HAYATILAH LIRIK INI.....HATI EMAS MEMANG SUKAR DICARI
HATI EMAS
Berjalan di tanah gersang
Mentari mencekam dada
Debu-debu di jalanan
Menjadi teman setia
Tiada lain tujuanku
Hati emas yang ku cari
Kisahnya di hujung dunia
Mengapa tak ku temui
Oh! terdengar suara halus
Bagai dengar dan menghilang
Katanya pulanglah oh! anakku
Ia tiada di sini
Kembara
Puas sudah ku mengembara
Ke mana perginya oh! cahaya
Mencari hati emas bukannya mudah
Di masa kini adakah kau peduli
Mungkinkah dikau miliki
Hati emas murni suci
Inginku menjadi sahabatmu
Hingga akhir hayat nanti
Kembara
Puas sudah ku mengembara
Ke mana perginya oh! cahaya
Mencari hati emas bukannya mudah
Mungkin selamanya takkan aku temui
Monday, November 19, 2012
Friday, November 9, 2012
HASIL DAPAT BILA BERCUTI!!
Semalam melepaskan penat bekerja dengan ambil cuti dan pergi berjalan2 ke Melaka. Penat ler asyik menanda kertas pelajar sampai pukul 2 pagi huhu. Nak muntah dibuatnya ;p
Dan jalan-jalan tu....
hah ini lah makan nyer!!
Dah jadi penguna setia Clarins since 2009. Sejak bersalin anak pertama kulit muka selalu kering. Dulu pakai Loreal masa student tapi lepas tu macam tak jalan. Husband pun kata kena tukar yang lebih ok. Ma
Jadi saya survey ada dua jenama sama ada produk Clarins atau Biotherm. Clarins produk 100% berasaskan tumbuhan. Biotherm berasaskan dari bahan mineral bumi.
Belek majalah Wanita rasa jatuh hati pada Clarins. Bila masuk ke butik Clarins di Spring Kuching rasa harum dan tenang. Daftar jadi ahli dan beli 1 set dkt rm700. Tapi memang terbaik! Berbaloi-baloi
Bila pindah ke semenanjung dekat 6 bulan tak guna Clarins. Ganti guna pakai Nutrimetics sebab dijual kat tupperware BC hehehe. Tapi kulit kembali pada asal. Kering dan mengelupas sbb sini cuaca panas kering huhu. Tak sempat pergi kaunter Clarins. Husband kata kena guna Clarins balik....Lastly akhirnya singgah juga dan beli :) Habis dekat RM400 je beli dua barang! Beli pencuci muka dan serum je pon sebab muka dah kering bebenor!! Pencuci muka pun harga RM92. Kat Sarawak mahal skit je RM98.
Yang lain-lain tu dapat lah free sebab dah jadi ahli lama kan bagiler gift sikit, hehehe.
Dan sempat sambar satu minyak wangi sekali :p
tapi best sebab tak usik duit gaji. i just used my passive income...
LOVE IT!
Friday, November 2, 2012
HOW TO MANAGE MY CASH FLOW
Saya mula bekerja ketika usia 21 tahun di utara. Tempat pertama saya posting ialah Politeknik Kulim (sekarang dikenali Politeknik Tunku Sultanah Bahiyah). Gaji basic saya dapat ialah RM800++. Hahaha memang terasa lucu dan pelik bila gaji seorang pensyarah sebegitu. Tetapi gara-gara ada masalah pengiktirafan di tempat institusi mengheret kami masalah tersebut. Dan hampir setahun baharulah masalah tersebut selesai. Syabas pada Kuittho(UTHM) yang peka pada hal tersebut.
Dulu ketika mula-mula bekerja saya pernah cuba menyimpan dan melabur. Sasaran saya ialah simpan RM500 sebulan jadi saya target ada RM10k dalam masa 3 tahun. Walaupun bujang memang tidak mudah. Memang betul gaji digunakan untuk makan hari-hari. Saya nekad untuk futher study supaya dapatlah upgrade diri dan kerja saya. Kadang-kadang dapat target dan kadang- kadang tersasar jadi simpan kurang dalam Rm100. Kadang-kadang bila terdesak keluar lah jugak 1k-2k sebab-sebab tertentu.
Dan bila penghujung 2005 saya dapat sambung belajar. Simpanan masa tu hampir 12k setelah berhempas pulas jimat nak menyimpan. Bila saya pulangkan duit jabatan (saya memegang kawatan bendahari) saya telah berbincang dgn mantan KJ saya tentang penyerahan tugas. Kami mengira sama-sama duit pelajar yang saya pegang hampir 9k ketika itu.
"Agak-agak kalau tiga tahun boleh ke simpan duit sampai 10k macam ni" Dia bertanya sambil mengira.
"Boleh!" jawapan terus dari mulut saya tanpa saya sedar. Dan baru saya sedar jawapan saya tu mengejutkan dia.
"kira Hasny dapat simpan lah banyak tu?"
"Tapi saya bujang bos. Mungkin tak de tanggungan. Tapi kena betul-betul disiplin".
Gaji cukup nak bayar kereta ayah, bagi mak sikit2. buat belanja duit minyak makan minum.
Gaji cukup nak bayar kereta ayah, bagi mak sikit2. buat belanja duit minyak makan minum.
Dan duit simpanan itulah saya buat untuk menyelesaikan segala perbelanjaan pengajian saya tiga tahun di UTHM. Saya tidak membuat PTPTN sepanjang saya belajar diploma dan ijazah. Syukur kerana tidak terhutang membuat pinjanman walaupun hampir2 dah nak hantar borang tersebut. Tetapi memikirkan gaji yang naik mungkin tidak akan banyak dan terpaksa membayar pinjaman menyebabkan saya tidak jadi mengambilnya. Dengan gaji separuh (pekeliling bagI k/tangan awam menyambung peringkat ijazah hanya layak terima gaji separuh sahaja) itulah saya berhati- hati membuat perbelanjaan.
Dan ironinya saya dapat membeli kereta saya dengan tambahan simpanan campur jualan kereta kelisa emak. Dan saya juga berkahwin ketika belajar dengan tidak berhutang mana-mana bank. Begitu juga dengan husband. Kami menyimpan dan mengunakan bonus simpanan secukupnya membuat belanja kahwin dan juga biasiswa untuk meneruskan pengajian saya di universiti.
Dan sekarang saya dan suami bebas daripada PTPTN dan pinjaman bank untuk perkahwinan. Syukur alhamdulilah. Langkah bijak yang suami ambil melarang saya mengambil PTPTN kerana kenaikan gaji tidaklah sebanyak mana.
Tetapi selepas berkhidmat semula untuk target menyimpan dan melabur 10k dalam 3 tahun agak sukar tercapai sekarang kerana saya sedar kadar inflasi meningkat berbanding tahun 2002 ketika saya mula bekerja dulu. Saya berasa hairan kerana kesukaran untuk melabur sedangkan gaji meningkat setiap tahun. Tapi simpanan untuk tabung haji, insurans untuk diri , suami dan anak2 dapat kami lakukan dengan konsisten. Tiada masalah kewangan.
Bila saya baca buku Robert Kiyosaki - Manage Your Cash Flow, sebagai employee- golongan makan gaji untuk melabur adalah satu risiko kerana 75% gaji digunakan untuk membayar bil. Kerana itu dia menggalakkan golongan employee membuat bisnes dan gunakan keuntungan untuk simpan dan melabur.
Hanya keberanian sahaja perlu untuk mencuba dan jika saya ragu2 dan tidak mahu menanggung risiko tentu saya tidak jadi seperti diri sekarang. Be smart planning my FAMILY FUTURE..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Trade in Filter Cuckoo baru 2024
Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...
-
Kalau diorang balik dari sekolah sampai rumah kadang2 tu adalah beberapa minit sebelum pukul 7 petang. Jadi budak2 ni sampai rumah tak masuk...
-
Kalau balik Batu Pahat mesti nak sarapan perkenakan mee rebus ke lontong sate kan. Memang tulah yang akan dicari kalau pagi2 ni bila dah ada...