Wednesday, November 28, 2018

Hadiah kecemerlangan

Dua minggu sebelum exam akhir tahun, Qaireen dan Umar tengok iklan Pizza Hut kat tv. "Wah macam best je, Qaireen nak pizza ibu??"  Qaireen dah start request. "Umar pun nak!!" Ooo nak pizza boleh, dapatkan 6A dalam exam akhir ni, nanti ibu belanja makan pizza.... :)))

Pizza chicken cheesy bites. 

Habis exam, selepas seminggu result keluar memang anak2 berjaya dapat keputusan yang cemerlang. Jadi aku kena tunaikan janji, nanti dah jatuh kategori munafik pulak ahahaha!!

Umar dapat hadiah mata pelajaran terbaik sains dan matematik untuk darjah dua. 

Qaireen dapat hadiah untuk tempat ke tiga dalam kelas dan keseluruhan darjah tiga.

Sementara nak tunggu kakak ambil hadiah, makanlah roti ibu dapat tu dulu. 

Dekat sejam Guru Besar dan tetamu kehormat berucap barulah upacara penyampaian hadiah. 

Baguslah dapat hadiah alat tulis. Aku lagi suka daripada dapat hadiah trofi atau plak. Bagi aku semua tu sekadar sampah, buat tayang jer huhuhu. Aku taulah sebab dapat banyak medal dan plak last2 ayah aku bakar sebab tikus beranak dalam kotak tu. Hadiah better bagi buku atau alat tulis yg boleh digunakan. 

Okey jadi ibu dan ayah tunaikan janji anak2. Bawak pergi makan pizza yang diorang nak. 

Lepas order, nak tunggu lama snap gambar satu family, jarang dapat ambil gambar. Mujur ada monopod. 

Dah sampai apalagi, Bismillah. 

Jemput makan anak2, tahniah ibu ayah ucapkan. Kalau ada rezeki inshaAllah dapat makan lagi. 



Sunday, November 18, 2018

Mandi di Dtempat Club, Bandar Sri Sendayan

Balik dari Perak, ada baki cuti sekolah sehari lagi. Jadi anak2 ajak mandi kat Dtempat Country Club. Dekat je pun dengan rumah tapi nak pergi pun malas ahahaha. Tunaikan juga sebab tak tau nak ke mana lagi kan.

Kitorang pergi lepas sarapan dalam jam 10.00 pagi. Club ni lenggang tak de orang pun, so kami ler yang conquer mandi kat situ bahahaha. Suka! Suka ! Suka!!
Masa ni Ilhan berani pulak nak mandi kolam besar. Tapi kena dukung jelah. Mandi kolam kanak2 dia tak nak. 


Dalam kolam ni adalah beberapa orang yang mandi. Lepas tu semua dah naik tinggal kami jer...


Main kat ara jakuzi pulak 

Ayah diorang malas nak basahkan baju seluar. Tapi last2 kena mandi juga sebab anak2 dah pecah lari main ke tempat lain. Tak boleh biar sorang2 main air, kena pantau depan mata. 

Duduk dalam jakuzi ni memang syioook.....


Qaireen excited main slide dari mandi kolam. Kebetulan Ilhan pun dah berani nak naik slide. Sekali naik, terus nak naik berkali2... penat ibu dok ulang alik panjat tangga tu T_T

Nasib baik takde orang, segan juga nak turun naik slide banyak kali. 
Aku dah macam budak2 aje ahahaha.

Dah penat dah... Rehat jap... 
Mandi2 tengok jam dah dekat jam 12.00 tengahari, tak rasa panas pasai cuaca mendung jer aritu.. 


Sebelum balik singgah Mydin S2 untuk shopping barang rumah. 
Makan ice cream dulu sebelum balik rumah. 

Ice cream ChocoTop McD jer. 

Ganti balik kalori ngeee ngee 




Thursday, November 8, 2018

Jalan-jalan ke Zoo Taiping 2018

Hari Cuti Deepavali lepas, anak2 dapat cuti sekolah selama tiga hari. Jadi kami ambil keputusan balik ke Changkat Jering, melawat keluarga di sana. Jadi ada beberapa hari di kampung, anak2 ajak jalan2 di Taiping. 

Mula2 nak pergi ke Bukit Larut tapi tiket dah sold out. Biasalah cuti sekolah confirm ramai orang yang datang sini. Lepas tu Qaireen ajak pergi Zoo Taiping. Lama juga tak masuk. Last masuk 2014, Ilhan pun belum lahir lagi hehehehe. 

Tunggu ayah beli tiket pas masuk. Total masuk ni semuanya ni RM50 juga lah lalala. Ayah belanja okey hehehe.

Sambil2 tu amik gambar kat arca haiwan kat depan kaunter tiket. 

Macam2 gaya budak ni nak amik gambar, adik diorang sibuk nak ikut juga. 


Uii besarnya haiwan ni ye??! 
Ilhan kagum tengok binatang yg selalu jadi maskot team Perak ni.




MAsuk dalam tunggu tram datang ambil. Bawa pusing2 dulu. Lepas tu barulah menapak tengok semua haiwan. 

Masa berjalan tak ingat dah amik gambar sebab fokus hadap anak2 berkeliaran sana sini. Yela banyak tram lalu lalang, risau juga. Bila dah separuh pusing zoo, hujan pun turun jadi berteduhlah sekejap kat tempat memerang licin. 

Pandai pulak memerang ni main2 dengan pelawat. Kalau ada trofi haiwan mesra pengunjung boleh pass kat memerang ni hah!!


Borak2 macam kawan lama pulak yek ahaha!!

Nama memerang ni Boy. Laung je nama Boy kuat2 confirm dia datang kat kita. 

Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus!!

Tengok gajah berjoget. Mungkin kepanasan jadi gajah2 berayun ke kiri kanan sejukkan badan. 


Lepas tu lalu kat kandang seladang. Ni muka semua macam tu bukan sebab suruh senyum. Memasing menahan bau yang amat kuat kat kandang tu. Ya ampunnn nak pengsan bau dia ahahaha!!

Berkilat badan seladang ni, sinonim betul dengan negeri Perak kan... 
Patutlah letak arca seladang kat depan kaunter. Ikonik sungguh 

Ok, itu jelah yang aku dapat kongsikan dalam blog ni. 




Sambut hari jadi Ilhan ke 3 tahun

Tarikh 22 Oktober yang lepas Ilhan dah masuk umur 3 tahun. Takde sambut besar2 pun just anak beranak, beli kek kat Secret Recipe. Beli kek yang dia suka nak makan. Ilhan suka makan kek. Jadi kalau beli sebiji confirm laju habis. 

Beli kat SR Bandar Sendayan.

Lepas makan malam baru boleh potong makan kek. Ilhan dah nangis2 nak makan kek. Merajuk terus....

Senyum pun tak nek hehehe

Qaireen sibuk suruh Ilhan senyum

Ok potong kek. Hahaha birthday boy still tak nak senyum


Happy birthday Ilhan, anak ibu yang kuat merajuk, cepat sentap. 
Semoga dipermudah hidup berjaya di dunia dan akhirat, menjadi anak yang soleh. 
Berguna pada bangsa, agama dan negara. Amin

Jejalan Hujung tahun di Cameron Highlands

Hari last day kat Taiping sebelum balik, mak buat pulut kukus. Pakai daun pisang. Macam pulut pangang tapi ni kukus sahaja, kosong tiada int...