Monday, June 30, 2014

Makan Besar Seafood Di Bagan Lalang

Sebenarnya makan besar ala seafood ni dah buat beberapa minggu lepas, tarikh 8 Jun. Tarikh itu sebenarnya meraikan harijadi emak yang ke 60 tahun. Dan juga persaraan beliau sebagai jururawat di Hospital Sultanah Nora, Batu Pahat. Mak bersara wajib pada usia 60 setelah berkhidmat selama 35 tahun sebagai penjawat awam (mak aiiii lamanyer servis mak...)

Hari terakhir mak berkhidmat di Klinik Pakar Dua.

Hajat mak aku nak raikan makan sekeluarga di Bagan Lalang ni memang dah lama mak pendam, setahun juga. Nak semua anak-anak dia ada sekali makan besar bersama2. Anak2 timing tak cun sebab kerja atau ada program lain. Jadi malam tu, setelah mak dan ayah serta adik aku sampai dari johor, dan keluarga abang aku pun dah sampai ke rumah aku, kami bertolak ke Bagan Lalang pukul 6.30 petang. Berhenti solat maghrib di Masjid Sepang.

Ini restorant seafood yang kami makan, letak betul2 di depan Gold Coast Sepang.

Sampai pukul 8.00 malam, pergh memang penuh!! Fully seat. Ramai betul orang datang makan, maklumlah hari minggu. Kalau boleh booking dulu, call reserved seat makan kat kedai ni. Sementara tunggu orang abis makan dan bangun, mak, Hardy dan husband gi pilih ikan, udang, ketam, sotong, lala dan jenis masakan.

Tengok dapur ker tengok tv yek



Dah pilih2 dia kata dalam sejam setengah baru dapat makan hehehe. Tunggu jelah, dah tau makan kat sini confirm kena tunggu lebih sejam. Jadi korang alas perut awal2 tak de ler kelaparan nak tunggu masakan dihidangkan.

Sambil menunggu, ajak Qaireen jalan-jalan kat pantai. Pak long dia belikan lampu gantung, jadi terang sikit nak tengok anak ketam atas pasir.

Sibuk cari anak ketam jalan atas pasir.



Dah dekat dua jam, AKHIRNYA!! Sampai dah makanan yang diorder. Nampak sedop! Lapar dah.....

Udang masak sambal, kailan goreng ikan masin

Kerapu masak stim

Sup kepah

Ikan siakap bakar

Ketam masak sambal, memang pedas. Berpeluh makan ni, pijar tangan.

Kerang bakar, Hardy request

Deretan jag air sirap, tetiba Helmy mintak 1 jag teh tarik pulak hahaha

Semua hidangan kami mintak buat dua set. Ada 7 dewasa dan 4 kanak2 kan.  Ikan siakap bakar dua ekor. Ikan kerapu masak stim seekor je untuk budak2 makan.. Jadi dah kelaparan dan makanan pun dah depan mata, Helmy bacakan doa makan dan kami pun menjamu selera.

Mak aii liciinnnn.....  


 Abis ketam, udang dan ikan dimakan dengan berjayanya, lols.. Total bayaran semua makan dan minum dalam RM300++, oklah. Puas hati. Kenyang

Orang yang diraikan, emak. Thanks mak. Sayang mak. 
Terima kasih kerana membesarkan kami dengan kasih sayang dan melayan perangai kami dengan penuh kesabaran  :) Semoga emak sentiasa ceria, dilindungi dan dirahmati, dipelihara kesihatannya. Amin.





Sunday, June 29, 2014

Perihal cat rumah..

Alhamdulilah, lepas siap semua renovation ada sedikit bajet untuk cat rumah. Sebenarnya ini permintaan dari anak-anak. Tetiba je diorang request warna untuk bilik masing-masing, gulp!

Asal pergi tengok rumah baru je Qaireen dan Umar tanya bila nak cat bilik diorang. Umar nak colour blue! Qaireen nak colour pink! Adoooi... Bila cuti sekolah, budak-budak ni balik Johor  tinggal dengan tok dan wan diorang. Asal aku call je tanya khabar, mesti diorang tanya bilik Umar dah cat ibu? Qaireen pun sama, siap mengigau jerit nak colour pink, colour pink! Hahaha! Serius lawak betoiiii.

Aku dan husband tanya kontraktor Ah Kong kalau cat rumah upah berapa, dia mintak RM2000! Belum lagi harga beli cat!! Adoi!! Dan kata dia cat anggaran dalam 18 tong sebab kena cat dua kali untuk semua bahagian dalam rumah. Warghhhh!!! Pesan Ah Kong - lu tak payah banyak2 warna, tu nanti lu ada sikit2 baki cat banyak terbuang. Tak kan nak simpan. Sayang maaa!! (OK, that good advice!)
 
 Kita pun start survey kedai2 hardware sekitar Port Dickson dan Seremban 2. Code harga, sampai banyak katalog jenis cat kitorang kumpul. Kansai, Jotun, Nippon, Par dan macam2 lah. Buntu juga nak pilih warna cat. Ayah aku suruh guna ICI Dulux gulp. Cat mahal tu... Ayah pesan nak cat bagitau nanti dia datang tolong cat. Pakar cat sudah mai lah hehehe


Lagi seminggu nak pindah kami decide beli cat di Seremban 2, dan cat sendiri. Tak upah orang, lagi jimat. Beli cat untuk hall bawah, master bedroom, bilik Umar dan Qaireen serta dry kitchen. Cat ICI Dulux. Beli 5 tong 5 liter termasuk aksesori berus semua total hangus 600++.



Dah bila siap beli, aku whatassap ayah, CAT DAH BELI!! Malam tu tup-tup, ayah dan mak datang dari Johor, excited nak mengecat rumah kami. So besok operasi cat bermula, ayah ajar step by step macamna nak bancuh cat air dan cara mengecat. Kami mulakan cat bilik master bedroom.


Warna pilihan ialah light purple, supaya sejuk sebab bilik menhadap panas petang. 1 tong 5 liter dapat cover semua bilik ni, yang RM72.00 1 tin. Cat malam mula lepas isyak hampir dekat jam 2 pagi. Huhu tak sedar beb, perkena kopi lagi. Tapi cat waktu siang lagi baik sebab kita boleh nampak kesama rataan cat tersebut. Nak bilas cat kat dinding, takut terlebih pakai tak cukup pulak aiiii...

Warna light purple, ayah cat dengan cermat.
P/s: Nasib ada ayah - pakar cat import dari Johor tu hahaha.

Feature wall kami pilih warna Dark purple (Nostalgic) atau maroon. Yang ini kami amik 1 liter=RM22.00, itu pun dah cukup cover 1 dinding.

Kemudian besok kami cat hall bawah pulak,  warna pilihan ialah light blue dan turquoise. Yang ini cat type easy clean, jadi harga mahal sikit setong 5 liter RM120.00. Light blue dalam 10 liter-cover hall bawah dan bilik Umar. Ada baki lagi suku. Feature wall warba blue turquoise, 1 tong = 5 liter memang cukup untuk cover hall bawah dan bilik Umar sekali. Ada berbaki setengah tin. InshaAllah tambah satu tin 5 liter cukup untuk cat hall atas for next project.

Light blue untuk hall bawah. 

Feature wall untuk hall bawah aku amik warna Blue turqouise. Dah siap cat, baru drill pasang kayu untuk langsir.

Kemudian seterusnya bilik Qaireen dan Umar. Wah Qaireen excited bila bilik dia nak cat colour pink. Sebab kami cat bilik Umar dulu memandangkan tin cat dah dibuka, terus cat bilik Umar lepas abis cat hall bawah. Jadi dia bising, bila kami nak cat bilik dia warna kesukaannya.

 Actually bilik Umar kami gunakan cat yang sama kat hall bawah, memandangkan lebihan cat yang ada. Strategi jimatkan belanja ialah gunakan warna yang sama pada dua tempat yang boleh dicat bergantung kapasiti cat tersebut. Tapi kena kira keluasan tempat itu juga. Alhamdulilah, ada berbaki setengah tong lagi. Yang ini kami akan tambah 5 liter lagi untuk kerja mengecat hall atas (for next project), lols.


Tu dia warna pink (Pink Symphony)! Suka Qaireen.

Gambar bilik dah siap cat. Feature wall sama macam bilik master bedroom, Nostalgic atau dark purple. Memang masuk warna ni dengan pink. 


Kemudian barulah malam tu kami cat dapur kering pulak. Cat pilihan ialah hijaooo. Sebab wet kitchen tiles, Ah Kong guna tiles warna hijaooo. Seragam terus. Tong 5 liter, ada berbaki setengah tong.


Ok wet kitchen fully tiles cuma ada sedikit hanya belakang sahaja perlu dicat. Jadi bakinya kami akan guna cat di bilik bawah. Mungkin kena beli tambah lagi 5 liter untuk cover seluruh bilik bawah. Apa-apa pun, fuh penat doh! Penangan cat rumah, lenguh tangan. Dua hari, siang dan malam-mengecat saja!! Tak ingat makan dan tidur, aku siap telan panadol lagi. Cukuplah, asalkan dapat jimat. Lagipun puas hati bila cat rumah sendiri.

Ok kiranya sekarang aku dan husband dah jadi pakar mengecat kan - krik krik krik....





Wednesday, June 18, 2014

Renovation Rumah 4

Minggu ni aku dan husband amik cuti seminggu. Nak settle hal rumah. Dah hampir 90% renovation rumah siap. Pintu dan tingkap pun dah pasang. Table top dalam wet dapur dah hampir siap. Tiles pun dah siap pasang kesemuanya.


Pakai pintu kayu biasa. Ini pun kontraktor bagi free hahaha

Table top dah siap. Tunggu kabinet saja untuk dipasang di atas 




Dapur dah plaster ceiling, dah pasang lampu led. Memang terang betul lampu ni, pasang dua saiz 6" cukup pun dah terang berderang. 



Plaster ceiling dah siap, lampu dan kipas pun dah pasang. Aku ni jenis kuno sikit tak minat nak pasang yang pada lampu limpah (t5). Jadi pasang cornish biasa je. 


Jeriji pun dah siap dipasang. Beli barang rumah kat kedai hardware termasuk paip dancat. Mak dan ayah dah datang dari johor nak bantu mengecat. Hehe dahsyat import tukang cat dari johor. Ayah memang suka kerja mengecat, sebelum tu lagi dah pesan kalau nak cat bagitau dia. 

Basuh tingkat atas dulu. Siap baduh dan mop, ketja cat pun bermula. Kami cat sampai pukul 2 pagi huhuhu. Memang tak sedar pun leka mengecat.

Sambil2 mengecat, perkena kopi secawan dua nk hilangkan mengantuk.



Pagi ni agenda basuh yang kat bawah pula. Scrap lantai dulu sebelum tembak water jet, buang pasir dan simen. 

Lepas ni cat bawah dan pasang langsir siap2 sebelum pindah masuk. Nantilah aku update lagi. sesungguhnya aku memang berasa letih dan sakit badan penangan rumah baru punya pasal, Lol.

Telan panadol sebab sakit urat dan badan bekerja keras, yelah selama duduk opis jer... mengajar dalam kelas kan. 



Wednesday, June 11, 2014

KURSUS OH KURSUS!!

Dekat dua minggu aku tak sempat update blog gara-gara pergi kursus selama 2 minggu anjuran Bhagian Sumber Manusia, KPM.


Kursus pertama di Port Klang.


Kursus kedua di Hotel Ancasa and Spa, KL. Serius nyer muka..


Satu kursus Keutuhan Pengurusan Organisasi di Hotel Cristal Crown Klang dari 3 hingga 6 Jun 2014. Dan satu lagi baru berakhir semalam, Kursus Strategic Thinking-From Understand to Implemation di Hotel Ancasa and Spa, KL . Wah, tengok tajuk memang dahsyat jek kan!

 Sudahnya balik dari kursus, aku jadi pening kepala, berdenyut2. Telan panadol. Mungkin sebab asyik kena berfikir je untuk part game dan simulasi program. Atau sebab duduk dan makan kat hotel jek... tak keluar beriadah atau ke mana2. Dari pagi sampai malam asyik duduk dalm bilik seminar. Soo unhealthy :(

So apa yang aku dapat daripada kursus ni?? Hmm macam-macam lah. Tentang komunikasi, pengurusan organisasi, kewangan, intergriti, pengurusan masa, emosi dan mental dan macam-macam hal dalam organisasi.


Masalah tu kan aku rasa ada jer mana-mana dalam organisasi. Yang rumit adalah sistem atau SOP yang dijalankan di dalamnya-adakala menyukarkan dari memudahkan.. Pening kepala, dan banyak benda yang remeh atau birokrasi yang berlaku.  Dan biasanya hanya akan ada seorang dua yang terbeban dengan tanggungjawab yang berat jika dibandingkan oleh ahli organisasi yang sedia ada.


Jadi big problem jika ahli organisasi lain kurang faham akan peranan masing-masing. Sudahnya ketua atau pengarah akan terbeban dan terpaksa bertungkus lumus untuk membawa organisasi ke matlamat yang diinginkan tapi payah tercapai.
 
Sebenarnya ada timbul masalah-masalah yang dihadapi oleh orang bawahan ketika melaksanakan tanggungjawab yang diarahkan. Jadi komunikasi sehala sahaja akan membuat pekerja bawahan stress!! Sebab tiada komunikasi dua hala terjadi. Hanya arahan dan arahan dan arahan. Maklumbalas pekerja yang melaksanakan prosedur jarang diambil peduli sedangkan ianya penting untuk cadangan atau inovasi pembaharuan bagi memudahkan kelancaran sistem.
 
Sistem bercelaru, akhirnya kita 'stuck'. Oh my..
With Mr Kumar, our speaker in Strategic Thinker Program.

Dan di sini terletak masalah seniority atau ego dalam diri setengah-setengah pihak. Kadang sukar orang lama untuk menerima perubahan atau cadangan dari mereka yang baru2 ni kan. Apa benda lah gah sangat dengan seniority tu. Aku pun tahun ni dah masuk 12 tahun kerja dalam organisasi. Tapi aku rasa macam orang baru je masuk kerja semalam!!  Hahaha poyo. Sebenarnya malulah kalau kerja lama tapi tak reti buat itu ini huhuhu.



Sesi bergambar ahli kumpulan dengan penceramah, Mr Aki (berkot dan baju merah)

Monday, June 2, 2014

Unleashing your wealth seminar

Nak belajar dari orang Cina?? Yup, 31 Mei 2014 penutup bagi bulan tu aku menghadiri satu seminar yang dianjurkan oleh Freeman di UEM Traning Center, Petaling Jaya. Seminar ni aku dapat tahu di blog Cik Rohaniah dan berminat nak sertainya. Sebab aku nak tau juga macamana orang Cina punya stail dan strategi dalam pelaburan.


Bayaran RM57, dan bermula dari 9.30 pagi hingga 6 petang.Aku mula2 janji nak datang dengan kak ipar, tapi last minute kak ipar tak jadi sebab nak balik kampung. So nak tak nak datang jela sorang2 hehe.


Sampai awal, daftar dan dapat peta. Treasure map tu hehe. Peta terbaru tentang property yang ada di Klang Valley. Pintu dibuka 9.30 pagi, jadi admin suruh kami minum kopi dulu kat cafe. Tengah minum kopi aku sempat berkenalan dengan seorang aunty ni, Lilian. Manager dan ejen insurans. Husband dia pun turut serta, kena paksa kata dia :)


Peserta Full House, lebih kurang 100 orang. Tapi mostly ler orang Cina. Kalau Melayu aku kira datang dalam 6 orang jer. Kemudian ada juga bangsa India tapi tak ramai. Kerjaya semua hebat-hebat ada engineer, ID dan kebanyakkan ada business sendiri. Kerja gomen aku rasa aku sorang je kot hahaha!!


9.30 pagi start dengan segmen pertama-speaker Bowie Tan yang turun dari Johor Bahru semata-mata untuk berkongsi dalam pelaburan di wilayah Iskandar. Sesi buka mata nampaknya, ramai buat spekulasi Iskandar oversupply tapi macamana kita nak nilai 'gems' di dalam banyak2 property yang dibangunkan oleh developer ni.



Memang menarik sepanjang perkongsian yang didedahkan oleh Bowie. Dia dan team banyak buat study tentang Iskandar. Dan dia anjurkan dua hari lawatan ke Iskandar wilayah dalam bulan ni kepada peserta yang berminat. Harga pakej tersebut RM997.  Dan lebih 10 orang Chinese yang mendaftar untuk lawatan tersebut. Aku rasa ramai lagi yang berminat tapi diorang tunggu sehingga program habis. Sebab kebanyakkan yang datang untuk mendengar talk daripada Michael Tan, property investor yang terkenal dikalangan Chinese.



Tamat segmen pertama, masa untuk lunch. Makan tengahari disediakan. Sebelum makan, Michael Tan bahagikan kami beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan diberikan seorang ahli kelab Freeman untuk berkongsi maklumat tentang property investor

Segmen kedua ialah daripada Michael Tan, no money down. Camne nak pastikan tiada wang akan dikeluarkan banyak untuk pembelian hartanah.

Kemudian apakah yang kita ingin dalam pelaburan, adakah anda mahu jadi jotawan. Nak jadi jutawan berapa juta yang kita perlukan kalau kita mahu?? Di sini Michael menyedarkan kita, tanpa ilmu dan hartanah, jutawan pun akan jadi muflis. Ini yang dia alami selepas perniagaan dia berjaya dalam dua tahun dan menjadi jutawan. Akhirnya tahun ketiga diistiharkan bangkrap dan hilang wang sekelip mata.

Memikirkan berapakah wang yang kita perlukan sebenarnya dan adakah ianya mencukupi setelah kita bersara dan hingga kita meninggalkan dunia. Adakah kekayaan itu dapat diwarisi dan dinikmati oleh legacy kita. Dan kuta tergolong pada investor mana, sama ada untuk beli dan keep. Atau beli dan menjual??

Wow, kata2 Michael membuka mata ramai orang sebenarnya, dan aku rasa seminar berbeza sedikit dari seminar2 aku pernah pergi. Michael juga mengupas tentang ekonomi negara dan GST. Apakah strategi dan tindakan yang perlu kita sedia hadapi untuk kegawatan ekonomi.


Totally bila tamat aku berasa puas hati dengan perkongsian Michael dan Bowie. Mereka tekankan bertindak dan melabur berkumpulan adalah lebih pantas dan boleh pergi jauh lagi, jika dibandingkan bertindak secara individu atau partnership. Ada tawaran pakej untuk coaching secara personal dan melabur dalam kumpulan dia tapi harga yuran diberikan rm4k wow!! hahaha. Tapi ada yang ambil, ramai juga.

Aku tak ambil pun pakej tu pun. Cukup dengan bersama DSR saja. Aku datang sekadar nak cari ilmu tambahan. Alhamdulilah, aku bertambah fokus dan faham apa dikatakan pelaburan secara berkumpulan.


Jejalan Hujung tahun di Cameron Highlands

Hari last day kat Taiping sebelum balik, mak buat pulut kukus. Pakai daun pisang. Macam pulut pangang tapi ni kukus sahaja, kosong tiada int...