pun akur balik. At least dapat tgk 1 belon naik terbang pun jadilah. Time ni dah 6.40 ptg. Nak kuar pun nak kena fikir sebab stuck jem huhuhu. Akhirnya dapat kuar jugak. Solat magrib kat Nilai dan sampai Seremban pukul 9 malam... fuh letihnya badan. 

Monday, March 16, 2015

Pengalaman Aku Cari Perabot Terpakai

Aku bukan owner kedai ni. Kedai ni tak de kena mengena dengan aku pun kecuali aku pernah membeli sebahagian perabot kat sini. Jadi aku nak share pengalaman aku pernah beli kat kedai ni. Harap korang jangan tanya aku pasal perabot2 tu sebab aku bukan taukeh kedai. Aku pelanggan kedai ni dulu, pernah beli kat sini jer.

Lepas kami dapat kunci rumah, langkah seterusnya kami nak cari perabot pulak. Lokasi kami ialah di Kedai Pakar Perabot Terpakai ni terletak di Jalan Rugby, Seksyen 13 Shah Alam. Kebetulan sudah meronda kedai perabot dulu sebelum dapat kunci untuk banding2kan harga. Puas meronda2 terjumpa kedai ni dan terus masuk cari perabot2 yang kami mahukan. Targert kami nak dapatkan katil double decker dan locker untuk student.


3 lot kedai ni dimiliki oleh Kedai Perabot Terpakai. Kalau nak cari perabot untuk pejabat, asrama, homestay atau rumah sendiri pun tempat ni aku rasa adalah antara yang ok. 

Gotcha, akhirnya dapat katil double decker. Ni aset perlupusan dari asrama UUM. Mak aii katil diorang elok lagi dah kena lupus. 

Banyak perabot2 untuk pejabat di sini. Termasuk kerusi, partition, locker dan meja office. Diorang boleh hantar ke mana2 lokasi kita nak. Aku tengok ada alamat penghantaran sampai ke Ipoh dan Port Dickson. 

Umar dah kepenatan ikut ibu ayah belek2 perabot2 terpakai sini. 

Locker besi ni harga mahal sikit. RM190, sebelum tawar. 

Locker kayu, dah cat dan varnis. Harga tawar diberikan rm90.00.



Bos dia yang lady ni, boleh negotiate utk harga yang dijual. Time ni ramai yang datang cari untuk perabot2 office terutama brader ni cari stool dan kerusi.. Bos lady ni bagitau kalau mahal kerusi tu nanti boleh duduk lama sikit. Boleh brader jawab "Kami nak cari kerusi yang orang tak nak duduk lama2" hahaha!!

Untuk harga murah ke tak, sebenarnya depend ikut korang nak barang perabot macamana dan bajet korang ada. Tapi yang aku tengok perabot kat sini elok2, cantik dan condition yang bagus walaupun secondhand. Aku amik kat sini pun sebab dah dekat sangat dengan rumah kami tu. 



Lepas setuju, kedai akan amik sekurang2nya seminggu untuk repair dan cat perabot yang ada. Kemudian diorang akan hantar dan pasang perabot kat alamat kita bagi. Siap tolong susunkan ikut kita nak hehe. 



Serius, tilam diorang elok lagi bebenor. Aku dulu masa zaman duduk kat asrama U pun tak dapat tilam elok macam ni....


Deal dengan kedai untuk beli 8 katil dan tilam, dan 8 locker kayu. Total semua dalam RM2k ++. Almari 3 pintu tu sumbangan dari tuan rumah dulu hehehe, dia tolak bg kami sebelum pindah. 

Bila dah siap pasang susun perabot semua, tunggu Mr Yong datang bawak kontraktor untuk pasang jeriji dan partition. Dia lambat sikit sebab ada seminar talk pagi tu kat KL. Pukul 3ptg kontraktor dtg measure dan code harga untuk buat wiring dan partition. Kontraktor pun orang bangla, ish2 dahsyat betui diorang ni buat business.




Mr Yong kata bagus beli dapat rumah dah siap kitchen kabinet dan plaster ceiling. Memang jimat banyak. Hm dia pun yang recommend rumah ni masa tahun lepas. Satu part dah lepas dah, sekarang tunggu minor renovation pulak. Hopefully dipermudahkan. InshaAllah...








Friday, March 13, 2015

CHOOCOBY-Khusus peminat coklat di luar sana!!


Anda semua peminat coklat!!?
Suka makan coklat??!!
Bukan je coklat, 
tapi siap ada lagi campuran yang best seperti 
Oreo, Marshmallow, cornflakes atau nestum

Sedap kan !!!

Jom beli, anda boleh pilih mana2 topping yang anda mahukan. 
Tuan punya produk ni akan buat seperti yang anda mintak :)

HANYA RM10 PER JAR.

PROMOSI MAC!!
1-2 = RM9.50/pc
3-5  = RM9/pc
6 ke atas = RM8.50/pc
Harga asal RM10/pc


Untuk pertanyaan lanjut atau pembelian, boleh hubungi nombor tertera di bawah.

NABILA
018 2088490



Thursday, March 12, 2015

Iklan Nuffnang kembali 'mengganas'!!

Actually paling banyak blog aku pernah dapat BE dari Nuffnang adalah dlm 15-18 iklan dalam satu masa. Entah macammana bulan Februari aku tetiba gatal buat resume balik hehe maksud aku cuba update tentang profile blog aku dlm Nuffnang.

Pastu dua hari kemudian terus turun tinggal 2, 3 je iklan yang update di BE aku huhuhu.... T_T tapi aku pikir positif je, maybe admin Nuffnang kena tgk platform apa yang sesuai utk adtiviser dalam blog seseorang kan... Yang penting mesti ada sifat sabar banyak2.

Dan tak sangka arini tetiba je terus melompat jadi 25 BE dalam blog ni, ini paling banyak aku dapat setakat ni. Wah bagusnya ngeh ngeh ngeh!! Aku pernah baca ada iklan Nuffnang dalam blog lain mengganas dekat 30 ++.


Paling seronok bila ada advertiser yang berikan rm1.++. Itu pun dah cukup seronok kan... Sambil2 kita berblog dapat juga income sikit2 di situ kan, inshaAllah. 


Nanti hopefully uoalls rajin2 ler klik pada iklan kat blog aku yek hehehe :P


P/s: Kan best kalau Cidos kat politeknik pun boleh buat macam tu. Semangat sikit lecture dan student nak log in selalu kan kan kan!!

Kabai....



Wednesday, March 11, 2015

Selesai sudah proses VP rumah di Shah Alam

Alhamdulilah, syukur dah selesai dapat kunci dari tuan rumah. Sebelum ni, lawyer dah call boleh check rumah sebelum amik kunci dari owner lama. Jadi kami janji nak jumpa awal bulan 3.


Sementara tunggu diorang datang aku teman anak2 jejalan kat area bawah lobi tu. Tak lama lepas tu Pn mardhiyah dan husband dtg bawak troli, ada lagi sikit barang yang tak diangkat lagi. Diorang pun tak duduk jauh, dekat2 seksyen tu jugak. 


Rupanya diorang dah kuar pindah bulan September lepas. Lawyer lambat sikit uruskan dan bagitau, lagipun kitorg xda no hp each other. Pandai yek ejen dan lawyer tak bagi, tak nak kitorang kawtim kat luar nanti huhuhu.

Pn mardiyah tanya sama ada kami nak katil dan almari dalam bilik. 

Aku sepakat dgn husband nak amik almari shj. Katil tolak sebab katil queen. Kalau katil bujang mesti aku tak tolak punya hehe!


Yang bahagian depan dan master bedroom dah clear. Lepas kami janji datang lagi minggu depan utk dia serah kunci lepas clear semua brg2 kat rumah.

Next week kami dtg, Pn Mardhiyah just bwa anak2 sebab husband dia kerja. Kesian tengok dia kelam kabut nak urus 3 ank kecil2. Cepat2 kami settlekan apa yang patut. Lepas dapat kunci, sempat dia amik gambar2 akhir rumah ni. Yelah dari dia bujang beli rumah ni sampailah beranak 3 duduk diam kat rumah ni confirm memang banyak kenangan kan T_T ceh aku pulak lebih2.

Tapi aku puji dia beli rumah masa bujang lagi, menang lelong pulak tu pergh, jimat2!! no wonder nanti lawyer serah cek, dia plan nak pergi bercuti sekeluarga. 

 Time diorg kemas rumah aritu ada student dah tanya rumah ni nanti untuk disewakan ker. Sebab kawan2 diorang pun tgh cari rumah sewa. Aku just amik no phone student yg pn Mardhiyah bagi, tak tau lg sebab kena setup rumah ni dulu. 

Settle je semua, kami mulakan misi pulak..  banyak nak buat, pasang grill, renovate dan buat patition. Hmm nanti aku citer lain entri k. Au revoir..

Monday, March 9, 2015

Siapkan tempahan hadiah Tupperware


Memandangkan sekarang ni aku kerja ikut moood hahaha jadi time mood rajin tu cepat2 ler aku siapkan mana2 kerja yang tertangguh. Nanti mooood malas/ mabuk datang aku tak kuasa nak layan kerja2 yang ada tu huhuhu.

Siapkan hamper untuk Hari Keluarga, yang ni request dari customer. 

Dah siap!! Siap bungkus sekali hadiah untuk pengantin2 baru dan officemate yang bakal bersara di opis kami. 


Sesiapa yang ingin menempah hamper atau hadiah Tupperware mengikut bajet, boleh hubungi saya

HASNY
012 7597929
013 6036630



Tuesday, March 3, 2015

HAMPIR 2 BULAN..

O_O
Semalam akhirnya aku bekesempatan ke klinik untuk scan setelah sekian bertangguh2. Bukan apa, klinik asyik tutup jer memanjang. Atau asal klinik tutup je aku datang sana O_o

Hasil scan....dah dekat dua bulan...


Ish2 
Hm buku merah tak buat lagi ker...
Doktor yang tanya....
"Oooo buku tu, inshaAllah minggu depan saya buat"

Standard aku confirm kena bebel dengan JM kat klinik nanti.....

Jangkaan kelahiran pertengahan bulan Oktober 2015, InshaAllah. Umar bakal jadi abang, dah jadi budak besar tak boleh cengeng2 selalu hehehe... Qaireen so far ok jek. Dah pandai berdikari.

Alhamdulilah syukur... 

Monday, March 2, 2015

Jangan Kacau!!

Setiap malam memang akan check beg anak2 samada kerja rumah atau tak. Selalu Qaireen sentiasa ada, Umar kadang2 ada kadang2 tak ada. Kesian Qaireen nak buat kerja rumah tapi adik dia asyik kacau pulak huhuhu. Amik pensil dia, pemadam dia. Last2 Qaireen naik atas meja nak siapkan kerja rumah.

Tengok adik dia sibuk ngacau.

 Bising Qaireen marah Umar"Jangan kacau lah!!"

Selalu Qaireen lambat siapkan kerja rumah, banyak cakap dan hilang fokus hehehe. 

Panjat sana sini Umar, terlebih aktif malam ni, dah tegah pun degil... T_T

Last2 pukul 11.00 malam siap. Itu pun kelam kabut menulis sebab semua dah nak masuk tidur. Takut dia kena tinggal sesorang hehehe, saja aku ugut supaya dia cepat siapkan. Ngantuk dah wei...



Jejalan Hujung tahun di Cameron Highlands

Hari last day kat Taiping sebelum balik, mak buat pulut kukus. Pakai daun pisang. Macam pulut pangang tapi ni kukus sahaja, kosong tiada int...