Monday, April 23, 2018

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017

Bila dapat APC untuk tahun 2017, rasa macam feeling awkward giler hua hua hua. Tapi itu yang dinamakan rezeki Allah bagi. Aku berkhidmat jadi  penjawat awam dekat 16 tahun. Tolak tiga tahun sebab cuti belajar sepenuh masa. Dah sepanjang tahun perkhidmatan aku dah berkhidmat sebanyak tiga tempat - Politeknik Kulim, Politeknik Kuching dan sekarang Politeknik Port Dickson.

Sumpah tak pernah aku impikan dapat APC, memandangkan aku kerap berpindah randah, lepas tu bukannya jenis banyak buat contribute pun bagi harumkan nama politeknik ke peringkat negeri, ke negara malahan peringkat antarabangsa pun. Aku cuma seorang pelaksana yang jalankan tugas dan amanah yang diberikan sebaik kerana itu merupakan tanggungjawab aku, ewah ewah.. hahaha


Tapi dah rezeki tertulis, aku terima dengan hati terbuka. Jadi sesi perjumpaan Pengarah dibuat secara senyop2. Aku pun tak tau, tup2 ada email arahan berjumpa dengan pengarah. Cuak wei... Lepas tu diorang bagi surat, ucapan tahniah, kitorang pun kena ambil gambar siap pakai kot dan bertudung merah. Nak letak dalam buku katanya. Macam nak buat pencalonan wanita UMNO ker keh keh keh...


Hari Raptai APC bertempat di dewan C, Maeps Serdang.

Hari APC pada Khamis, 12 April 2017. Sehari sebelum tu kena hadir raptai dulu. Masa raptai ni semua penerima kena berkumpul jam 2.00 petang untuk pendaftaran dan penerangan sedikit taklimat tentang hari APC untuk besok pagi. Ramai tau!! Ada 1200 lebih kakitangan dari Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia yang akan berkumpul pada majlis besok. 

Inilah kami berempat wanita dari Jabatan Kej. Mekanikal, PPD yang terima APC .

Kak Ruziati, kak Maya Sofa, aku dan Tham (amoi rajin ni lagi lama kerja kat sini, baru first time dapat! macam tak caya aku). Time ni kitorang sampai jam 1.00 tengahari, bas poli yang hantar. Kira dah dapat no pendaftaran, kita kena cari nombor kerusi untuk duduk.

Ramai baru sampai, dari pelosok negara. Berkumpul ramai2 di Maeps Serdang. Yang jauh datang terpaksa usung beg baju, tak sempat nak check in hotel. Turun flight, terus datang ke sini. Nasib ler kami kerja kat PD. Pergi balik hari yang sama jer sebab dekat kan... 

Selfie dalam bas nak tunggu sampai Maeps. 

Pagi kejadian, bas bertolak dari politeknik jam 5.30 pagi!! huhuhu awalnya, aku tunggu kat Petronas Mambau jelah. Sampai kat RnR Seremban jam 6.30 pagi, kitorang turun solat subuh dan tapau sarapan. 

Dapat no meja dan no kerusi. 


Pukul 9.00 pagi majlis pun bermula. Menteri dan Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia berucap. Konsep diorang santai jer...

Ok dah sudah, amik gambar ramai2. Sebab hari Khamis kena berbaju batik lah kan. Ceria lah jadinya. Berebut wei nak naik amik gambar kat sini kui kui kui. Beratur tunggu giliran tau!!

Team Mekanikal PPD.

Pengarah turun padang melawat kami di Maeps. Kebetulan masa ni, timbalan pengarah, Puan Yusma dan Ketua Jabatan kami, En Rahim pun bersama2 menerima APC.

Dah puas bergambar, kita makan pulak. 

Memang lapar pun, pagi tadi makan kat dalam bas je on da way ke sini. Lepas tu dalam dewan urisetia ada bekalkan air kotak dan roti. Menunggu dekat pukul 1 tengahari, jadi jumpa nasi confirm kami balun punya!!

Menu dia, tapi aku puji memang sedap! Berasa semua lauk pauk dia. Cuma tak best sebab sikit ahaha nampak sangat kitorang kebulur huhuhu...

Best nyer ada majlis macam ni bila aku dapat jumpa geng2 masa kerja di politeknik lama. Ni kak Ana dan Zarina. Dulu kitorang sama2 satu opis di Politeknik Kuching. Rindu wei...  

Yang ini Imah dari PUO. Belajar sama2 di ItthO dan UTHM. Walaupun kami berlainan course, tapi tetap kenal sangat hehehe. 

Jumpa dengan kawan2 lama ni, yang best bila diorang cakap apasal aku nampak maintain jer. Zarina cakap "awat kak Hasny nampak kurus??" Eh aku dulu memang gemoks ker?? Ahahaha sukanyer rasa nak berguling2 atas rantai :P

Pukul 2.00 petang barulah kami bertolak balik ke PPD. Alhamdulilah syukur atas rezeki yang diberikan kepada ku... 




Thursday, April 19, 2018

Percutian ke Pulau Pangkor - Last day

Hari ketiga atau last day, lepas sarapan Helmy ajak ke pantai Pasir Bongak. Dia tertarik nak cuba permainan bouncing air kat situ, ternampak masa hari mula2 kami sampai sini. Jadi lepas sarapan, kitorang pergi ke pantai tu. Mak ayah dan Ilhan stay di resort main air kolam. Pergi naik van ke situ, pekerja dia tengah susun balik sebab semalam hujan lebat dan ribut. Permainan tu jadi tunggang terbalik, kena tambat balik. 


Dah excited nak jumping atas mainan ni. Tapi kena ada life jacket. Kanak2 kena ada orang dewasa yang ikut serta demi keselamatan. Charge RM10 untuk kanak2 dan RM15 untuk dewasa. Had masa tiada, mainlah kau sampai kepenatan. 

Ingat senang, susah giler wei.. Tengoklah diorang asyik jatur tercebur dalam air. Licin!!
Hahaha Helmy siap tersangkut stuck kat tengah2. 

Qaireen gigih mencuba untuk sampai ke penamat. Ayah tolong jaga kot2 dia tergelincir jatuh. Umar tak mau naik, nak duduk kat tepi pantai je. 

Hardy sedang berusaha untuk melintasi menara tu ahaha!!

Afiq semakin hampir ke kawasan tengah. Korang tengok abang aku payah nak seimbang badan atas pelampung tu huhuhu...

Keceburrr!!!!! Jatuh jugak...

"Adoi, susah siot..." Ady bagitau

Ni adik aku ni, sampai dah part last dia tak larat dah. 
Terbaring dah.. Adui letih... Ahahah

Wei Emy cpt bangun, Adam dah naik panjat menara gelungsur tu. 


Iyah.. iyah.. gagahkan juga panjat naik atas. 
Last part ni...


Aku naik bahagian last tu jer, ngelat tak ahaha. Nak rasa naik gelungsur dia :P

So main lah berulang kali, sampai letih dibuatnya. Kitorang je yang main, pengunjung lain tak de pun. 

Penat kan, Qaireen syok2 duduk atas pelampung tu berayun pukul ombak. Tapi sejam lepas tu dia pening. Naik pantai terus muntah. Ish mabuk laut jugak anak aku ni. Penat pun satu hal, abis tenaga main benda alah ni. 

Abang aku pun surrender rehat tepi pantai sambil perhatikan mat salleh berenang2... eh bukan.. Ikan berenang2 di tepi pantai hehehe.  Depan tu Pulau Pangkor Laut, tempat mahal dan privacy, bot pun tak boleh lalu situ. Banyak "sotong kering" jemur kat tepi pantai katanya... 


Jam 10.30 pagi baru balik resort. Apalagi kelam kabut sebab ada lagi 30 minit nak check out. 
Ayah call banyak kali dah, risau anak dan cucu dia tak ingat nak balik ahahaha. 

Kemas2 barang, mandi dan check out dalam jam 11.00 pagi. Yeah, on time yek. Muka semua dah merah kena sunburn. 

Lepas naik Feri di Marina Bay, amik kereta dalam jam 12.00 tengahari kitorang gerak ke Taiping pulak. Hajat mak ayah nak lawat bean diorang sebelum balik ke KL. Jadi kitorang singgah kat bandar Manjung untuk makan tengahari dulu. 

Alhamdulilah sampai kat kampung Changkat Jering dalam jam 2.30 petang. Family aku solat dulu, lepas tu borak2 kejap dengan mak mertua. Tak sangka dapat singgah lagi jumpa besan sebab tahun lepas mak dan ayah dah datang sekali singgah sekejap. 

Budak2 penat mandi laut main bouncing game tadi. 



Pulut!! Durian... Nyummy... 

Sebelum balik, bawa mak ayah, Emy dan family Ady makan pulut durian dan cendol durian dulu. Kebetulan Perak tengah musim durian sekarang. 

Wah Umar pun berselera makan pulut yek. First time dia makan terus suka. Aku pun tak caya. Hahaha ingat pandai makan buah dia jer..


Kita perkena pulak cendol durian... Mengancam!!

Lepas tu mak nak beli bantal kekabu, kitorang bawak ke kedai kat pekan Changkat Jering jer. Dah beli, baru semua bertolak balik ke Kajang dalam jam 6.00 petang. Yang family aku pulak balik rumah mak kat kampung. Stay kat sni dalam  3 hari dulu. Nak abiskan cuti sekolah. Hari Sabtu barulah kitorang balik ke Seremban. 




Friday, April 6, 2018

Percutian ke Pulau Pangkor - Day 2

Yeah, gud morning everyone. Bangun pagi2, lepas solat dan mandi kejutkan Ilhan dan Qaireen. Budak2 tak payah mandi, pergi sarapan dulu. Lepas tu terus tukar baju kita nak pergi snorkeling kat Coral Island atau panggil Pulau Giam. Tak besar mana pun pulau tu. Jarak dia pun dekat je dengan Teluk Nipah.

Hahaha Ilhan nak main air kolam, tapi sejuk pulak. Tengah tunggu cafe dia setup utk sarapan, sebab mula buka jam 7.30 pagi. Kitorang tak sabar nak makan dah kui kui kui .

Makan kenyang2, nanti nak duduk pulau sana takde kedai makanan nak beli apa2. Yang ada ikan2 je dalam air tu hehehe.

Mak makan nasi lemak, sempat tapau sikit kuih dan roti untuk bekal masa snorkeling.

Roti canai kuah dal dia sedap!! Umar makan sampai abis. Qaireen makan nasi lemak tapi sibuk nak tengok burung enggang terbang hinggap kat sekitar cafe tu. 

Ady dan Kak Lela dah abis makan. 
Amacam makan, ok tak??

Makanan dia memang ok sangat, banyak pilihan. Ada mee, nasi, roti canai, kuih, salad, cereal macam2 lah breakfast dia. Pendek kata memang terbaekkk lah. Husband kata sangat ok compare dengan Bayou Lagoon kami pergi sebelum ni. Tempat pun bersih kemas dan selesa. Wah puji banyak nampak ahahaha!!

Lepas sarapan, cepat2 pergi ke pantai Teluk Nipah. Kat sini banyaklah agensi buat khidmat sewa peralatan snorkeling dan bot ke Pulau Giam.  Korang boleh pilih mana2 korang suka. Kena pergi awal dalam jam 8.30 pagi sebab banyak masa sikit nak snorkeling sebelum air dia surut. 

Dewasa RM15 dan kanak2 RM10. Ini termasuk charge island hoping. Island hoping buat selepas snorkeling takut nanti air dah surut. Peralatan perlu dipulangkan mencukupi dan jika hilang kena bayar RM100.00. Jadi 1 bot besar datang angkut kami semua 1 family. 

Yeah sampai dah Pulau Giam. Bila dah puas snorkeling just call je orang bot akan datang ambil nanti. 

Eii!! Ada budak tu geli bila pijak pasir hehehe.

Emy sedang mencuba peralatan snorkeling. 

Semua dah ready nak masuk snorkeling. Dah adjust life jacket bagi ok. Qaireen berani masuk dalam air, tak macam Umar penakut. Main ke tepi air aje..

Ilhan pun sama, cuak bila nak masuk dalam air. 

Kat tepi air ni pun ada ikan, tapi anak2 ikan jelah. Bagi lah makan roti ke biskut confirm berebut2 dia datang. Adik aku, Emy beli 3 bungkus biskut lutut. Banyaknyer.

Selam bang, jangan tak selam. 

Kurrrrrr.....Macam bagi makan ayam kat kampung je kan. 
Berebut2 ikan datang nak makan biskut lutut ahaha. Nasib baik takde air kopi, kalau tak boleh cicah makan lepas main air nie :P

Ikan berenang2 cari biskut lutut adik aku ni hahaha!!

Alamak biskut lutut terndam dalam air laut pulak. 


Husband perah air dalam plastik biskut lutut. Ikan berebut2 kat bawah kaki dia. 

Ady pun malas nak pakai jaket, air pun dah surut. 

Budak2 main kat tepi jer, aku bawak Qaireen ke tengah dia jadi panik sebab kaki dia tak cecah tanah dah walaupun dah pakai life jacket. Takut dia. Last2 tarik ke tepi main kat tempat cetek jer. Tak dapat dia nak tengok ikan2 yang besar sikit dalam air. 



Air dah makin surut, cuaca dah makin panas. Dah nak masuk jam 10.00 pagi ni. 

Dah panas ni kena berlindung bawah batu besar ni nanti kena sunburn  pulak. Call orang bot datang amik kami semua. 

Amik gambar dulu sebelum bot sampai. 

Puas dah snorkeling...

Umar cuak naik bot, takuttt bila bot terhoyang hayang. Dia ni mandi laut pun takut. Adoiiiii.
Lepas tu orang bot bawa kita ronda2 sekitar pulau situ. 

Yang ni batu buaya, 
nampak tak bentuk batu tu seakan2 buaya sedang berjemur...

Bila pergi ke sebelah dia, jadi batu penyu pulak. Kiranya malam jadi buaya, siang bertukar penyu. Batu tukar jadi makhluk 2 alam dah... 

Yang ni batu ikan paus.. 

Husband bisik, ntah2 diorang pahat jadi bentuk mcm tu. Huh tak de kerja kalau camtu. Kalau perigi Batu Pahat yelah memang betul batu dipahat. Pukul 11 pagi baru lah kami balik ke pantai Teluk Nipah. Pulangkan semula peralatan snokeling dan life jacket. 


Sampai resort, mandi kolam pulak dah. Ilhan selesa sikit kalau mandi olam dari air laut. Masin kot...

Ayah pun tak puas nak mandi lagi. 

Ady dan Emy dah kepenatan berendam air laut. 

Dah nak tengahari semua naik mandi dan salin baju, nak keluar cari makan tengahari pulak. Aku dah jerit2 kat anak2 kat pintu bilik suruh naik, tak naik2 juga dari mandi kolam. Adoiii. Kitorang berkumpul depan resort, kena jalan kaki ke depan sikit sebab situ ada port van teksi akan ambil penumpang. Nak kata rezeki, ada pakcik ni baru hantar orang turun resort ni tolong tumpangkan kami ke port teksi tersebut. Diorang kena ikut turn bila penumpang sampai rupanya. 

Kitorang makan tengahari kat pekan dia. Mintak pakcik van bawa pusing2 ronda2 Pulau Pangkor sekali. Bayaran RM100.00. 

Ni kedai makan tengahari kami. Selera Pangkor-Hasnah Corner. Pakcik van cakap makanan kat sini ok. Ye memang ok pun. Lepas makan nanti, call dia akan datang balik. 

Lepas tu kita ke Kota Belanda pulak. Ala2 macam kota A Famosa tu. Baru nak amik gambar sekeluarga, Qaireen dah hilang sibuk cari keychain untuk kawan sekolah dia. Sabar jelah. 

Ada gerai dan kiosk kat Kota Belanda ni. Ada tambahan lagi yang dalam pembinaan. KIra lepas ni bertambah meriah lah tempat ni. 

Lepas tu ke batu bersurat Belanda pulak dah. 
Tengok orang Belanda dah conteng batu kat tempat kita. Besok kalu gi Belanda, kita conteng batu dia pulak yek. 

Apa yang diconteng pun tak berapa faham sebab bahasa dia, cuma ada tarikh diorang pahat kat situ. Ini dah macam vandalism je ahahaha

Lepas tu ke masjid terapung pulak, masjid baru ni. Masjid Al Badr Seribu Selawat. Sekejap lagi nak azan masuk waktu solat Zuhur. Kita sembahyang kat sini dulu. 

Cantik masjid ini, bnyak selawat diorang ukir dan tampal dalamnya. 

Lepas solat Zuhur, pakcik van bawa kitorang ke kilang sate ikan pulak. Maka memborong pulak beli ikan kering, sotong kering, udang kering, sate ikan dan macam2 lah. Sorry takde gambar, lupa nak snap. Dah penat sangat lah tu. Rasanya nak balik bilik nak tidur kejap ahaha. 

Jadi balik tu kita ikut jalan pusing sepenuhnya satu pulau pangkor, jalan macam *&*^*%. Bengkang bengkok dan naik turun bukit, adui nasib tak laju hehehe. Sampai resort masuk bilik tidur sekejap, lepas tu pukul 5 sambung mandi kolam lagik. 

Masa ni Ilhan dah berani dah nak main air dalam kolam. Abang dan kakak dia dah hilang nak mandi air laut. Mandilah sampai kecut... 

Malam pulak lepas magrib hujan lebat selebat2nya tapi sekejap jer. Kitorang makan kat Suria BEach Resort. Order makan pakej punya untuk 10 orang makan. Anggaran dalam RM200 ++. Cepat dan pantas. Kebetulan orang tak ramai. Sorry gambar tak tangkap sebab dah kepenatan. Kenyang makan, balik bilik terus Zzzzzzzzz. 












Makanan Kegemaran Ilhan Wafiq.

 Ilhan Wafiq, suka makan ayam goreng KFC. Atau Marry Brown. Set lunch tu dia boleh abiskan seorang kecuali coleslaw sebab aku yang makan kan...