Friday, May 26, 2017

Hadir ke Bengkel Tajwid Sempurna

Aku dapat email daripada Politeknik Nilai tentang bengkel belajar tajwid ni minggu lepas. Ingat buat kat Politeknik Port Dickson, rupanya buat kat Politeknik LBJ (hehehe marah orang Poli Nilai kang)
Kebetulan ada member nak pergi, Kak Maznah dan Nurul. Jadi Nurul nak bawa kete barulah boleh ikut pasai aku takde transport nak ke sana >_<.

So kitorang bagilah nama kat ULPL Poli Nilai. Pagi tu dalam pukul 8.15 baru gerak ke sana. 

Rupanya Nurul tak pernah sampai Poli Nilai. Dia ingat Poli Nilai ni letak betul2 kat Bandar Nilai ek, keh keh keh aku gelakkan jer.. 

"Tak lah, betul2 letak kat depan Felda LB Johnson jer."

Sebab tu aku tak panggil Politeknik Nilai, aku panggil Poli LBJ. Atas Sendayan jer ni. Dia pun cakap "tak pernah sampai Sendayan kak!" Pulak!? Lama duduk kat PD tak explore lagi semua tempat kat sini katanya hehehe.


Buku nota tajwid

Sampai je Dewan Utama, bengkel dah bermula dalam 10 minit. Cepat2 daftar dan bayar untuk beli nota tajwid sekali. 

Sempat lagi bergambar dengan staf Poli Nilai. 

Actually yang baris depan ni semuanya dari Poli Port Dickson dulu. Kira diorang ni Alumni Poli PD lah ye kan kan kan. Kak Rosliza dua dari kiri lagi lah baru seminggu je bertugas kat Poli Nilai. Minggu lepas kitaorang siap celebrate buat pot luck jamuan perpisahan dia kat Poli PD. Hari ni jumpa lagi kan kak hehehe!!

Tak ramai peserta, sebab mungkin staf lain terlibat program atau kursus yang lain.

Sesi pertama. Belajar tentang menyebut huruf dengan betul. Ustaz Megat yang menerangkan cara menyebut dengan makhraj yang betul. 

 Dia cakap selalu ajar budak2 tahfiz umur 12 hingga 17 tahun. Ni first time dia ajar peserta dewasa belaka ahahaha.

Lepas sampai pukul 10.30 pagi rehat dulu, minum pagi. Kemudian sambung semula dengan sesi kedua. Ustaz Ahmad yang sampaikan ilmu pula. 

Banyak sebutan yang perlu dibunyikan dengan betul2. Lagipun kalau lain sebutan takut makna jadi lain. Nota tajwid ni memang banyak membantu. Sebab ada grafik kedudukan lidah dan bunyi sebutan terletak di kawasan mana.


Selepas mengenal semua jenis2 kelas huruf, kita baca sama2 petikan ayat alQuran. Kemudian belajar hukum2 tajwid. Memang banyak, tak sempat nak baca dan berikan contoh. Waktu bengkel sangat singkat jadi bila dah pukul 12 tengahari terpaksa laju sikit.

Ustaz menjawab pertanyaan2 daripada peserta. 

Habis program dalam pukul 1.15 tengahari. Sempat bergambar dengan semua peserta bengkel. Lepas tu kami gerak ke kantin untuk makan tengahari dan solat Zuhur sebelum bergerak balik ke Port Dickson. 

Ambil gambar ramai2 dengan alumni PPD, nak amik aura kan kui kui kui. InshaAllah aku dan husband akan menyusul untuk berkhidmat di sini. Memang target kami untuk pindah ke Poli Nilai selepas lima tahun berkhidmat di PPD. Semoga dipermudahkan. 




Monday, May 22, 2017

Perang nafsu!!

Ada lagi lima hari untuk kita masuk ke Ramadhan 1438H. Masa untuk berperang nafsu. Itu nafsu menahan makan dan minum, perkara2 yang membatalkan puasa. Macamana kalau nafsu nak ke arah membelanjakan wang pulak.

Kalau diikutkan citer dulu bila aku dah lupus semua hutang (citer dalam blog sini) ingatkan hati ini dah bertambah tenang. Rupanya masih bergolak juga! Ya jiwa kita bergolak2, sebab berperang!! Bukan perang dengan senjata... Kita berperang dengan nafsu!! Betul kata orang tua dulu2 "jika ikut hati kita binasa. Jika ikut nafsu kita jadi lesu...."

Cita-cita lepas settle hutang harap nak menyimpan duit dengan lebih lagi, tapi goyah. Ada jer halangan di dalam jiwa dan perasaan. Ada godaaaan. Nafsu nak membeli, nak mengunakan duit tu tetap ada. Bukan mudah nak menyimpan. Godaan dan  nafsu yang seakan2 nak tarik, nak dorong kita untuk menghabiskan wang yang ada. Dan aku faham kenapa ramai mengeluh gagal menyimpan wang.

Bayangkan bila kawan2 beli tudung jenama baru, ko ketap bibir. Bila kawan2 beli baju atau kain cadar baru ke, ko pejam mata. Ketika time2 macam ni mulalah bisikan dalam hati (bisikan setan kot ahaha) "eh kan ko dah tak ada hutang, nah inilah masanya! Sekarang duit ni kau layak untuk belanjakan. Abis tu kau simpan pun buat apa? Tak tau ke nak raikan hidup" T_T

Dah ler sebelum ni ikat perut nak tahan belanja, nak lupus hutang. Sekarang bebas hutang pun nak ikat perut, tahan nafsu lagi ke nak ber"shopping2" ni... Maka ketika inilah bermulanya perang PSIKOLOGI...

Perang psikologi tak mudah, berbaur perasaan masa tu. Boleh jadi kau akan rasa terhina, kadang2 rasa geram, kadang2 sedih sebab tak mampu nak beli itu dan ini. Bukan sebab kau tak berduit. Sebab mental ko dah block, dah halang tak boleh beli apa2. Sedih, bengkek rasa hati... Sangat2.. Tapi itulah namanya konsisten dan fokus. Selagi belum tercapai objektif maka kau tak boleh buat apa2. Nothing!

Aku mengaku sejujurnya adalah dua minggu lepas aku duduk hadap komputer usha2, tinjau2 dalam laman web CarList, Paultan.org, CarBase atau website2 kereta dalam Malaysia. Saja sebuk2 nak cari MPV ke SUV terpakai yang paling ok dan luas. Berangan kan percuma. Kononnyer nak tambah satu kete yang ok untuk family aku yang dah bertambah besar, senang nak berjalan jauh... Hajat di hati nak kumpul duit, nak simpan dan beli cash. Jadi nak set matlamat nak capai simpanan tu kena tengoklah harga kereta kan!

Check harga semasa kuda hijou ni ahaks!! 
Dulu beli RM74++k. Sekarang nilai dia RM28k T_T

Tapi check2 banyak kete secondhand/recond pun harga dia mak aii &@$%^#^&!! Sakit jiwa kalau nak kumpul duit banyak tu!! Sudahlah tu kereta ni ada susut nilai. Kalau tahun ni kau beli RM80k dan bayar cash, tahun depan nilai kete tu dah jatuh jadi RM70k. Hilang RM10k macam tu jer erk....>_<     Kalau guna pembiayaan bank lagilah sadis. Aku tak mampu....

Check price Toyota Estima recond dalam ww.oto.my. Harga dia erk!!

Lepas tu survey pulak smartphone baru. Dalam dua minggu lepas juga gatal2 jugaklah nak cari smartphone baru. Jadi merata aku survey kat Lazada. Singgah kat kiosk smartphone dalam shopping mall, dekat Maxis center ker Celcom atau Digi. Habis semua tempat aku pusing ahaha. Usha2 tengok rate harga smartphone baru. Plan baru. Jenama baru. Compare sana sini.. Kemain lagi. Mungkin sebab handphone yang ada pada aku ni dah tahap kritikal (since 2012 hingga kini setia handphone tu servis sampai tak boleh nak padam2 skrin tu, menyala jer ke sudah).

Ada harga murah tapi hati macam tak tergerak nak beli huhuhu. 

Nafsu nak beli smartphone baru. Last2 tak jadi pun nak beli.... Pakai je smarphone lama, selagi boleh pakai gunakan jelah. Ianya cuma satu keperluan, bukan kemahuan lagi.

Bak kata Tuan Meor Zaidee, kalau tuan nak beli smartphone cuba derma dulu jumlah wang tu sama dgn harga smartphone. Lepas tu barulah beli. Anda mampu berbuat begitu maka anda mampu beli smartphone tersebut. InshaAllah.

Rupanya berperang dengan nafsu ni agak hebat dugaan dia. Bukan meletihkan fizikal, tapi minda kita, hati dan perasaan.
Sabar dan bertabah... Bertahan selagi boleh. Itu je motto aku setakat ni...
Bulan Ramadhan dah nak tiba, pohon ampun dan kemaafan. Semoga bertambah amal kebajikan.
Harapan semoga ada sinar menanti di hujung hari, ewahh...

www.pinterest.com







Tuesday, May 16, 2017

Email Berhantu....

Kalau bukak jer email ni aku rasa berlambak pulak email yang subscribe. Semua jenis website pembelian online atau tempahan online. Yang email penting2 selalunya tertimbus dalam email2 yang subscribe ni, memanjang je penuh. Rasa semak pula kat mata aku ni. >_<



Email2 berhantu, yang saja nak perangkap duit korang kan! Lazada, Zalora, Shopee dan yang sewaktu dengannya huhuhu. 

Aku tak de rajin shopping dalam talian pun. Paling terbaru ni adalah beli ink printer HP sebab pergi kat kedai2 aksesori komputer dah tak jual ink jenis tu. Kalau nak kena order tunggu lagi seminggu. Mak aiii. Last2 beli kat Lazada jer, dua hari dah sampai. Mudah memang mudah!!

Tapi bila dah membeli banyak pulak email2 subscribe yang masuk. Dah ler jenuh menghadap. Last2 aku unsubscribe jer lah. nanti bila beli lagi muncul balik email2 ni... 


Lepas tu jenuh nak cari button UNSUBSCRIBE dia. Halus benor. Bila dah klik unsubscribe, dia survey tanya macam2 kenape nak unsubscribe hahaha!! 

 I no longer want to receive email berlambak2 tu, semak weii.......







Wednesday, May 10, 2017

Cara Mengawal Kemarahan Diri

Semalam aku terpilih pergi kursus kawal kemarahan hahaha agaknya nak para lecturer poli ni dapat kawal marah kat student dan orang atasan agaknya. Mana tau boleh kurangkan stress kerja kot. Penceramah glamer pernah keluar beberapa kali kat TV pun, Haji Hushim bin Haji Salleh.

Mukadimah kursus- mengenali dan memahami kemarahan....

Kalau marah, semua orang akan marah. Semua pernah rasa marah. Kalau tak pernah memang mustahil sebab kita bukan malaikat. Jadi apakah caranya nak mengawal kemarahan jika berlaku pada diri kita??

1. Jangan marah kecuali kerana Allah SWT

Kau marahkan diri jika kau tinggalkan solat atau posa dengan sengaja. Kau marahkan diri kau sebab suka membazir pada perkara2 yang tak perlu. Marahlah sungguh jika kau asyik tuang masa kat tempat kerja. Buat benda2 yang lagha kan! Hah, marah tu  dibolehkan atas faktor kelalaian kita dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai hamba Allah di dunia ini. Selain tu kalau tengok orang kurang ajar ker macam potong barisan, mengumpat pasal kita atau nak provoke bagi kita marah, jawapan dia- cuba elakkan kemarahan tu. SABAR! SABAR!

2. Mengingati dan mengagumi kebesaran kuasa ALLAH Taala

Mengenangkan kebesaran Allah lebih baik dari mengingati perkara2 yang menyesakkan dan mengundang kemarahan kita. Bak lagu Sheila Majid..

Lihatlah sekitar alam, dunia luas terbentang.  
Langit tinggi kebiruan, pohon2 kehijauan. 
Hembusan bayu yang menyegarkan..... 
Dengarkan di sana sini, beburung riang menyanyi,
Bebunga aneka warna, sumber kedamaian jiwa,
Ku syukuri nikmat Maha Esa.... 

3. Menahan dan pendam ketika tengah marah.  

Yang ni aku kurang setuju sikit. Sebab boleh mendatangkan kesan dalaman pada tubuh badan. Dulu aku tengok sitkom Malcom In the Middle, Malcom ni tahan jer marah bila mak ayah dia membebel. Cikgu marah, adik beradik, kawan2 buli dia. Dia diam jer. Last2 beberapa hari tahan,  Malcom terus muntah darah hahaha. Doktor check up cakap sebab dia pendam marah dan effect pada tubuh badan dia. Takutnyer... Jadikan alihkan kemarahan tu dalam bentuk lain macam pergi basuh pinggan ker (kak Rosliza punya stail), kemas rumah ker (itu aku ler), atau cuci longkang ker. Lagi bagus macam tu. 

4. Berlindung kepada Allah SWT ketika marah

 Beristigfar banyak2 dan ucaplah A'uudzu billah (aku berlindung kepada Allah SWT). InshaAllah akan hilang dan reda kemarahan tersebut. 

5. Diam 

Jangan bercakap bila marah. Berdiam lebih baik. Aku suka bila Che Ta kata tak nak komen bila marah bila wartawan tanya reaksi dia pasal sesuatu perkara atau isu yang provoke diri dia. "Berdiam tu lebih baik lah... Sebab bila kita bercakap dalam keadaan marah ianya akan menyebabkan kita keluaqkankan perkataan yang tak elok nah...".

6. Mengubah posisi ketika marah.

Rasullullah SAW besabda" Jika salah seorang kalian marah ketika berdiri, maka hendaklah dia duduk. Apabila marahnya tidak hilang hendaklah dia berbaring. (HR Ahmad). Kalau sesetengah orang bila dia marah, dia terus baring dan tidur. Well aku nampak kat anak lelaki aku, Umar amalkan macam tu. Bila marah atau protes dia masuk bilik, baring atas katil tau2 dah tertidur. Bangun tidur dia elok jer pastu.


7. Berwudhu atau mandi

Marah umpama api yang dapat mendidihkan darah dan membakar urat saraf. Berwudhu merupakan cara terbaik untuk meredakan api kemarahan. Jika belum reda, maka mandilah inshaAllah akan padam kemarahan tersebut.


8. Memberikan maaf dan bersabar.

Orang yang marah itu selayaknya memberikan maaf kepada orang yang menyebabkan kemarahannya. Cuma aku paham memaafkan memang boleh tapi melupakan memang agak mustahil sebab dalam realiti, dari segi psikologi manusia amat terkesan jika ianya melibatkan emosi dan perasaan. Umpama luka pada fizikal atau tubuh badan. Luka akan sembuh tetapi parutnya akan kelihatan. Jadi kenalah makan banyak2 vitamin E untuk cantikkan balik kulit tu yee!


Ok itulah sedikit sebanyak yang aku boleh share sepanjang sehari duduk berkursus di situ. Rasa lenguh pinggang duduk jer dengar ceramah kan.. >_<

Thursday, May 4, 2017

Cuti Hari Pekerja 2017 || Part 2

Bangun pagi lepas solat subuh, ayah terus turun dengan Ady untuk sarapan pagi kat dewan makan. Sebab jam 8.00 pagi dah start pertandingan memancing. Kitorang turun semua dalam 7.30 pagi untuk sarapan. Budak2 tak mandi pagi hehehe sebab nak mandi di kolam.

Tengah2 makan ada clown datang naik atas pentas, ajak kids naik pentas menari sama dengan dia. Lepas tu dia buatkan belon untuk budak2 ni. Qaireen awal2 beratur nak amik belon untuk dia dan Ilhan. Kakak memang berani :)

Yeah saya dapat belon ada bentuk hati. 

Last2 semua belon budak2 amik bagi kat Ilhan. Semua belon ni pecah sebab Ilhan gigit hua hua hua!!

Dalam jam 8.00 lebih turun ke pantai, memang cuaca sejuk lagi. Belum nak panas lagi. Kali aku bawa hanphone nak amik gambar banyak2. Tapi biasalah handphone dah tahap 'masuk arkib' jadi gambar pun tak berapa clear. 

Umar, Afiq dan Adam main pasir. Lepas tu Kak Lela bawa diorang mandi kolam. 

Susahnyer nak buat Ilhan senyum masa nak amik gambar dia. Banyak2 gambar ni jer dia senyum sikit :)

Gambar dengan ayah pulak.. Payah nak senyum budak ni... 

Setahun sekali kita berkumpul satu family, buat aktiviti bercuti bersama di luar. 

Umar mandi dalam kolam toddler jer. Main slide pun dia tak mau, takut. 

Qaireen, Afiq dan Adam beberapa kali naik turun slide.. 

Main kolam puas2, kat kolam ni dalam dia 900 meter. Umar tak berani mandi sini. Dia mandi sorang2 dalam kolam toddler jer.

Macam2 aksi budak2 ni mandi hahaha. Dah puas berendam dalam kolam, budak2 ni nak mandi laut pulak. Kebetulan air laut pasang pagi ni. 

Hahaha gambar ni macam semua kat situ boys belaka padahal Qaireen sorang je pompuan....

Wan layan Ilhan, nak ajak mandi laut. Aku lupa nak bawa swimsuit dia tapi takpelah. Mandi jelah mak, ada baju lebih hehehehe. 

Eceh ceh langkah setapak, setapak. Nak beranikan diri main air laut..

Dah rasa2 air laut tu confirm nak masuk dalam lagi hahaha.

Hah dah main tepuk2 air dah. Lagipun Ilhan dah mandi laut sebelum kat Cherating jadi dia dah berani sikit nak main air laut. Ombak kat PD pun tak kuat macam kat Pahang. 

Hah tu dia, dah berendam sakan dah. Seronok Ilhan kena tarik dalam air. Amboi2 banyak kali dia mintak Wan buat macam tu. 

Lenguhlah pinggang Wan main tarik2 dalam air. Aku pulak dah takde baju dah, jadi tak turun mandi. Just nak teman pantau budak2 ni mandi jer.. Termasuklah husband. 

Nak amik gambar selfie dengan husband pulak.
Wei awatlah letak belon macam tu ?? Gambar elok2 sikit boleh tak??

Ceh, dia buat pelik2 pulak. Mengarut pulak doh >_<

Oklah, gambar senyum penuh yek. 

Gambar sengih pulak!

Ok gambar jejaka yg serious pulak. 
Aii macam2 lah gambar aksi laki aku ni...

Dah puas mandi2 laut, dalam jam 10.30 pagi kitorang pun naik ke apartment. Mandi, kemas dan siap punggah barang masuk dalam kereta. Jam 11.15 pagi aku pun ke kaunter lobi untuk chek out. Lepas ni kitorang nak pergi ke Pantai Cahaya nak tengok ayah dan Ady memancing kat sana pulak. Mana ler tau dah dapat naikkan ikan beberapa ekor ker, ahaks!!


Pesta Air PD ni termasuk dalam program Festival Negeri Sembilan 2017. 

Fuhhhh nak pergi ke Pantai Cahaya ni pun bukan senang. Mak aiiii banyaknyer kete dan motor. Motor ler tak tahan banyak giler!!. Payah nak drive nak elakkkan diorang yang banyak berkumpul, berlonggok dalam satu tempat di tepi jalanraya. Sesak jalan dan mata aku tengok. Sungguh aku dan husband tak pernah nak datang PD kalau cuti umum atau perayaan. Jenuh nak hadap jem dan sesak manusia yang amat ramai...T_T. Parking pun selit2 tepi jalan sebab dah penuh dah...

Jumpa ayah dan Ady kat tepi pantai. Masa ni dah jam 11.45 am. Tengah counting time lagi beberapa minit lagi masa pertandingan tamat dalam pukul 12 tengahari. 

Dapat tak ikan?? Huh mana dapat, ramai orang. Nak baling joran pun tak de ruang. ish ish ish.. 


Ni pun dah mula susut sikit sebab masa nak abis. 

Kalau pagi2 tadi ayah cakap penuh berbaris batang joran dan manusia. Tengok joran peserta lain mak aii dahsyat betoiii. Panjang enam tujuh kaki. Memang pemancing tegar. Siap pakai baju GP Joran lagi!! "Psiko beb!"kata Ady ahahaha.

Ok, masa dah tamat. Masa untuk naikkan joran dah. Takpelah takde rezeki untuk kali ni. Ok balik rumah dah dah ler panas tengahari, kat tepi pantai pulak. Nanti sunburn pulak ahaha.

Amik gambar dulu sebelum balik, Ilhan dah lentuk tidur taks edar. Penat mandi laut kan. Hah siap ada peserta dah tidur khemah semalam nak mancing punya pasal. Ni gambar last lepas tu bateri handphone aku pun kong dah....

Takpe next year boleh cuba lagi yek. Chaiyok!!

Tuesday, May 2, 2017

Cuti Hari Pekerja 2017 || Part 1

Tahun ni asalnya Hari Pekerja kitorang takde plan nak cuti mana2 pun. Tapi disebabkan mak ajak makan seafood lagi, aku dan husband cadangkan bakar sendirilah mak, mesti lebih syok hua hua hua.

Buat BBQ kat rumah je, nanti kita sediakan bahan2 perap dan tempat bakar. Tapi bila pikir2 balik kalau bakar kat rumah saja macam tak syok pulak sebab budak2 confirm nak seronok mandi kolam ker mandi laut ker. Rumah kami takde kolam pun mia mia mia!

Jadi sekali lagi aku survey kat website hotel kot2 ada kosong ker. Yelah selalunya tima peak camni memang confirm semua hotel PD penuh. Tengok Ancasa Residences kat Teluk Kemang pun penuh, kalau minggu lepas masih ada kosong hehehe. Memang aku pun ada survey2 sebelum tu tapi tak pikir pun nak jadi bercuti...  

Check2 yeh ada kosong lagi kat Glory Beach Resort untuk family besar macam kami ni. Aku tempah dua unit apartment (3 bilik dan 2 bilik air). Satu unit rate dia RM580 termasuk sarapan untuk lima orang. Oklah, sebab tengok review rata2 pengunjung kata hotel ni memang ok pun. 


 Check in pukul tiga petang, macam biasalah bersusun orang nak masuk. 

Tapi aku beratur tak sampai 10 minit pun, kira laju jugak sebab semua kaunter dibuka dan pekerja Glory Beach Resort ni memang cekap. Syabas gitew!! Tak payah tunggu lama terus dapat kunci untuk masuk wow cepat!! Sebab sebelum ni masa nak check in kat AVANI Sepang kami kena tunggu bilik dikemaskan, mak aii lamanya... 

Sebelum tu aku request kat staf diorang supaya unit kitorang bersebelahan sahaja sebab senang nanti nak kumpul makan ker, mandi ker. Staf dia kata ok kami carikan dan terus dapat. GOOD!!

 Ayah dan mak nak bawa budak2 naik atas dulu untuk rehat2. Diorang pagi tadi gerak dari Batu Pahat datang ke rumah aku. Memang penat. 

Aku, husband, kak Lela, Emy dan Ady punggah barang dalam kete. Naik atas je ayah tengah rehat tonton TV, besar juga hall dia sebab ini unit end lot. Kira family aku termasuk mak ayah duduk di unit ni, family Ady termasuk Emy duduk di unit sebelah. 

 Jam dah pukul 4 lebih, tunggu azan untuk solat Asar dulu. Lepas tu baru bawa budak2 ni turun mandi kolam. 

 Bilik utama.

 Bilik kedua. Ada dua katil single. Dan bilik ketiga ada satu katil single. 

Lepas tu Emy datang mintak nak tidur kat unit ni ler sebab bilik yang sebelah tu kecik sangat. Hehehe kesian dia sebab baru lepas shif malam, tak cukup tidur lagi. 

AKu pun suruh Umar tidur dengan sepupu dia, Afiq dan Adam kat sebelah. 

Umar pun angkat beg terus masuk rumah sebelah. Suka ler dia dapat tidur sama2 dengan cousin dia. Boleh ler Pak Su kamu tidur dengan aman hua hua hua..  Lepas solat terus budak2 ni turun mandi kolam. Mandi sampai kecut. Sorry takda gambar, aku turun tak bawak apa2 pun. 

 BBQ time!! Bakar kambing dan otak2 dulu.

Malam tu pulak buat BBQ. Kalau nak BBQ di Glory Beach Resort kena booking di Karah Cafe. Nanti diorang sediakan meja dan kerusi termasuk peralatan untuk BBQ. Bayaran RM120.00. Arang diorang bagi dalam 3kg dan api pun diorang tolong nyalakan. Kan senang kan!!

 Lepas tu bakar udang, sotong, ketam pulak. Mak ayah singgah beli kat Parit Jawa, Muar on da way nak datang sini. Rasa manis udang dan ketam tak payah bubuh garam atau kunyit. Sebab fresh betul dari jeti kan. 

Bakar bang bakar!! Gigih husband membakar makanan sampai tak duduk2 dari tadi. Habis BBQ baru ler dia rasa lenguh >_<

 Makan time. Sesak sikit sebab malam tu hujan tak jadi nak buat kat tepi pantai dan taman. Kena buat bawah hall dia. Jadi ada lima ke enam group membakar di situ!! 
Kita bakar! Kita bakar!
Aku dah semakin gemoks T_T


Settle bakar dan bbq dalam jam 10 malam. Kenyang, kemas2 barang dan pulangkan set tu pada pekerja hotel. Kemudian budak2 ni naik atas mandi dulu sebab diorang main pasir kat pantai. Penuh rambut dengan pasir , adoiii.. Ilhan pun dah mengantuk, meragam nak tidur. 

 Ayah tengah setup alatan memancing dia. Petang tadi dia pergi mendaftar kat Pantai Cahaya. Besok pertandingan start jam 8.00 pagi sampai 12 tengahari. Jadi kena gerak awal2 cari port yang baek punya nak mancing keh keh keh. 

Ayah cakap dah ada orang pasang khemah tidur kat situ, wah semangat betul!! Confirm sesak batang jorang kat situ. Jangan berselirat sudah!!


  Pancing dah ready, satu untuk ayah. Satu lagi untuk Ady. Dia pun nak join jugak. 







Jejalan Hujung tahun di Cameron Highlands

Hari last day kat Taiping sebelum balik, mak buat pulut kukus. Pakai daun pisang. Macam pulut pangang tapi ni kukus sahaja, kosong tiada int...