Sunday, August 29, 2021

PdPR budak 6 tahun

Umur 6 tahun, Ilhan Wafiq kerjanya hanya bermain. . . 

Jika disuruh buka buku siapkan kerja PdPR, lantas lari menyorokkan diri.

Atau mengeluh sebab mengantuk atau penat.

Tapi bila bermain tetap kekal cergas bersahaja. . . .

Anak.. anak.. 





 

Pokok 3 beradik

Pokok pinang ekor tupai, kadang-kadang orang panggil ekor musang. 

Beli kat pasar tani di Batu 4, Port Dickson tahun 2014. 

Kiranya kami tanam pokok ni masa mula-mula masuk rumah baru. 

Kisah tanamnya ada kat blog ini. 

Ada 3 pokok, simbolik ada 3 anak dalam rumah ni. Seorang sepokok ya hahaha. . . 



Gambar tahun 2015. Pokok pinang masih kecil baru ditanam masa ni. 



Sekarang. . . .

Tanam pinang rapat-rapat. . . 

Kejadian semalam, Ilhan takik batang pinang ni huhu. 
Dia bilang tak suka, biar ada dua pokok je hahaha
Kasihan batang pokok calar balar.

 

Thursday, August 19, 2021

Persiapan Validasi Encik Suami

Lambat seminggu update.

Validasi husband dah selesai pada hari Rabu 4 Ogos 2021.

Persiapan dah lama, tapi asyik bertangguh kerana pandemik Covid - 19 (kena lockdown, PKP dan sebagainya).

Alhamdulilah dah selesai akhirnya. . . 


Jadi berminggu-minggu, sambil BDR kena siapkan fail dan temuduga secara dalam talian. 
Jadi banyak dokumen perlu kena scan.


Fail dah siap, masukkan siap2 dalam beg. 
Mudah nak bawa. 


Ada dalam 10 fail dan dokumen perlu dibawa ke bilik validasi. 


Alhamdullilah selesai pada jam 12 lebih tengahari. 
Dalam sejam tempoh validasi dengan dua pegawai panel. 
Dah boleh tidur lena. . . .


اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله

 “Ya ALLAH, perbanyakkanlah hartanya dan anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yang telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya…” 

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tuesday, August 3, 2021

Lengkap dua dos vaksin

 Alhamdulillah.

Hari ni lengkap vaksin dos kedua aku.

Temujanji jam 2.00 petang di USIM.

Tarikh 3 Ogos 2021.



Alhamdulilah. . Alhamdulillah . . 

Semoga kita sentiasa sihat dan sejahtera selalu. 



Sunday, August 1, 2021

Selamat ulang tahun menjadi penjawat awam

Hari ni genap 19 tahun jadi penjawat awam. 

Tarikh keramat ni aku lapor diri di Politeknik Seberang Prai sebagai staf Politeknik Kulim.

Memandangkan Politeknik Kulim belum siap jadi kita menumpang jela kat sini dulu. 

Surat ni sesat. . . 

Aku dapat surat lapor diri dua sebelum tu. Puncanya surat ni alamat dia salah. Bila masa pulak aku menetap di Kluang huhuhu.

Mujur jiran aku, Pakcik Nordin kerja sebagai posmen. Dia yang datang rumah bagi surat kat ayah aku. 

Dua hari kelam kabut siapkan barang dan beg. Aku cuma bawa baju empat, lima pasang sahaja.  

Ak tak berani tangguhkan tarikh lapor diri, sebab takut surat saman sampai. Jangan main-main dengan KPM. Kalau sambung ijazah tanpa kebenaran memang akan disaman oleh KPM. 

Sehari sebelum tu, sempat beli sepasang kasut, seutas beg tangan dan sebatang gincu serta bedak muka. Aku memang tak ada benda-benda ni semua. 

Lapor diri dan terima surat ini.

Gaji permulaan adalah RM897.00 sebulan. Itupun akan diterima setelah tiga bulan bekerja. 

Tiga bulan tiada gaji, mujur aku buat skim sangkutan sebelum lapor diri. 

Emak pun ada berikan duit poket dalam RM300 sampailah gaji masuk. . . 

Zaman kerja ni adalah zaman ikat perut. Gaji kecil tapi cukup.

Jalan kaki sama2 dengan student dari rumah sewa ke politeknik.

Naik bas balik kampung atau ke bandar Bukit Mertajam atau ke Pulau Pinang. 

Duit cukup bagi emak, ayah. Simpan sedikit dalam ASB. Cukup buat belanja.

Makan pun banyak memasak sendiri. Lebih separuh gaji disimpan. Sebab nak guna untuk sambung ijazah setelah tiga tahun berkhidmat. Tak perlu berhutang. 

Surat tawaran sambung belajar. 

Cukup 3 tahun, sah jawatan aku pun mohon penempatan belajar beberapa universiti.

Sangkut kat UTHM, sayang betul UTHM pada aku. Lagipun dekat kat kampung halaman sendiri. 

Jimat kan  . . .  

Kenapa aku susah payah menyimpan separuh gaji? Sebab ketika cuti belajar - gaji aku akan jadi separuh sahaja. Nama pun cuti belajar separuh gaji. 

Habis cuti belajar, surat arahan lapor diri diterima. Politeknik seterusnya adalah Politeknik Kuching. 

Dari Utara bertukar ke Borneo pula. 


Selamat tinggal Utara. 
Selamat datang Borneo. 



Ini slip gaji aku Ogos 2008. 

Slip gaji ini aku terima sekali dengan surat lapor diri ke Politeknik Kuching dari Politeknik lama aku. 

19 tahun sudah, alhamdulillah. 

Rezeki Allah bagi sentiasa murah. walaupun adakalanya perjalanan kadang2 sukar dan lambat tapi perancangan Allah itu ada hikmahnya. 

Alhamdulilah. Alhamdulilah. Alhamdulilah. 













Susun dan organisasi kabinet dapur.

 Sebab dah lama sangat "lockdown" dan duduk rumah, jadi datang pulak rajin nak susun dan kemas barang dalam kabinet dapur.

Aku pernah kongsi pasal kabinet dapur dalam blog ni. 

Sebab entri tu banyak dapat view dan komen dari pembaca.

Kebanyakkan tanya pasal kos dan company yang buat kabinet dapur tu. 

http://www.hasnyjalil.com/search?q=kabinet+dapur

Dan kali ni aku susun je, bagi lebih kemas. Dan buat label.

Label pun tak payah beli yang cantik dan lawa, janji ada label. 

Tulis apa kandungan yang ada dalam bekas tu.

Jadi senang nak pantau, bekas2 yang ada bahan yang lama kau tak usik-usik hahaha!!


Pakai bekas tupperware sahaja, dah mencukupi. 

Ini dalam kabinet dapur basah. 

Ada para 3 tingkat, tapi atas sekali kosng setelah penyusunan dan penyisihan dibuat. 


Ruang ini sahaja untuk storage bahan masakan dan rempah. 

Tak mahu pakai ruang banyak2. Akan rasa semak nanti 😞😞


Label pun aku pakai masking tape, tulis dengan pen sahaja. 

Tak adalah nak print dan tampal sticker cantik2.

Yang penting masih boleh baca. 

Tapi terpulanglah citarasa masing-masing sebab mungkin orang suka benda yang cantik. 

Makanan kering. 


Yang bawah ni pula untuk kabinet dapur kering.





Bila kemas-kemas, barang tak banyak pula.

Cuma ada gula, milo, nescafe, teh dan sedikit makanan kering. 

Lega juga, nasib masa sebelum pindah tak nak buat kabinet full height. 

Memang kosong tak tahu nak isi barang apa. 

Ruang di bahagian kiri. 
Sticker tak menarik pun tapi janji BOLEH BACA.

Ni ruang belah kanan, 
yang atas tiada barang makanan kecuali storage untuk bekas Tupperware kosong. 
. . . . . 
(dulu aku jadi ejen tupperware kat opis kui kui kui). 

Ni kabinet dalam island. 

Aku rasa sebab ada banyak ruang kabinet tu pasal barang nampak tak banyak kot. 

Lepas ni kena kemas sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Semak barang mana dah habis dan tamat tempoh. 

Sebab tu aku tak suka simpan stok atau beli banyak2. Sekadar perlu sahaja. Kalau barang habis nanti baru beli. 

Bukan susah pun nak keluar beli. Start enjin kereta, pergi pasaraya, jaga SOP dan beli barang yang PERLU sahaja. 

Ingat, YANG PERLU sahaja.😁😁😁

Sekian. . . 



Jejalan Hujung tahun di Cameron Highlands

Hari last day kat Taiping sebelum balik, mak buat pulut kukus. Pakai daun pisang. Macam pulut pangang tapi ni kukus sahaja, kosong tiada int...