Thursday, August 15, 2013

Pandai Buat Duit tapi Pandaikah Guna Duit???

Dah seminggu lebih Hari Raya Berlalu.. Jadi bermula episod kerja macam biasa hehehe
Alhamdulilah, beberapa hari sebelum menjelang Aidilfitri, komisyen perniagaan yang saya buat pun masuk. Satu dari Tupperware dan satu lagi dari Hai-O Marketing.

Tupperware mudah sebab sistem dia secara on line, kita boleh check kat www.twbiznet.my. Cuma Hai -O Marketing sampai ke hari ni tak sempat2 lagi nak register, kena tunggu comisyen statement letter baru tau berapa kita dapat. Saya pakai sistem bank in, tak terima cek bank. Bila periksa tau-tau duit masuk akaun tapi kita pun tak tahu sama ada dari pelanggan atau company..


Boleh check Tupperware online seperti jumlah jualan atau komisyen.

Komisyen Hai-O Marketing masuk, Alhamdulilah dalam RM500 lebih. Kalau dicampurkan bonus gomen RM500 kakitangan kerajaan saya dapat duit raya dalam RM2k bulan ni. Termasuk lagi pengerakan gaji dua bulan yang diberikan. Tapi semua duit itu kita pindahkan macam biasa kat satu akaun khas untuk surplus gaji atau side income yang kita dapat. Cuma saya ada gunakan RM1500 lebih daripada gaji saya untuk pembayaran kos stamp duty loan untuk urusan pembelian hartanah di Cyberjaya. Perbelanjaan raya hanya sedikit sahaja, baju raya yang dibeli cuma saya dan anak lelaki, Umar. Suami dan anak perempuan, Qaireen kekal baju raya yang lepas. Sebab saya akan gunakan untuk pakaian harian kerja saya sedangkan mereka bertiga hanya pakai setahun sekali dua sahaja.

Berniaga perlu ada ilmu! Sebelum ni saya pernah hadir kelas yang dianjurkan oleh satu kumpulan mengajar macamana nak membuat pemasaran dan menjanakan keuntungan perniagaan banyak. Tapi jadi kurang seronok bila  mereka juga mengajar cara hidup yang menghabiskan duit yang banyak. Perkara ini tidak memotivasikan saya. Kesannya, saya malas hadir ke kelas tersebut dan mula mencari seminar di luar yang lebih sesuai dengan jiwa dan hati saya. Antaranya seminar tersebut ada saya ceritakan di sini. Ada juga company anjurkan program yang bagus seperti saya ceritakan dahulu di sini. Banyak pengajaran saya dapat selepas menghadirkan diri banyak seminar kewangan dan perniagaan. Saya lebih jelas dan faham matlamat yang saya nak capai.



Bila ada pembaca blog menyatakan rasa ingin tahu dan berminat berniaga setelah melihat cara saya mencari side income, sejujur-jujurnya saya boleh menunjukkan caranya tetapi adakah seseorang tu boleh bersungguh-sungguh melakukannya.Adakan mereka suka dan gembira untuk berniaga. Buat jika anda suka, jika tidak atau terpaksa, lebih baik anda tinggalkan. Mahukah jualan anda ditolak jika penat menjual atau mempromosikan sesuatu produk. Saya kurang berminat nak follow up orang atau bersungguh-sungguh mengejar dan membimbing jika orang yang ingin berniaga tidak menunjukkan usaha mereka untuk berniaga atau maju dalam berniaga.

Ada pengajaran yang saya dapat ketika berniaga 'part time' ni. Kesilapan besar saya ialah apabila saya merasakan semua orang boleh buat seperti yang saya buat. Itu adalah kurang benar. Sebenarnya hanya orang itu sendiri yang boleh tetapkan apa yang dia mahu bukannya saya. Saya tiada kuasa itu untuk memberikan kejayaan pada sesiapa. Itulah pengajaran yang paling jelas saya dapat pada tahun ini,

Dan sudah tentu saya melarang keras mereka melakukan pinjaman bila memulakan perniagaan, walaupun keuntungan boleh dapat ribuan. Puncanya, perkara ini hanya akan membelengu diri dan kewangan mereka. KOMITMENT ANDA AKAN JADI TINGGI. Jadi gunakan modal serendah yang mungkin. Bayar jadi ahli pun jadilah, dan kemudian jadilah ejen yang rajin. Tiada jalan senang untuk jadi senang.

Dan jika kita pandai cari duit, pandai buat side income pastikan kita pandai bagaimana nak menjadikan hasil duit atau pendapatan kita menjanakan lagi kewangan kita. Bukan untuk menghabiskan duit kepada perkara sia-sia. Dan apabila saya melihat orang yang berjaya dan kaya tetapi cara perbelanjaan sederhana dan berjimat menyebabkan saya rasa kagum dan gembira kerana saya mahu menjadi seperti mereka. 

Rancanglah perbelanjaan kita, catatkan setiap hari apa perbelanjaan yang kita lakukan supaya kita tahu di mana duit kita telah dilaburkan atau dileburkan.



Saya bukan kedekut tapi jenis berjimat. Penjimatan tersebut banyak membantu saya ketika menghadapi waktu-waktu sukar dan ianya banyak beri pengajaran kepada saya. Mohon maaf jika ada ketidakpuasan hati pembaca pada blog ini.Kelemahan itu adalah daripada saya tetapi kelebihan dan kebaikan itu adalah daripada Allah Taala.

Sunday, August 11, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2013

Rasanya belum terlewat saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2013. MAAF ZAHIR DAN BATIN. Kepada semua pembaca blog ini dan juga pelanggan2 saya. 

Kemeriahan raya tetap dirasai dengan adanya kunjung mengunjung daripada saudara mara. Raya pertama tahun kami beraya di perak. dan raya ketiga baru balik ke Seremban.

Raya semalam (raya keempat), keluarga sebelah mak berkumpul di rumah Mak Dak di Mantin untuk berhari raya. Jadi memang tradisi berkumpul di sini semua keluarga mak sejak arwah atuk dan wan tiada.



Jurufoto tengah sibuk ambil gambar :)
.

Menyiapkan makanan untuk makan tengahari. 

Adik beradik perempuan mak, cuma mak teh saja takde. Yang lelaki ada tiga orang tapi tak dapat hadir.

Ambil gambar ahli keluarga lelaki.


Ambil gambar beramai2, semua anak, saudara, cucu dan cicit, lol.

Lepas tu, keluarga mak ngah berangkat ke Sendayan nak beraya rumah sepupu dia dan rumah kami sekali. Kebetulan hari tu final badminton kejohanan piala dunia. Lin Dan vs Chong Wei.

semua khusyuk tengok final badmintoon.

Macam parti Tupperware pulak, semua orang terpegun kot tengok barang kat rumah banyak benor tupperware. lol


Qaireen dan Umar 
sempat bermain dengan sepupu dan saudara yang datang. 

Monday, August 5, 2013

Seminar Advanced Wang Power.

Dulu saya ada ceritakan yang saya pergi ke Seminar Combo Dr Azizan di Shah Alam DI SINI. Saya bukan peminat Dr Azizan, sebelum ni tak terfikir nak ke seminar dia. Cuma yang buat saya tertarik nak pergi sebab adanya slot program untuk speaker Abang Abu, jutawan Singapore yang memang arif bab kewangan atau financial.

Beliau jadi speaker sesi petang dan saya memang mengikuti beliau sejak saya bekerja di Sarawak. Dalam seminar tu, saya tertarik dengan penerangan beliau (anda boleh baca dalam blog saya sebelum ini). Bila dia offer seminar advance berkaitan pengurusan kewangan untuk 7-9 haribulan Jun, saya memang nekad untuk mengambilnya. 

Ada dua jenis pakej yang ditawarkan, Vvip dan Diamond. Untuk VVIP, ianya hanyalah basic sahaja dan berharga RM 997. Seminar 3 hari dan diberikan 'tool'atau peralatan seperti kompas wang, enjin wang dan 'Highway wang'.

Bagi program Diamond bernilai hampir 3k, sama seperti Vvip tapi ada grouping dan personal coaching dari Abang Abu. Ada perjumpaan dengan network Abang Abu yang diadakan di Singapura (memang bagus untuk orang berniaga tambah network atau cari marketing di sana). Kemudian disusuli dengan Garaj Wang, bermain game Cashflow untuk memantapkan ilmu financial.

Saya lebih berminat yang VVIP pakej, dan saya mahu suami ikut serta. Lagipun tak salah kita mencari ilmu untuk memantapkan pengurusan diri. Supaya kami dapat merancang lebih baik kewangan sebelum melangkah lebih jauh dalam perniagaan dan pelaburan. Jadi saya swipe kad kredit jumlah hampir 2k selepas berbincang dengan husband dan isi borang. Pihak RichWorks akan contact kami lokasi seminar Advanced Wang Power tersebut.


Jadi hari yang ditunggu pun tiba, saya dimaklumkan oleh admin Richworks seminar berlangsung di Hotel Federal, Bukit Bintang. Mak aiii....Betul2 terletak di tengah2 KL.

Kami booking Hotel Sungei Wang dalam internat dan mohon cuti selama sehari.
Hari pendaftaran saya datang awal sebab takut sesat hehe, almaklum lah tengah-tengah bandar KL tersasar mana2 jalan.  Bila daftar saya check lebih kurang ada 120 peserta dalam Program AWP ni, yang banyak ambil Diamond pakej. Saya rasa Vvip adalah dalam 4-5 meja bulat.



Jadi bermulalah seminar yang begitu penuh pengisiannya. Haha ada masa kami dikenakan cukup2 oleh Abang Abu. Tapi memang banyak yang kami belajar selama tiga hari tersebut.

Masa ni Abang Abu bagi semua peserta seorang seringgit sebagai modal mula berniaga. Target boleh dapat jana keuntungan rm60 selama tiga hari. Aduii. Ni lah segmen Minda Magnet Rezeki.

Kemudian ada game, kami diberi peluang untuk membuat pelaburan pada mana2 bahagian yang kami suka. Di sini ianya menguji kita untuk melihat sejauh mana kita mengendalikan emosi dan kebijaksanaan dalam membuat sesuatu pelaburan. Pelaburan adalah berisiko jika kita tiada ilmu tentangnya.

Game pelaburan. Berebut2 beratur sebab  kami diberikan maSa 30 minit untuk membuat pelaburan. Saya nak beli property tapi mak aiiii dia punyai beratur punya ler panjaaaaangg. Last2 saya beratur kat kaunter emas dan perak. Husband beratur di kaunter saham. Memang kelam kabut. Moralnya jika kita melabur, bertindaklah secara berkumpulan, elakkan secara individu. Kalau dalam hartanah dipanggil bulk purchase. Dan jangan sesekali dipengaruhi oleh emosi you hehehe.

 
Abang Abu juga mengajar apabila kita menghasilkan duit yang banyak,  pastikan ianya berkat dan tidak membazir . Teknik menjanakan wang, cara mengunakan wang, apa yang dikatakan wang jadi penting, untung, bocor dan sampah. Hah, menarik kan!


Duit rekaan umtuk kami gunakan dalam game pelaburan hehe kami diberikan RM10k untuk 'dileburkan',  kalau duit ni boleh pakai kat luar sana mesti best kan!


Paling best bila last day, sempat ber'posing' ambil gambar. Apa-apa pun memang BEST! BEST! BEST!

Balik dari seminar, terus praktikkan apa yang telah diajar oleh Abang Abu. Yela kalau ilmu yang diajar tidak dipraktik memang jadi tak guna. Dah lah bayar mahal2 lol. Tapi saya akui sejujurnya selepas seminar, rezeki memang bertambah murah, pengurusan kewangan jadi lebih teratur. Fokus menjadi jelas, tidak sekadar main2 sahaja.


Paling penting bila ada pendapatan aktif, pasif dan side income, saya sudah tahu ke mana duit atau wang saya  untuk janakan lagi keuntungan. Bukan menghala bocor atau sampah seperti saya lalui sebelum ini.  Paling syok tak de makan nasi kandar dah selama 3 hari berturut2 lol, pengsan mak!! Tu jela yang ok nak dimakan masa break after seminar huhuhu.


Nasi kandar! Nasi Kandar! Nasi KAndar!




Thursday, August 1, 2013

PEsta Flora Putrajaya 2013

Ni kisah lama punya, bulan Jun lepas tapi baru nak update dalam blog. Huhu teruk nya aku ni. Azam hari ni nak up date sebanyak mungkin aktiviti yang dah terlepas sebelum ni.

Jadi tarikh 26 Jun 2013, dalam pukul 11 pagi saya satu keluarga bertolak ke putrajaya dari seremban guna higway LEKAS. Hmm first time ikut lebuhraya tu.

Sampai putrajaya dalam pukul 1 lebih. Jadi terus ke masjid Putrajaya untuk tunaikan solat zuhur.


Maha Suci Allah, cantik sungguh masjid putrajaya, dulu datang time bujang. Kini datang bawa anak-anak pulak ;)

Umar dan Qaireen sibuk mencari ayah tgh solat kat bawah

lawak betul, nak amik gambar budak2 ni masing2 jadi senyap. Tak beraksi, sebab panas dan penat.

Usai solat zuhur, terus ke pesta flora. Dekat je kat tasik Putrajaya. Sebelum sampai sempat roger abang sendiri, ajak datang sini bawa anak2.



bestnyer, kalau kat umah sendiri ada taman macam ni jugak! lol




dalam pukul 3 lebih, abang saya dan family dia datang. Apalagi suka ler budak2 ni jumpa sepupu diorang.


Ada taman mini haiwan. Banyak pulak arnab yang berkeliaran. Boleh bagi makan lobak yang dijual kat situ.




Big giant bubble!!

Seronok budak2 tengok buih yang besar. Tapi kalau kena mata,naya jek. Risau aku dibuatnya huhu. 


Lepas tu naik bot pulak. Tak pernah terfikir pun nak naik bot pusing2 tasik putrajaya. Tapi sebab anak2 yang mintak, layankan jela.




Selesai pusing2 tasik, pergi makan pulak. Isi perut sebelum balik Seremban. Tapi memang best. Nasib baik mak ayah tak ikut. Kalau tak, confirm kiri kanan tangan diorang penuh anak pokok bunga terutama orkid. Lol..



Jejalan Hujung tahun di Cameron Highlands

Hari last day kat Taiping sebelum balik, mak buat pulut kukus. Pakai daun pisang. Macam pulut pangang tapi ni kukus sahaja, kosong tiada int...