Tuesday, June 6, 2023

Lawatan Bench Marking ke Utem, Qiu Uni dan KV Taiping

Tahun ni kita penuhkan dengan lawatan penanda aras merata-rata tempat. First trip adalah ke UTEM, Melaka. Kita terjah lawatan ke Fakulti Kejuruteraan Pembuatan, Utem ya. 15 Mac 2023 kita ke sana. 

Rombongan dari JKM, PPD. Kami sampai awal. Jadi tunggu legasi Politeknik Banting Selangor datang sebab nak jalan sekali gus. 

Ok Poli Banting dah sampai. Jom mulakan meeting. Terima kasih pihak FKP Utem menjamu kami minum pagi dan makan tengahari juga. Alhamdulilah 

Dah sesi temu bual, meeting kita jejalan kat makmal dan bengkel pulak. 

Madam Tham tak heran ye kawasan ni, sebab dia sedang belajar master kat sini hehehe. 


Lepas selesai je lawatan, kita gerak balik ke Port Dickson. 
Naim dan Dr Aznee belanja minum coconut shake, sedapppp!!

Balik poli, habis kerja balik rumah. Kemas2 beg. Petang tu jam 6 petang, kami bertolak ke Taiping balik kampung. Sebab besok petang ada lawatan bench marking di Qiu Universiti di Ipoh, Perak. 


Berhenti makan malam kat RnR Tapah yea. Makan McD dan mee rebus sotong Pak Tam. 

Tak cukup double cheese burger, Ilhan nak makan bihun sup pulak. 

Sampai kat kampung dah lewat malam juga, terus tidur kepenatan wei. Dah lah baru habis lawatan kat Utem Melaka, lepas tu shoot terus balik ke Taiping. Pengsan aku. 

Besok petang jam 2.00 pm kita ke Qiu Uni di Ipoh. Anak2 tinggal rumah opah kejap. 
Kali ni lawatan untuk program diploma kej. mekatronik. 

Tengok projek yang dihasilkan oleh pelajar mereka. 

Pelajar Universiti tunggu utk buat presentation untuk kami. Wow. . .

Lurve dengan cafe Qiu uni ni, vibes dia memang best. Modern. . . 
Padahal cafe student tu. 

Jamu minum petang, terima kasih Qiu University. 


Selesai lawatan Qiu University, geng2 projek ajak jalan2 cari makan kat Ipoh ni. Aku dan husband pergi Miker Pizza sebab nak tapau Pizza untuk anak2 kat rumah. 

Minum petang kat sini pulak. Perkena pizza orang perak pulak. 

Sedap pizza dia, kaya dengan cheese. Budak2 memang suka tarik-tarik cheese kalau makan pizza macam ni. 


Pagi besoknya, jam 9.00 am kami dah kena berada di Kolej Vokasional Taiping untuk lawatan bench marking seterusnya. Kehadiran kami penuh dengan sambutan daripada pengurusan dan pengajar KV tersebut. Tujuan datang di sini sebab nak dapat tips-tips dari diorang yang selalu menang projek pelajar di dalam pertandingan antarabangsa. Menang kat Korea Selatan dan Kanada. Fuhhh dahsyat dahsyat!!



Tengok projek inovasi pelajar KV. 

Bukan biasa2 tu, menang kat Korea hah!!

Abis lawatan tengahari tu, kita dijamu makan tengahari oleh pihak KV, Alhamdulilah. Lepas tu diorang teringin nak makan cendol. So memandangkan ini tempat kelahiran En Hamdan maka dia bawalah semua makan kat sini. 

Cendol dan rojak, surrr... 

Selesai sudah lawatan bench marking aku tiga hari berturut-turut. Besoknya dah gerak balik ke Seremban sebab nak cari peralatan dan baju sekolah anak2, yelah minggu depan tu sekolah akan dibuka semula. Sekian. . .


Ramadhan 1445 Tahun 2024