Friday, May 23, 2014

Renovation Rumah 3-Perihal Kabinet Dapur

Minggu ni benar2 mencabar. SEBAB APA? Hari selasa kami suruh ID datang ukur dapur kami sebagai finalised ukuran kabinet yang dibuat.

Sampai je rumah, Decksen (staf Poh Seng ID) bagitau hood kami ada masalah nk buat sebab terlalu jauh dari dinding rumah yang luar. Yela kami dah tambah belakang buat wet kitchen jadi hood dan ducting paip akan jadi jauh dan panjang.


Jadi kena panggil Ah Kong Kontraktor rumah tengok macamana nak buat. At last kami decide tak jadi letak dapur hob dan hood kat dalam, dry kitchen. Kita letak dan pasang je lah kat wet kitchen sudah. Oven pasang kat dry kitchen saja. Memang dah jadi betul2 dry kitchen huhu



Dan tiles pun dah mula dipasangkan pada dinding di dapur basah.


Kemas jugalah uncle ni buat pasang tiles. kira puas hati tengok hasil kerja dia.


Wiring pun dah siap untuk pasang hood, juga tambah beberapa plug untuk dapur basah.


Memang pilih tiles warna cerah, sebab nak bagi dapur nampak terang. Mujurlah tepat pilihan masa Ah Kong bagi sample aritu.

Update: Perihal kabinet dapur kami yang dah siap bolehlah pembaca baca di sini. :)

Thursday, May 22, 2014

HAPPY - LIFE




Apa Niche anda??

Saya tahu, ramai yang mengajak saya untuk membuat business sekian2 dengan produk sekian2... saya ada ceritakan di sini dahulu, dan tulisan ini juga mendapat rating yang paling tinggi bacaannya setiap minggu..

Mostly akan akan kata sebab saya suka berniaga, pandai buat business :') Jadi kalau boleh buat peluang niaga yang lain pula. Kata mereka lah..

Terus terang lah sebenarnya saya bukan pandai bisnes... saya tak de pun minat melampau pada bidang perniagaan! sebab tulah saya masih lagi berpegang teguh memegang jawatan hakiki, makan gaji lah senang ceritanya.

Kalau orang yang berniaga ni bersungguh2 dia akan fokus perniagaan yang dibuat sepenuhnya. Buat perniagaan all out, ada yang sanggup berhenti kerja untuk fokus perniagaan. Bukan sekadar berniaga 'geli-geli' sahaja...


Jadi jangan kata saya ni suka berniaga dan pandai berniaga sangat yek... Saya biasa2 sahaja. Cuma satu je yang nyata, saya suka dan gembira dengan apa yang saya buat. Dan hanya dua ini sahaja menjadi NICHE saya. Pendidikan dan perniagaan sampingan (Tupperware serta Hai o Marketing). Jadi saya cuma fokus dan istiqamah-buat berterusan dalam bidang ini sahaja sampai bila2..


Kalau bulan lepas saya all out buat Hai O Marketing produk, bulan ni saya akan buat untuk Tupperware pulak. Jadi masakan saya ada masa nak buat all out perkara lain sebab saya sendiri ada amanah lain yang lebih berat perlu dipikul - keluarga dan pelajar2 saya :)


Jadi kalau buat sesuatu nasihat saya jangan buat sekadar GELI-GELI SAHAJA yek. Itulah niche kita, maka fokus dan buatlah dengan sepenuh daya dan usaha. Yang untung pun kita juga kan...

Komisyen saya bagi bulan April 2014


komisyen husband, sy beli melalui nama dia. Jadi ini memang usaha saya membuat jualan sendiri. Bukan bergantung downline walaupun ianya MLM. 
Anda buat anda dapat.

APAKAH NICHE ANDA??



Hari Projek Akhir Pelajar PNS dan PoliPD || 2026

Hari Khamis, 24 September 2026, berlangsung Hari Innomex 2026 JKM di Politeknik Nilai. Aku sebagai Supervisor untuk group student projek sen...