Monday, September 23, 2013

BILA PELAJAR HEBAT!!


Minggu lepas saya melihat ex student saya ( kursus Sijil Kejuruteraan Mekanikal - Petroleum sesi 2009-2010 di Politeknik Kuching, Sarawak) update status beliau di Facebook. Saya bekas pensyarah dan juga PA mereka ketika di sana (PA merujuk Penasihat Akademik, bukan Personal Assistant ok). Suyanti berasal dari Sabah dan saya masih teringat loghat sabahan dia yang pekat kalau bercakap.


Tahniah Su sebab dapat anugerah khas. Anugerah Naib Canselor daripada UTHM. Saya pun belajar di situ untuk diploma dan ijazah. Cuma tak bernasib untuk mendapat anugerah hebat tu! Hahaha. 

Rasa bangga? Semestinya!! Sebab sekarang hampir setiap hari habis kerja, akan rasa 'little sore in my heart'. Menempuh perkara seperti melihat pelajar kurang 'integriti' pada masa ini adakalanya buat saya kurang bermotivasi. Akan tetapi adanya sedikit peratusan kecil macam Su cukup buat hati seorang pendidik yang kerdil ini terubat. 

Bukan mudah jadi PA terutama pelajar yang berjauhan dari keluarga mereka untuk belajar di Pulau Borneo.  Bila ada kes pelajar bermasalah - kena belasah dengan orang tempatan, terjebak kes polis, masalah sosial, pelajar meniru, bercouple atau pun menerima aduan dari pensyarah lain tentang si polan si polan begitu begini, PA jadi rujukan mereka. Semput juga nak memikirkan dan menyelesaikan hal-hal begini.

Pengalaman jadi PA memang mengujakan dan antara tak dapat dilupakan saya menjadi saksi dan disoal siasat polis berhubung pelajar yang terlibat kes polis. Terpaksa buat laporan bertulis tentang pelajar dan paling menyedihkan bila rintahan ibu bapa mengadu masalah anak mereka.



Batch pelajar ini sepanjang dua tahun saya jadi PA mereka memang baik-baik, budak yang bagus-bagus hehehe. Cuma ada segelintir saja bermasalah.

Kecemerlangan pensyarah bukan dinilai oleh sesiapa terutama pihak atasan, hanya pelajar cemerlang dari segi akademik dan rohaniah sudah cukup jadi bukti sebagai pendidik yang berjaya. InshaAllah.  Saya ucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar daripada Jabatan Kejuruteraan Petrokimia, semoga anda terus maju ke hadapan.




Jejalan Hujung tahun di Cameron Highlands

Hari last day kat Taiping sebelum balik, mak buat pulut kukus. Pakai daun pisang. Macam pulut pangang tapi ni kukus sahaja, kosong tiada int...