Wednesday, September 28, 2022

Pesta Royal Floria Putrajaya 2022

Pada 31 Ogos 2022, adalah Hari Kebangsaan Malaysia yang ke 65, jatuh pada hari Rabu.  Sebab cuti umum, maka kami pilih untuk ke Putrajaya sebab ada Pesta The Royal Floria Putrajaya selama 10 hari berlangsung dalam minggu ini. Macam biasa, setiap kali ada pesta Floria, mesti kami akan hadir. Umar dan simpan tarikh2 penting dan selalu ingatkan aku nak pergi sana hahaha.

Kitorang gerak dari rumah pagi2 sebab nak sampai jam 9.00 pagi. Pesta Floria bermula 9.00 pagi sehingga 10.00 malam. 

Tepat 9.00 pagi kami dah sampai Putrajaya, masa ni lapang juga kereta tak banyak lagi tapi dah bersusun masuk cari parking. Orang pun dah beratur nak beli tiket. Mujur kali diorang buat kat Anjung Floria, bukan kat Taman Botani yang sebelum ni. Senang nak cari parking dan tak terlalu jauh wei nak menapak huhuhu. 


Konsep floria kali ini adalah ORKID ya. 


Macam2 Orkid yang dipamerkan, ada pertandingan dibuat. Banyak penyertaan yang masuk dalam pertandingan ini. 

Pertandingan daripada peserta antarabangsa. 

Macam2 rekabentuk bunga orkid yang dipamerkan. 

Pokok Bonsai pun ada. 

Ilhan terpaku tengok bunga-bunga yang bergantungan hahaha. . . 

Ni hah, tak tau macam pulak futuristik rekabentuk dia. 

Menariknya taman mini ni. Tak payah nak siram ke baja, boleh hidup dengan sendirirnya. Cycle apa yang tumbuhan tu produce sahaja. 

 Ok tadi kita tengok yang dalam pameran dalam indoor sahaja. Sejuk sahaja, sebab ada penghawa dingin kan. Lepas tu  kita berjalan kat pameran outdoor pulak. Kat luar lagi berlambak pokok -pokok orkid. Banyak jambangan-jambangan orkid kat luar tu. 

Umar dah sibuk ajak beli pokok orkid, kita jalan2 dulu. Dah abis pusing nanti baru pergi kat booth jualan pulak. 


Muka kepenatan pusing2, tak makan lagi. Nak jalan  sekeliling tu pun macam tak larat dah hmmm.

Jalan punya jalan, perut rasa kelaparan pulak. Yela tak makan lagi tapi nak jalan2 pusing. Anak2 muka semua tak semangat lagi. Ok kita makan pagi dulu lah. CAri food truck ada port kat situ letak gerai-gerai makan. Ada gerai tu bagusnya jual macam2 makanan yang anak-anak kecil suka makan. 


Sarapan kami pagi tu, nasi lemak, begedil tauhu, spaghetti bolognese, roti garlic dan sup ayam.  

Qaireen nak sandwich. Lepas makan nak juga tambah roti garlic dan sup. Hm belilah semntara ada tempat duduk untuk makan ni. Tempat duduk terhad, jadi kena menunggu tempat yang ksosng. Tapi syoik sebab dekat tasik hehehe. 

Sedap nasi lemak dia. HArga makanan dia semua ok2. Tak mahal macam kat MAHA. Sedap pun iya. Terbaik!!



Budak ni dagu dia berjahit sebab semalam terjatuh terkena kabinet opis aku. Terpaksa pergi hospital.
Nasib baik hari ini Ilhan ok dan ceria. 



My husband harga dia RM5000 ya hehehe.



Paling cantik dan eksotik ialah taman Negeri Terengganu, vibes dia memang lain. Banyak syoik masuk sini. 

Excited Ilhan nak naik titi ni. 


Taman ala-ala puteri Hang Li Po gitew. . .




Pergi jeti tapi tak naik bot pun. Tengok je. Masa ni dah panas giler, dah nak tengahari. 

Bnayak bunga kekwa, warna trang dan garang. Cantik2 belaka. 



Cantik bunga-bunga ni susun dalam taman tu. 


Try main Xylophone 

Nak naik atas tapi ramai orang pulak. 

Hasil rembatan Umar di Floria, dua pokok Orkid. Harga RM50.00

Warna merah

Warna oren. HArap dua2 pokok survive ya hidup lepas ni hahaha!!

Dalam pukal 12.00 kita pun gerak balik ke Seremban. Kira oklah sampai jam 9 pagi dan target tengahari selesai jalan2. Cukuplah 3 jam jalan2. Lagipun orang makin ramai datang. Cuaca pun dah panas mengila. Next dua tahun lagi kita datang ya. InshaAllah


Ramadhan 1445 Tahun 2024