Thursday, March 17, 2022

Tahun 2022, dapat positif Covid

Lama tak update blog. . . 

Sebenarnya aku dalam Pasca Covid, lepas habis kuaratin selama seminggu di rumah. Memang tak sangka, bermula Covid dari tahun 2019 sehingga tahun ini 2022, akhirnya aku dapat positif pada awal bulan ni. 

Walaupun banyak kali orang cerita jaga SOP, jaga diri nak elakkan dari terkena Covid, tapi akhirnya terkena juga tapi bagi aku punca dapat virus ini pun atas kekhilafan aku juga. 

Puncanya aku tak patuh SOP. Jumpa sekejap jer dengan rakan sekerja bincang tentang penyusunan untuk makmal praktikal pelajar, waktu tu rakan kerja aku datang mengejut. Jadi aku tak sedia, lupa nak pakai pelitup muka (face mask). Tapi aku rasa kami berbincang pun tak lama dalam 10 minit sahaja. 

Kemudian lepas tiga hari, tetiba Ketua Jabatan maklumkan rakan kerja aku tu positif covid. Alamak!! Aku pun dah mula rasa berdebar, sebab sepanjang minggu aku bekerja memang aku jumpa dia seorang sahaja di waktu pejabat. Selebihnya aku duduk bilik sendirian, cuba elak tak berjumpa sesiapa sebab langkah berjaga2 kan. Covid jenis Omicron tengah mengila sekarang ni, sesiapa sahaja di tempat kerja kami ramai dah terkena. 

Lepas tu aku pun mula dapat simpton2 yang ke arah kovid ni hah. Deman panas, sakit tekak nak bernafas pun susah, dada tu rasa macam ketat kau, ntah berapa banyak aku lumur hidung aku dengan vicks. . . Sesak nafas. Makan panadol jer, badan mesti basah berpeluh sebab kebah. Lepas tu berapa jam jadi balik.


Lepas aku update status kesihatan ada deman, batuk dan sakit tekak maka dari CONTACT CASUAL dah tukar jadi jingga pulak. Close Contact With Symptom

Jadi aku kena buat self test sebab nak sahihkan adakah aku ni positif covid atau tak?
Actually aku buat juga Saliva test kit tu, tapi mesti negatif haha tak tahu mungkin sebab aku tak pandai meludah haak tuiiih! Hehehe


Akhirnya pagi tu jam 9.00 pagi aku serah diri jelah ke Klinik Kesihatan Seremban, buat jelah test kat sini. Habis kalau buat sendiri negatif jer, baik check kat sini. Aku tunjukkan je status aku dalam My Sejahtera pada petugas. Lepas daftar tunggu jelah untuk buat RTK test depan tu. 

Dalam sejam kemudian, makmal klinik dah siapkan peralatan. Jadi tunggu nama kena panggil untuk pegawai kesihatan check

Ramai juga yang beratur tunggu nak masuk dalam, tapi dia buat sekejap jer. Aku rasa ni kali ketiga hidung aku kena jolok huhuhu. 

Balik rumah, petugas cakap tunggu dalam beberapa jam lagi KKM akan update status kita dalam My Sejahtera result test nanti. Kalau negatif, status jadi birulah. Tak perlu kuaratin. Kau rasa aku dapat result apa yek ahaha. Dekat bawah ni dah tau dah jawapan dia!!


Yeler, aku dapat positif. Result keluar jam 1 petang tu. Kategori dua sebab simpton aku banyak juga tapi sederhana. 


Dan maka bermulalah Home of Surveillance (HOS) aku ni. . . Tujuh hari hmm...


Masa kuaratin aku deman beberapa hari, tekak sakit dan bengkak. Mata merah je sebab panas. Duduk ler dalam bilik sorang2 sebab tak nak berjangkit satu keluarga huhu. 

Malam susah nak tidur sebab batuk-batuk, mujur ada ubat batuk. Telan jer kalau tak memang tak boleh tidooo. . Bilik kuaratin aku nk pilih duduk kat bilik bawah, sebab senang aku nak makan atau minum. Time anak2 dah naik tidur baru aku keluar minum dan makan. Kalau tak, aku terpaksa makan dalam bilik. 

Si Ilhan sibuk nak masuk bilik, jadi mengintai je kat tingkap nak bercakap dengan ibu hehehe. 

Husband masakkan nasi goreng untuk kami makan. Sorrylah off beberapa hari tak memasak. So kena carilah makanan kat luar. Boring beli luar, husband akan masak. Masak simple2 sahaja.
 
Makan pagi - sardin roll dan teh masala. Rebus dalam teh tu bunga cengkih, halia banyak2.


Husband buatkan air lemon direbus dengan bunga cengkih. Kita campur madu. Mak aku yang suruh buat, minum hari2!! Ini sebab nak legakan pernafasan. Tapi aku rasa macam legakan usus jer ahahaha!!

Hari ke empat barulah rasa ok sedikit, segar sikit nak buat kerja. Tapi tak berani nak bercampur dengan anak-anak. Tapi alhamdulilah sehingga ke hari ni, husband dan anak2 tidak terkena jangkitan covid. Syukur, aku sorang sahaja yang merasa. Tamat jer kauratin 14 Mac aku dah sihat tapi masih rasa sakit2 sengal2 pad badan. 

Dahsyat juga penangan kobid ni, walaupun dah lengkap vaksin dan booster. Rasa macam kepala ni biul2 bodoh je lagi. Nak tengok nombor dan baca yang panjang2 pun aku malas. Tak boleh nak hadam. Kepala berat lagi. Jadi memang kena banyak rehat dulu. Semput ko. . . 












No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...