Thursday, April 10, 2014

Renovation Rumah 1

Dapat pilih kontraktor untuk renovate dan sebut harga dah dipersetujui. Sudah dua minggu berlalu jadi adalah perubahan sedikit demi sedikit pada rumah. Minggu pertama, kontraktor dah bukak cermin dan pintu sliding door kat bilik bawah dan atas. Kemudian pekerja dia dah start ikat bata.


Cermin dan pintu gelangsar dah dibuka.


Ruang dinding bilik bawah dah jadi kosong bila semua cermin dan sliding door dah bukak. Jadi korang bayangkan ler berapa banyak kami nak pasang gril sepanjang kawasan bercermin tu. Dah macam penjara jadinya nanti. 


Jadi solution dia buakak semua cermin dan naik je bata. Pasang tingkap dua pintu untuk pencahayaan dan pengudaraan.


Minggu kedua bahagian belakang dapur dah mula naik bata juga. Ikutkan sebenarnya aku dan suami mula-mula plan nak pasang grill saja. Tapi tukar fikiran, terus tutup semua. Lagi jimat rupanya dari pasang grill.

Asalnya belakang rumah adalah seperti di atas. Kira dah ada asas bata dan dinding.



Kami tutup semua dan buat dua pintu dan tingkap. Kira belakang ni dah jadi wet kitchen dan tempat mesin basuh sekali.

Frame pintu dah pasang, kontraktor Ah Kong bagi free dua pintu nyatoh kat kami. Hm dia pun sudah untung banyak dapat projek sekitar BSS ni. 

Mulanya kami nak buat ikut prosedur, tapi Ah Kong memang lambat. Nak design pastu dapatkan kelulusan dari Majlis PErbandaran Nilai. Aku ingat nak balik BP nanti nak mintak kawan ayah tolong lukiskan plan rumah. Tup! Tup! petang kelmarin dah dapat surat saman dari MPN hahaha. Satu untuk owner rumah, satu lagi untuk kontraktor. Baru jer terfikir, dah dapat.  Tapi cepat-cepat kami bayar di MPN, jauhnyer. Kalau kat Seremban dekat sikit. Sebab BSS dah termasuk dalam kawasan MPN. Dapat diskaun dari RM500 jadi RM200 sahaja.



Dan bila balik rumah sewa, tengok ada majalah City Explorer sampai. Rutin tiap2 bulan diorang hantar sekitar Seremban. Aku tengok sekali lalu jer cover depan. Poh Seng ID jadi cover tu..  (kami ambil dia untuk design kabinet dapur). Lepas makan malam, capai majalah tengok. Tapi bila zoom tengok betul2 hah terkejut mak... Aku duk tenung berapa kali. Betul ker??

Kitchen cabinet Tritonix!!

Design kabinet dapur kami boleh pulak dia published dulu dalam majalah tu. Pulak!! Sabor jelah. Dah tiga kali datang ubah dan bincang design akhirnya dah setuju design dan kaler mcm tu. Eh tak sangka dia boleh keluarkan dulu published tanpa kebenaran aku grrrrr.

Tapi takpe lah. Harap design dapur yg tak seberapa boleh jadi inspirasi atau idea org lain. Mana tau kan...hmm

Dan terbaru tentang perkembangan renovation rumah ni boleh klik di sini.



12 comments:

  1. Salam..bole saya tau contact no kontraktor?

    ReplyDelete
  2. Salam nak tanya. Kalau dh kena saman, kena buat approval lae or x perlu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, sepatutnya kena buat kalau ikut peraturan :)

      Delete
  3. assalam..nak minta no telefon kontraktor leh x? die mmg uat area seremban eh??

    ReplyDelete
  4. assalam.. nak tau knp pilih Ah Kong sebagai kontraktor? tq

    ReplyDelete
  5. Salam... saya baru pas reno rumah saya... area paya rumput melaka... rumah semi d single storey.. 30x48 build up... 40x85 total keluasan... besar la gak.. banyak cermin plak tu :)
    Nak share pengalaman.. scope reno : cornice utk ruang tamu n dry kitchen, kitchen cabinet plus tall unit utk dry kitchen (agak luas), table top for wet kitchen, wiring plus installation termasuk auto gate wiring & door bell, tv panel, tv hanging kabinet, grill utk satu rumah, tambah tembok batu kat wet kitchen plus pintu besi... saya survey 5 contractors... quotation average rm40k.. but finally saya jumpa ah keong... quotation dia cuma rm27k... rumah saya dh 80% complete.. keje kemas... contractor dia pun sume jenis tua2 n experience... ramai gak teman ofis saya dh start mintak quotation dari dia... rasa nak share cuz price dia sgt bagus plus keje pun kualiti... dia cover area melaka seremban hingga ke kl... bley minta quotation for free n compare dgn kontraktor lain... manela tau bley save $$$ :)
    if nak more detail, bley pm saya... 0165444303...saya bley share skali pix umah saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. En zainal.. Ah keong tu buat area mana..ada no contact dia tak

      Delete
  6. Salam, macamana nk kurangkan saman MPN dari rm500 ke rm 200 tu...?

    ReplyDelete
  7. assalam...saya pn gunakan ah kiong n untuk renovate rumah di seremban...dapat no pn dari blog n,harga berpatutan...renovate carporch ah kiong bagi harga 25500,lagi 2 kontraktor harga cekik darah 38k...progress kerja saya akan update disini untuk perkongsian bersama

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah kerja ubahsuai dh siap 85%....kerja kemas dan harga berpatutan....t.kasih puan hasny jalil atas perkongsian di blog ini... kepada siapa2 nak gunakan servis ah keong n untuk ubahsuai rumah area seremban boleh la dapatkan no kt atas

    ReplyDelete

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...