Wednesday, February 16, 2022

Jejalan di Malam Tahun Baru Cina 2022











 

Percutian Keluarga di Melaka 2022

Bulan Februari macam biasa ada sambutan Tahun Baru Cina, jadi cuti sekolah seminggu. Aku dan husband pun apply cuti seminggu jugak. Kitorang dah book satu malam di Bayou Laggon Resort. 

Jadi hari Jumaat tu pagi dah bergerak ke Melaka. Kami ikut jalan lama di Port Dickson- Pasir Panjang- Linggi. Tengahari dah sampai ke Pantai Klebang. Alang-alang sampai sini kita cari Klebang Cocomut Shake. 

Beratur tapi lajuuu..  

Hm so refreshing!! 

First time minum air coconut shake Klebang ni. 

Lepas tu berhenti lagi beli kuih keria antarabangsa. Wou panas2 masa beli ya. 
Siap beratur lagi tapi memang laju dan pantas. 

Anak2 suka makan keria ni. Ilhan makan dua ketul sampai habis! 


Lepas jalan2 di Bandar Hilir, sementara nak tunggu jam 3.00 petang nak check in. 
Makan lauk asam pedas. 


Beli juga sedikit jajan, dodol dan kudapan nak makan lepas check in nanti. 

Jam 3.00 petang kami dah sampai di Bayou Lagoon. 

Tapi kelakarnya aku siap ambil nombor untuk check in kat kaunter. Lepas 20 minit menunggu, receptionist bagi tahu yang aku ambil dari owner (private punya) bukan dari management mereka. Jadi contact sahaja nombor owner tu untuk ambil kunci. Adoiii kalau aku tahu awal2 lagi kan best, tak payah buang masa menunggu huhuhu. . . 

Ok dah masuk, so excited!! 

Last time datang sini, Ilhan baru 3 tahun. Jadi sekarang dah nak masuk 7 tahun jadi dia lebih seronok, namapak sangat beriya-iya dia hahaha!! Kami ambil unit apartment 3 bilik. Dan unit ni pulak corner lot. jadi memang besar sikit sebelum ni. 

Ada mini fridge, filter air, water dispenser untuk air panas dan sejuk. . 
Cuma unit ni takde microwave jer hmmm

Wau, owner bagi limau sempena Tahun Baru Cina!!

Jam 4.00 petang mak, ayah dan Helmy dah sampai. Diorang bawa sekali Afiq dan Adam dari Muar.  Aku orderkan makanan dari Food Panda sebab mak dan ayah aku tak makan lagi. Mee goreng mamak, nasi goreng ayan dan nasi goreng Cina. 

Lepas tu jam 6.00 petang family Ady pun sampai pulak. Masa tu aku dan anak2 dah turun mandi berendam kat dalam pool dia kuikuikui. Ramai orang beb. Walaupun dalam pasca Covid-19 tapi macam takde apa2 je kan huhuhu. Tapi air dia memang kuat giler bau klorin (berapa gayung agaknya dia letak serbuk klorin nak matikan kuman ya?)

Malam ni makan besar kat Restorant Parameswara, Umbai- agenda utamalah asbab mak ajak kami datang Melaka ni. 
Kiranya macam makan besar untuk Tahun Baru Cina pulak hehehe. 

Makan otak-otak dulu. 
ramai giler manusia 

Akif dan Ammar makan dulu, udang masuk salted egg. Sesuai untuk anak-anak kecil makan, tak pedas. 

Jemput makan, 
ketam, kerang, sotong dan ikan siakap dan jenahak. 

Muka happy mak dapat makan lagi ikan bakar hehehe. 

Ok lepas makan malam, sebelum balik Ady dan Emy nak jejalan kat Bandar Hilir. Sebab kami dah jalan-jalan petang tadi jadi kami bawa nak dan ayah balik resort. lagipun penat dan kekenyangan sudah, malas nak jalan-jalan. Nak tidoooo jer. 

Pagi tu, aku dan husband keluar cari sarapan, ingat nak tapau roti canai kayu arang, sekali tutup!!
Hm cari alternatif sarapan lain jela yang dekat-dekat situ. Semua turun mandi kecuali aku dan Qaireen stay kat apatment sahaja. Teman mak dan ayah. Diorang pun malas nak jalan2 turun. Nak rehat tengok dari atas sahaja. 

Ooo paling best apartment yang kami duduk ni, balkoni dia menghadap betul2 depan taman tema. Jadi boleh nampak budak2 ni mandi kat kolam tu. Nice!

Mandi2 tetiba hujan lebat. Jadi naik awal juga. Kemas-kemas, kami check out jam 11.30 pagi. 

So kita ke Taming Sari sebab semalam Emy nak naik tapi dah lewat malam dah tutup. Jadi kita sampaikan hajat mereka nak naik menara berputar ni. 

Excited budak-budak nak naik Taming Sari. 
Aku dan husband tak naik sebab pernah naik pun dulu-dulu. Mak ayah dan Ady pergi makan tengahari kat medan makan di sebelah Mahkota Parade. 

Ok, lepas tu jalan2 ke A Famosa. Ady dan Family dah gerak balik ke KL sebab ada urusan. Mak dan ayah jalan2 dalam Dataran Pahlawan. 

Layankan permintaan Qaireen nak jalan ke Muzium. Aduh penat panjat bukit St Paul. Hujan pulak tu, basah kami dibuatnya. 

So kita tunggu sementara diorang jalan2 membaca di dalam Muzium. 

Wau aku tertarik dengan yang ni sebab ada buku Rancangan Mengajar wei!!

Kira tahun 50-an dah memang kena buat Rancangan Mengajar ya. Khusus untuk mereka yang mengajar, benda ni dah memang wajib kena isi dari dulu lagi wei... Bez sekarang kita isi taip dalam talian sahaja. tak menulis lagi. 

So jam 5.00 petang mak, ayah dan Emy gerak balik ke Batu Pahat. 
Kami balik ke Seremban jam 5.30 petang lepas makan di Chicken Rice Shop dalam Mahkota Parade. 


Ok Selamat tinggal Melaka. 
Next time kita datang lagi. 








Tuesday, February 8, 2022

Peti sejuk dan mesin basuh baru dah sampai. . .

Memandangkan awal bulan Februari ada perayaan Tahun Baru Cina jadi aku minta kedai Thye Hin hantar pada hujung minggu bulan Januari. So kami kemaskan ruang peti sejuk lama, mesin basuh lama. alihkan ke tempat lain. 


Ok dah kosong, harap muat letak di situ jugak. 

Kasi lap-lap sikit, vakum habuk. 

Inilah peti sejuk kami, dah berkhidmat dari tahun 2008 lagi.  Husband beli bila masa kami menetap di Kuching lagi. Dan bawa balik semenanjung masih ok bertahan sampai sekarang. Tiada masalah pun. 

Mesin basuh lama letak ke tepi dulu. 
Pasang mesin baru sekali wayar dia pendek pulak huhuhu!!
Tak sampai ke suis pulak. Kena tukar posisi nanti. 


Nilah peti sejuk baru, jenama Toshiba.

Besar dia lebih kurang jer macam peti sejuk lama, cuma beza dia tang freezer je. OO satu lagi deep dia (kedalaman) lebih lagi compare yang lama. Jadi ada lebih ruang lagi. 

Freezer dia kat atas compare yang lama letak di bawah. Aku malas dah nak melutut cari bahan nak masak dalam freezer tu, faktor usia kot hahaha!!! Lagipun gelap tak de lampu. Mudah sikit kalau freezer terletak di atas. Mudah nak cari barang. 

Husband alihkan sebab nak bagi wayar tu boleh capai kat soket nanti. Tak tahulah kenapa wayar dia pendek compare mesih baru lama jenama Sharp. 

Tapi mesin baru ni jenama Panasonic, Water Bazooka type memang besar dowh!! 14kg huhu. Jadi aku rasa macam sempit pulak letak kat dapur yang dah memang kecik dan sempit. Wet kitchen aku ruang dia kecil jer. Rasa serabut pulak tengok mesin basuh baru tersembul kat situ hahaha!! Sebelum ni mesin basuh kecil je, jadi mata kita belum biasa lagi kan.

Tapi tulah design rumah kami ni, ada ruang sebesar-besar dan seluas-luasnya sampai tak tahu nak letak apa. Tapi part dapur tu lah macam ruang dia terhad, kecik sedikit. Dan kat situ pulak kita nak letak segalanya hm. . .  Nampaknya aku dan husband kena fikir nak cari satu ruang khas untuk laundry juga tapi bukan di bahagian dapur lagi. Kena fikir satu ruang baru pulak di tempat lain kan. . . 



 

Ramadhan 1445 Tahun 2024