Friday, July 10, 2015

Bajet raya tahun ni...

Fuhh bersawang blog ni, lama tak menaip. Bulan puasa takde masa nak curi taip. Malam dah balik lewat terawih di masjid S2. Siang sibuk ngajar, ada masa kosong curi2 lelapkan mata untuk jana tenaga .

Bulan ni gaji dapat berlebihan, Alhamdulilah... Rezeki.
Mungkin dapat bonus RM500 setelah PM umumkan tempohari. Serta tunggakan kenaikan gaji.  Dan paling teruja dapat komisyen raya hasil part time Tupperware aku T_T.  Maka segera buat pengagihan pendapatan kepada zakat dan simpanan. Dan belanja baru last sekali plan..



Zaman la ni mana boleh fokus pada makan gaji sahaja. Kita kena kreatif dalam mencari sumber pendapatan. Kalau takde kerja kena cipta kerja. Macam buat business. Kecil-kecilan pun takpe. Buat Tupperware pun bukan pakai modal besar, janji rajin dan usaha.

Tapi tempias bahang ekonomi tahun ni terasa beb lagi bila harga barang naik terutama susu anak2. Sudahnya aku jadi CHEAPSTAKE (aku nak berjimatlah) - Raya ni sungguh aku memang takde mood nak beraya pun, lebih fokus pada ibadah bulan puasa sahaja. Jadi tak guna pun duit2 itu untuk belanja raya. Duit raya pun aku tak prepare, husband pandai2 lah yang sediakan. Aku hanya agihkan untuk orang2 tua ku, dan selebihnya aku simpan....T_T.

Ada 3 bulan lagi aku nak bersalin, kena prepare, simpan duit... Jadi baju raya tak da, kuih lagilah aku kental tak beli langsung walaupun rakan promote macam2 bentuk dan jenis kuih...Yillek. Baju anak2 je yang kami cari nanti. Kalau tetamu datang beraya, inshaAllah aku sediakan mana yang boleh aku sediakan untuk rayakan tetamu. Dan aku, raya duduk di rumah saja lah diam2, tak larat nak mengusung perut ke sana sini sebenarnya. Kaki dah sakit, asyik cramp jek akhir2 ni. Terutama bila buat solat witir selepas terawih, mungkin sebab lama sangat berdiri..

Maka gaji kami yang sedia ada telah aku allocated dalam sampul surat macam biasa setiap bulan. Untuk perbelanjaan baju anak2, tol dan minyak, insurans, servis kereta, derma dan hadiah serta pebelanjaan groceries.. Jangan hilang fokus dan over budget.

Sampul bajet!! Stay focus okey. Kena jujur dalam bab ni... T_T
Kata keramat yang penting untuk cara ini ialah STICK ON IT! Gunakan jelah bajet korang yang dah agih dalam sampul tu. Kalau dah tak de, takdelah, yillek. 

Selasa ni nak servis kereta sebelum balik Perak, biasa2 servis pun mesti berdebuk RM300 kena. Tapi aku memang asingkan duit setiap bulan utk bajet servis. Sama juga roadtax dan insurans. Dah siap park awal2 dah duit tu. DOk eii nak pening2 kepala nieee..

Puasa tinggal beberapa hari, selamat tinggal ramadhan T_T. Syawal akan menyusul tak lama lagi, jadi hati2 semua bila balik ke kampung. DRIVE SAFELY ok...

Kbai...


Makan durian kampung Perak...

Kebetulan durian kat kampung di Perak dah luruh. Memandangkan kami sekeluarga balik Hari Raya nanti jadi tak sempat nk tunggu nak makan durian. So abang Husband kirimkan dengan lori Polis (kebetulan ada staf berpindah dari selatan ke utara).

Durian sampai kat tol Senawang dekat jam 3 pagi, aku pun tak sedar dari tidur. Husband yg drive keluar pergi amik. Time sahur aku turun mak aii bau semerbak durian satu rumah. Letak roti sebab nak kurangkan bau :P

Banyak juga durian yang dibaginya. 

Hahaha budak2 ni bangun tidur pas mandi terus nak makan durian. Memang peminat durian...

Qaireen tak puasa, makan durian punya pasal hehehe

Umar pun sama....

Suka ler tu, lepas hajat diorang sebut2 nak makan durian... Alhamdulilah. Lebihan buah tu aku buat serawa durian. Dan pass sikit kat adik ipar yang duduk di KL.



Monday, July 6, 2015

Jejalan ke Taman Sri Binjai, Rahang Seremban

Hujung minggu tetiba rasa nak gi jenguk projek IJM di Rahang Seremban. Taman Seri Binjai. Nk jejalan tengok showhouse rumah tu. Anak2 aku memang suka gi tengok rumah hehehe.

Sampai sana lepas smbahyang zuhur. Fuh panas terik. Dah ler posa. Kebanyakkan projek perumahan kat sini dah hampir siap 80%. Tak banyak pun unit IJM buat. Jadi kalau korang beli tak payah tunggu 2 tahun sebab rumah dah siap pun. Yang tinggal pun banyak bumi lot. Dia offer pakej yg menarik tapi bab tu aku tak tanya pulak kat admin diorang hehehe. Jenis2 rumah yang ada tu :-

  1. Double Storey Link Homes 22′ x 65′ (RM412,110)
  2. Double Storey Link Homes 24′ x 80′ (RM521,360)
  3. Double Storey Semi-D 40′ x 80′ (RM834,860)

Kira lebih kurang sama juga projek IJM kat S2 Height tu. Saja nak tengok deco rumah2 tu. Tapi binaan rumah IJM memang cantik dan kemaslah.

Double Storey Link Homes 24' x 80'
Ni double storey super link, besau jugak bukaan luas dia. 

Wah, tanam pokok dalam porch rumah, dia bukak tiles 2 kaki untuk tanam pokok2 tu...

Hijou jer rumput dia huhuhu..

Bedroom ke dua...

Master bedroom, Umar memang suka kalau ajak jejalan tengok rumah2 hahaha.

Bedroom untuk boys... 


Seri Binjai 2
Yang double storey link house.. 


Ada lagi unit2 yang masih kosong terutama bumi lot, jadi kalau korang nak jenguk2 tempat ni boleh le ke laman website dia http://projects.ijmland.com/seribinjai/

Dah puas pusing apalagi balik ke Seremban 2, singgah sekejap bazar ramadhan dan pejabat zakat. Dekat 2 minggu puasa, hujan tak turun. Itulah cubaan bila berpuasa. Bersabar jelah yek... 






Makanan Kegemaran Ilhan Wafiq.

 Ilhan Wafiq, suka makan ayam goreng KFC. Atau Marry Brown. Set lunch tu dia boleh abiskan seorang kecuali coleslaw sebab aku yang makan kan...