Thursday, October 1, 2026

Hari Projek Akhir Pelajar PNS dan PoliPD || 2026

Hari Khamis, 24 September 2026, berlangsung Hari Innomex 2026 JKM di Politeknik Nilai. Aku sebagai Supervisor untuk group student projek sendiri telah menyaksikan - betapa berhempas pulasnya tenaga pelajar ni menyiapkan projek mereka saat-saat akhir!! hahaha. 

Nama projek Wastelifta. Nak guna untuk angkut plastik sampah seberat max 10 kg dari paras atas ke paras bawah untuk kegunaan asrama pelajar. Dalam sehari, 9 beg sampah diorang dihasilkan. Apa benda pelajar-pelajar asrama ni buang pun aku tak tahu, pergh banyak giler! Tu kalau tak pungut buang sehari confirm berlonggok-longgok ler. 

Sampai malam budak2 duduk kat bengkel siapkan kerja.... 

Aku strictly tak bagi pelajar belanja lebih dari RM500, buat berdasarkan modal dan kemampuan yang kita ada sahaja. Yang penting workmanship dan pelajar boleh gilap kemahiran dan skill pengendalian peralatan. IoT pun tak lepas sebab tak mampu. Ini dah Ok, pun dah cukup. 

Mujur ada penyelia bengkel nak tggu sebab dia duduk di kuarters. 

Hari perbentangan projek. 

Dah siap pasang dan demo.


Sesi perbentangan dengan panel penilai industri dan akademik. Teruk juga diorang kena ''hentam''.

Sesi demonstrasi projek Wastelifta di hadapan panel penilai. 

Sebelum sesi penutup Hari Innomex. 

Panel luar khusyuk dengar penerangan pelajar. 

Ada sesiapa nak simpan dan keringkan helmet? Boleh cuba sistem kami.

Majlis penutup Hari Innomex sesi ini. 

Minggu depas, seterusnya, 1hb Oktober , aku dan rakan lain (alumni staf PoliPD) dijemput menjadi panel penilai projek akhir (FYP) Jab. Kej. Mekanikal di Politeknik Port Dickson. Susah nak berpisah dengan tempat lama ni ye!! Jadi, kami yang dah berpindah ke Politeknik Nilai diundang sekali lagi sebagai panel penilai projek untuk hari tersebut. 

Ramai juga ex PPD kerja di PNS ya. 
Yang baju kuning tengah tu asalnya kena pindah PNS, sekali buat rayuan berjaya, tak jadi pindah hehehe. 

Kena halau dengan Salina hahaha!


Kita menilai tak dok lah strict sangat... 

Aku cuma tanya macam mana buat.. boleh berfungsi ke? Berapa kos berhabis buat ni...Tak payah lah nak membebel komen banyak-banyak sebab barang dah siap. Dah jadi. Itulah hasil dia. Kita bagi markah jela. 

Satu kumpulan masa dalam 10-15 minit je tempoh bertanya, sebab aku ada 7 kumpulan nak kena nilai. Banyak betoi projek kat PPD ni, ada 90 lebih kumpulan. Adoiii.. masak nak jalan naik turun tangga cari projek kumpulan nak dinilaikan!

Dekat sejam lebih memberi penilaian markah- sampai azan Zuhur. 
Time ni dah selesai. Rehat kejap sementara tunggu panel lain selesai. 

Masa nilah sempat jumpa borak-borak dengan rakan colleague PPD yg lain. 
Tanya perkembangan baru. Siapa pengarah baru? Siapa Kpro baru? Siap sekarang jaga itu ini. 

Aku tak tunggu sampai habis pun, Pukul 4.00 petang aku dan husband gerak balik sebab penat nak tunggu hingga majlis penyampaian hadiah Projek Terbaik. Letih mak... Balik rumah lepas solat Asar terus terlelap sampai pukul 7 huhuhu. 










Wednesday, May 20, 2026

Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan aku dan rakan sejawatan, Kak Jeri- kami ni betul2 zero tak tahu apa2 pun hahaha!

Mungkin tempat kerja aku sebelum ini, RoM ni banyak dikendalikan oleh pasukan kualiti jabatan. Jadi hanya PIC je yang tahu dan isi dalam borang. Kita tak terlibat malas nak ambil pusing kan.

Disebabkan RoM di bawah Sirim, maka kita mohonlah peruntukan untuk pergi ke kursus bawah SIRIM ni. Alhamdulillah, paperwork diluluskan. Selepas selesai proses pendaftaran, kami pergi berkursus di Shah Alam pada 11 dan 12 Mei 2026. 

Lokasi kursus tu kat Hotel Concorde, Shah Alam. Aku ingat diorang buat kat Akademi Sirim juga, sekali lokasi berbeza ya. Nasib baik pergi sana dengan driver politeknik. Kalau tak memang lambat ler nak sampai. 

Sampai-sampai je lepas daftar, terus urusetia minta kumpul untuk ambil gambar dulu hehe. Peserta ada 6 sahaja, dari Politeknik dan Perpustakaan Negara. 

Sampai2 je, terus bagi dan bagi dan bagi training sampai kepala aku terasa panas hahaha! 

Asal speaker bagi rehat je, aku cepat keluar bancuh kopi kat bahagian refreshment hotel tu huhuhu. Otak dah menua, kena banyak booster bagi kafein sikit wooo. 

Bapak banyak giler dia bagi bertalu-talu wuuuuuu....



Memang otak aku tak berhentilah loadinglah,
 RAM motherboard dah menghampiri separuh abad ni… jadi slow sikit.

 Semua maklumat dan ilmu yang diberikan oleh speaker, Puan Siti Nur Hidayah ni. Fuuuh......Laju weiii. Dua hari kursus dari pagi ke petang memang banyak ler input yang serap!! Dah ler kitorang berulang alik dari Poli ke Shah Alam. Jalan nak Shah Alam, ya rabiiii jem jer memanjang. Gerak awal pun masih lambat juga, jem merata-rata adoii. 

Lunch dia, mak aiii... 

Yela nama pun hotel kan, makanan pun serve macam hotel, rasa hotel hehe

Kalau lima hari duduk sini, rasa tak tak boleh nak hadap makan ni lagi. 
Kau boleh hafal menu2 dia lepas tu kan. . .


Waktu lunch aku dan kak Jeri duduk ler kat restaurant situ sejam sebab nak bagi kepala rehat kui kui kui... 


Budaya yang perlu dibina ya, pastikan ada pengalaman hahaha!!



Sah! Memang RoM memang akan diaudit setiap kali pemantauan dibuat. 
Memang tak boleh lari ler. . . 

Hari terakhir, tamatlah kursus kita. 

Balik ni banyak ler kena buat, update manual kualiti terbaru dan murnikan lagi tatacara daftar risiko. Oo dan tambah daftar peluang ye, sebab tu adalah pembaharuan yang perlu ada dalam manual Sirim yang terbaru akan datang ni. Dah bayar mahal kan, kena ler buat siapkan kerja tu ya!


Wednesday, May 13, 2026

Gambar 2026 Vs Childhood || Trending di Chat GPT

Perkara ni tengah trending kan, jadi saja je aku nak cuba guna promp Chat GPT yang tengah famous tu. Janji ada gambar terkini (padahal gambar dewasa tu versi 2023 hehehe) dengan gambar masa kecil.

upload gambar masa kecil dan gambar kau terkini dalam Chat GPT
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Copy ayat2 tu👇🏼👇🏼
Gunakan dua gambar rujukan yang diberikan (gambar kanak-kanak dan gambar dewasa). Kekalkan identiti individu sepenuhnya termasuk wajah, bentuk muka, mata, hidung, dan ciri-ciri unik supaya jelas kedua-duanya adalah orang yang sama pada usia berbeza.
Gabungkan kedua-dua individu dalam satu komposisi potret studio yang kemas dan minimalis, latar belakang plain warna kelabu lembut (studio look).
Susunan:
Sebelah kiri: versi kanak-kanak (tahun 1988)
Sebelah kanan: versi dewasa (tahun 2026)
Kedua-dua subjek duduk berhadapan sedikit antara satu sama lain, dengan ekspresi lembut, senyum kecil, dan eye contact yang penuh emosi (warm, nostalgic, meaningful).
Gaya:
Ultra realistic
Lighting studio lembut (soft diffused lighting)
Tone warna natural, sedikit warm
Depth of field ringan (background blur halus)
Perincian:
Kekalkan pakaian asal (atau upgrade sedikit untuk nampak clean & kemas tanpa ubah identiti)
Pastikan proporsi realistik (elakkan anatomi pelik)
Ekspresi natural dan konsisten
Teks:
Letakkan teks "1988" di atas bahagian kanak-kanak
Letakkan teks "2026" di atas bahagian dewasa
Font simple, clean, warna putih atau kelabu cerah
Gaya akhir:
Emotional, cinematic, high quality portrait, storytelling visual “then vs now”, kemas dan premium.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Gambar kecil tak banyak, sebab keluarga kami bukannya kaya nak ada kamera. Mak saudara je yang ada kamera, tumpang amik gambar keluarga. So very limited gambar2 aku masa kecil. 


Gambar kecil masa raya 1990, kami ambil gambar sekeluarga kat kampung atuk di Klang. Hari raya yang memang sempoi. Just pakai T-shirt, skirt dan selipar je hahaha!! Senang kan! tak complicated pun zaman tu, nak sedondon bagai.....


For my childhood, I really miss that memory..



 

Hari Projek Akhir Pelajar PNS dan PoliPD || 2026

Hari Khamis, 24 September 2026, berlangsung Hari Innomex 2026 JKM di Politeknik Nilai. Aku sebagai Supervisor untuk group student projek sen...