Showing posts with label SEMINAR. Show all posts
Showing posts with label SEMINAR. Show all posts

Tuesday, October 21, 2014

Seminar SolidWork di Adtec,Melaka

Hari ini Selasa 21 Otober kena pergi Adtec Melaka kat Alor Gajah untuk Seminar SolidWorks di sana. Bagus KP aku, nak mudah transport dia suruh je laki bini pergi sekali. Mujur student poli dah start final exam.

 Untuk peserta pensyarah dari politeknik ada 3 wakil. Dari poli Merlimau, Kota Melaka dan Port Dickson. Yang lain2 adalah dari institut Mara iaitu ILP, IKM serta Utem dan KV.

Last time aku guna software Cad ni masa aku amik degree kt Uthm. Confirm lupa dah!
Husband ada juga ajar di Poli Kuching. 

Solid works bagi aku memang bagus untuk student manufacturing. Memang mudah dan cepat kalu nak buat drafting, design dan FEA. 


Tapi mostly institut guna Autodesk software mcm autoCad dan Inventor sebab industri lebih prefer guna perisian itu. 

FEA. Macam2 ada. 

Seminar tamat jam 1.00 petang. Penyampaian sijil. Makan Tengahari dan bertolak balik ke Seremban hehe tak masuk poli dah. Terus balik rumah. Hujan lebat..

Sekian.. 


Monday, June 2, 2014

Unleashing your wealth seminar

Nak belajar dari orang Cina?? Yup, 31 Mei 2014 penutup bagi bulan tu aku menghadiri satu seminar yang dianjurkan oleh Freeman di UEM Traning Center, Petaling Jaya. Seminar ni aku dapat tahu di blog Cik Rohaniah dan berminat nak sertainya. Sebab aku nak tau juga macamana orang Cina punya stail dan strategi dalam pelaburan.


Bayaran RM57, dan bermula dari 9.30 pagi hingga 6 petang.Aku mula2 janji nak datang dengan kak ipar, tapi last minute kak ipar tak jadi sebab nak balik kampung. So nak tak nak datang jela sorang2 hehe.


Sampai awal, daftar dan dapat peta. Treasure map tu hehe. Peta terbaru tentang property yang ada di Klang Valley. Pintu dibuka 9.30 pagi, jadi admin suruh kami minum kopi dulu kat cafe. Tengah minum kopi aku sempat berkenalan dengan seorang aunty ni, Lilian. Manager dan ejen insurans. Husband dia pun turut serta, kena paksa kata dia :)


Peserta Full House, lebih kurang 100 orang. Tapi mostly ler orang Cina. Kalau Melayu aku kira datang dalam 6 orang jer. Kemudian ada juga bangsa India tapi tak ramai. Kerjaya semua hebat-hebat ada engineer, ID dan kebanyakkan ada business sendiri. Kerja gomen aku rasa aku sorang je kot hahaha!!


9.30 pagi start dengan segmen pertama-speaker Bowie Tan yang turun dari Johor Bahru semata-mata untuk berkongsi dalam pelaburan di wilayah Iskandar. Sesi buka mata nampaknya, ramai buat spekulasi Iskandar oversupply tapi macamana kita nak nilai 'gems' di dalam banyak2 property yang dibangunkan oleh developer ni.



Memang menarik sepanjang perkongsian yang didedahkan oleh Bowie. Dia dan team banyak buat study tentang Iskandar. Dan dia anjurkan dua hari lawatan ke Iskandar wilayah dalam bulan ni kepada peserta yang berminat. Harga pakej tersebut RM997.  Dan lebih 10 orang Chinese yang mendaftar untuk lawatan tersebut. Aku rasa ramai lagi yang berminat tapi diorang tunggu sehingga program habis. Sebab kebanyakkan yang datang untuk mendengar talk daripada Michael Tan, property investor yang terkenal dikalangan Chinese.



Tamat segmen pertama, masa untuk lunch. Makan tengahari disediakan. Sebelum makan, Michael Tan bahagikan kami beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan diberikan seorang ahli kelab Freeman untuk berkongsi maklumat tentang property investor

Segmen kedua ialah daripada Michael Tan, no money down. Camne nak pastikan tiada wang akan dikeluarkan banyak untuk pembelian hartanah.

Kemudian apakah yang kita ingin dalam pelaburan, adakah anda mahu jadi jotawan. Nak jadi jutawan berapa juta yang kita perlukan kalau kita mahu?? Di sini Michael menyedarkan kita, tanpa ilmu dan hartanah, jutawan pun akan jadi muflis. Ini yang dia alami selepas perniagaan dia berjaya dalam dua tahun dan menjadi jutawan. Akhirnya tahun ketiga diistiharkan bangkrap dan hilang wang sekelip mata.

Memikirkan berapakah wang yang kita perlukan sebenarnya dan adakah ianya mencukupi setelah kita bersara dan hingga kita meninggalkan dunia. Adakah kekayaan itu dapat diwarisi dan dinikmati oleh legacy kita. Dan kuta tergolong pada investor mana, sama ada untuk beli dan keep. Atau beli dan menjual??

Wow, kata2 Michael membuka mata ramai orang sebenarnya, dan aku rasa seminar berbeza sedikit dari seminar2 aku pernah pergi. Michael juga mengupas tentang ekonomi negara dan GST. Apakah strategi dan tindakan yang perlu kita sedia hadapi untuk kegawatan ekonomi.


Totally bila tamat aku berasa puas hati dengan perkongsian Michael dan Bowie. Mereka tekankan bertindak dan melabur berkumpulan adalah lebih pantas dan boleh pergi jauh lagi, jika dibandingkan bertindak secara individu atau partnership. Ada tawaran pakej untuk coaching secara personal dan melabur dalam kumpulan dia tapi harga yuran diberikan rm4k wow!! hahaha. Tapi ada yang ambil, ramai juga.

Aku tak ambil pun pakej tu pun. Cukup dengan bersama DSR saja. Aku datang sekadar nak cari ilmu tambahan. Alhamdulilah, aku bertambah fokus dan faham apa dikatakan pelaburan secara berkumpulan.


Friday, November 1, 2013

SEMINAR WANG DAN HARTANAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Minggu lepas merupakan minggu yang sibuk sebab tiada waktu free masa weekend..... Pagi-pagi dah keluar rumah ke Cyberjaya. Hari Sabtu dan Ahad (26 dan 27 Oktober 2013) saya telah mengikuti Seminar Taiko Rumah Lelong dan Seminar Wang dan Hartanah anjuran sifu Cik Rohaniah Noor dari PropertyWaltz.com.

Tempatnya di CBD Perdana 1, Cyberjaya bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. So hari pertama, Pn Siti Farazilah Ratu Hartanah Lelong (ok ker gelaran ni hehehe) yang bagi speech tentang tatacara dan flow untuk pembelian rumah lelong. Yela jarang golongan wanita terlibat dalam pembelian rumah lelong kan. Kebetulan kakak ipar berminat tentang pembelian rumah lelong jadi saya hasut dia datang sekali hehehe. Jadi Pn Siti berkongsi banyak ilmu dan pengalaman yang beliau lalui untuk pembelian rumah-rumah lelongnya sebelum ini. Blog beliau banyak berkaitan tentang hartanah lelong, boleh lihatlah di sini.





Petang pula giliran En Shafie Bustan- blogger pie2020.com (yang ni Raja Lelong hah) bagi talk tentang hartanah lelong untuk flip. Jadi terpulang pada kita sama ada untuk membeli rumah lelong untuk keep atau flip. Bergantung pada objektif dan profit kita mahukan. Cuma untuk flip kurang best sebab penangan bajet 2014, RPGT meningkat sekali ganda dari 15% ke 30% untuk jualan rumah yang kurang dari 3 tahun. Maak aiii....Banyak juga tu, yang untung pun kerajaan juga hmmm.



Dan paling best sebab kami dapat buku karya terbaru beliau (yang "hot" baru keluar dari oven katakan) untuk dijual selepas seminar. Kata Cik Rohaniah baru jer tiga hari diterbitkan, kira kami adalah orang pertama yang dapat buku dan autograph dari Pie (wah macam retis, glamour gitew hahaha).


Hari kedua, Cik Rohaniah (blogger PropertyWaltz.com) yang jadi speaker untuk Seminar wang dan Hartanah. Di sini penentuan bagi komitmen-komitmen dan pendapatan yang perlu diketahui bagi menentukan jodoh hartanah kita sebenarnya... Apa yang penting, ialah kedudukan kewangan kita- FINANCIAL. Jadi ini juga ditekankan oleh DSR dalam seminar-seminar beliau sebelum ini. Sebut nama DSR, teringat saya masih berhutang untuk hantar personal profile untuk disemak pada staf beliau. Alamak! Huhuhuhu.


Sekarang ni adalah masa saya untuk meningkatkan tangki saya sebelum bermula untuk investment. Bak kata Abang Abu, pastikan tank-tank itu cukup supaya anda boleh melabur dengan selamat dan bijak. Cukup dulu hartanah yang ada buat masa ini, nak pilih pun bukan mudah nak cari kena bersungguh-sungguh tapi yang penting financial kena kukuh. Hehehe.

Tahun depan kalau ada rezeki lebih, dapatlah pulak satu hartanah yang cukup cantik dan cun profit bolehlah beli lagi. Apa-apa pun sekarang plan saya merancakkan lagi side income dan kurangkan komitmen. Lepas ni nak daftar nama syarikat-Enterprise supaya akaun perniagaan side income boleh dikira sebagai income tambahan. Selain itu, saya dan husband akan buang semua pakej Astro yang dilanggan dan ambil yang basic sahaja. Semua tahukan Astro akan naikkan bil pada bulan hadapan. Kami memang tak ambil pakej Beyond, terasa membazir pula sebab memang tak de masa nak tengok TV. Saya cuma cakap pada husband kalau Chelsea menang Liga Perdana English pun ianya tak datangkan keuntungan apa-apa pada kita (tak de effect side income pun kecuali terlibat dalam judi, nauzubillah dijauhkan)

Jadi apa langkah anda untuk tingkatkan income dan kurangkan komitmen?? Nanti boleh kita share sama-sama.

Wasalam....

Monday, September 16, 2013

MENJADI STUDENT DSR -DR SHAH RAZALI.

Mungkin cerita ni sedikit terlewat sebab ianya berlaku sebelum puasa ramadhan tahun ini. Saya tak berkesempatan nak share sebab selepas masuk kelab ni kami seolah2 jadi huru hara sikit.

Sebelum masuk bulan ramadhan yang lepas, saya telah mendaftar menjadi student DSR selepas mengikuti seminar Twintalk di sebuah hotel di Melaka. Awalnya cuma nak dengar apa yang dikongsikan tentang pelaburan hartanah kelas pertama, tetapi bila speaker pertama, Encik Mohd Najib bercerita tentang perihal perniagaan kami memang excited. Saya tertarik dengan tawaran menjadi sTudent DSR. Ada personal coaching dari segi financial, business dan hartanah daripada mereka yang memang dah otai dan mahir terutama sekali dari Dr. Shah Razali. Kalau you all kenal blogger Abang Ensem (hensemnyer.. uhuk uhuk uhuk), dia sendiri pun recomended DSR as your coach property investment. Boleh klik di sini.




DSR bersungguh menerangkan perihal hartanah kepada peserta Twintalk

Harga dia, hm boleh tahan sebab saya berdaftar bersama husband. Dan paling best my brother Hardy pun join sekali! Alhamdulilah...dan bukan senang nak buat keputusan, kami duduk di lobi berjam-jam bincang, fikir punya fikir berbaloi ke nak keluarkan duit riban-riban untuk jadi student dia. Sampai semua dah balik dan tinggal staf diorang menunggu keputusan kami confirm atau tak nak jadi student DSR, lols! Punyalah susah nak bagi keputusan. Hardy beberapa kali call wife, Kak Lela bincang sebelum dia nak daftar jadi student. Kalau boleh nak bawa kak lela sekali terutama pasal business. Hehehe sorry yek korang kena tunggu lama time tu.
Dapat buku DSR free sebab menang dalam kuiz yg diorang buat waktu selingan seminar


Jadi bila dah keluar duit, maka bermulalah misi dan visi dalam banyak hal. Kami pergi ke alumni DSR seminggu selepas itu di Bandar Bukit Puchong berkenalan dengan semua student beliau since 2010 lagi. Kebanyakan mereka yang hadir memang bukan calang-calang student DSR. Dan adalah makan -makan dan pot luck kat situ.

Pengumuman dari DSR merasmikan Kelab Investment DSR Alpha dan Beta. Kami dimasukkan ke dalam Beta as a beginner. 

Apalagi makan lah lah pastu. Makan keenyang2 sebab makanan pergh... Banyak sungguh. Macam-macam ada.

Dan lepas bermulalah sesi coching dari mereka dari segi financial, seminar business dan hartanah serta penghantaran portfolio untuk disemak oleh DSR. Setiap student perlu menghantar progress report dua kali setahun untuk dipantau oleh mereka huhuhu. Saya akan ceritakan lebih lanjut di masa lain macamana boleh jadi kelam kabut terutama business yang dibuat lols. Adios...


Thursday, August 15, 2013

Pandai Buat Duit tapi Pandaikah Guna Duit???

Dah seminggu lebih Hari Raya Berlalu.. Jadi bermula episod kerja macam biasa hehehe
Alhamdulilah, beberapa hari sebelum menjelang Aidilfitri, komisyen perniagaan yang saya buat pun masuk. Satu dari Tupperware dan satu lagi dari Hai-O Marketing.

Tupperware mudah sebab sistem dia secara on line, kita boleh check kat www.twbiznet.my. Cuma Hai -O Marketing sampai ke hari ni tak sempat2 lagi nak register, kena tunggu comisyen statement letter baru tau berapa kita dapat. Saya pakai sistem bank in, tak terima cek bank. Bila periksa tau-tau duit masuk akaun tapi kita pun tak tahu sama ada dari pelanggan atau company..


Boleh check Tupperware online seperti jumlah jualan atau komisyen.

Komisyen Hai-O Marketing masuk, Alhamdulilah dalam RM500 lebih. Kalau dicampurkan bonus gomen RM500 kakitangan kerajaan saya dapat duit raya dalam RM2k bulan ni. Termasuk lagi pengerakan gaji dua bulan yang diberikan. Tapi semua duit itu kita pindahkan macam biasa kat satu akaun khas untuk surplus gaji atau side income yang kita dapat. Cuma saya ada gunakan RM1500 lebih daripada gaji saya untuk pembayaran kos stamp duty loan untuk urusan pembelian hartanah di Cyberjaya. Perbelanjaan raya hanya sedikit sahaja, baju raya yang dibeli cuma saya dan anak lelaki, Umar. Suami dan anak perempuan, Qaireen kekal baju raya yang lepas. Sebab saya akan gunakan untuk pakaian harian kerja saya sedangkan mereka bertiga hanya pakai setahun sekali dua sahaja.

Berniaga perlu ada ilmu! Sebelum ni saya pernah hadir kelas yang dianjurkan oleh satu kumpulan mengajar macamana nak membuat pemasaran dan menjanakan keuntungan perniagaan banyak. Tapi jadi kurang seronok bila  mereka juga mengajar cara hidup yang menghabiskan duit yang banyak. Perkara ini tidak memotivasikan saya. Kesannya, saya malas hadir ke kelas tersebut dan mula mencari seminar di luar yang lebih sesuai dengan jiwa dan hati saya. Antaranya seminar tersebut ada saya ceritakan di sini. Ada juga company anjurkan program yang bagus seperti saya ceritakan dahulu di sini. Banyak pengajaran saya dapat selepas menghadirkan diri banyak seminar kewangan dan perniagaan. Saya lebih jelas dan faham matlamat yang saya nak capai.



Bila ada pembaca blog menyatakan rasa ingin tahu dan berminat berniaga setelah melihat cara saya mencari side income, sejujur-jujurnya saya boleh menunjukkan caranya tetapi adakah seseorang tu boleh bersungguh-sungguh melakukannya.Adakan mereka suka dan gembira untuk berniaga. Buat jika anda suka, jika tidak atau terpaksa, lebih baik anda tinggalkan. Mahukah jualan anda ditolak jika penat menjual atau mempromosikan sesuatu produk. Saya kurang berminat nak follow up orang atau bersungguh-sungguh mengejar dan membimbing jika orang yang ingin berniaga tidak menunjukkan usaha mereka untuk berniaga atau maju dalam berniaga.

Ada pengajaran yang saya dapat ketika berniaga 'part time' ni. Kesilapan besar saya ialah apabila saya merasakan semua orang boleh buat seperti yang saya buat. Itu adalah kurang benar. Sebenarnya hanya orang itu sendiri yang boleh tetapkan apa yang dia mahu bukannya saya. Saya tiada kuasa itu untuk memberikan kejayaan pada sesiapa. Itulah pengajaran yang paling jelas saya dapat pada tahun ini,

Dan sudah tentu saya melarang keras mereka melakukan pinjaman bila memulakan perniagaan, walaupun keuntungan boleh dapat ribuan. Puncanya, perkara ini hanya akan membelengu diri dan kewangan mereka. KOMITMENT ANDA AKAN JADI TINGGI. Jadi gunakan modal serendah yang mungkin. Bayar jadi ahli pun jadilah, dan kemudian jadilah ejen yang rajin. Tiada jalan senang untuk jadi senang.

Dan jika kita pandai cari duit, pandai buat side income pastikan kita pandai bagaimana nak menjadikan hasil duit atau pendapatan kita menjanakan lagi kewangan kita. Bukan untuk menghabiskan duit kepada perkara sia-sia. Dan apabila saya melihat orang yang berjaya dan kaya tetapi cara perbelanjaan sederhana dan berjimat menyebabkan saya rasa kagum dan gembira kerana saya mahu menjadi seperti mereka. 

Rancanglah perbelanjaan kita, catatkan setiap hari apa perbelanjaan yang kita lakukan supaya kita tahu di mana duit kita telah dilaburkan atau dileburkan.



Saya bukan kedekut tapi jenis berjimat. Penjimatan tersebut banyak membantu saya ketika menghadapi waktu-waktu sukar dan ianya banyak beri pengajaran kepada saya. Mohon maaf jika ada ketidakpuasan hati pembaca pada blog ini.Kelemahan itu adalah daripada saya tetapi kelebihan dan kebaikan itu adalah daripada Allah Taala.

Saturday, January 5, 2013

mY LiFe jOUrnEY IN 2012



Alhamdulilah kita telah berangkat ke tahun baru, tahun 2013. Selamat tinggal kepada tahun 2012. Tahun yang banyak memberi pengajaran kepada saya untuk dimengertikan.



So imbas balik apa yang dah berlaku pada tahun 2012.

Bulan januari,

saya masih berkhidmat mcm biasa di Sarawak.
Bos saya yg cool, En Abdul Rashid

Sempat berpesta durian kat belakang office! lol


 Bulan Februari, 

Saya dan suami, Mr Hamdan dapat surat mengejut!
It was totally change our life actually...


Dapat surat pindah....

Tiba masanya saya berhijrah bersama2 family ke tmpt baru utk kali yang ketiga


Bye'-bye Jab Kej Petrokimia. Tempat kerja yg tenang dan aman :)



Majlis perpisahan ku anjuran jabatan.


at Airport Kuching.  Last day di Kuching Sarawak.



Goodbye Politeknik Kuching,

And 

Welcome Politeknik Port Dickson


Bulan Mac. Bermula tugas tempat baru.
Menjalankan rutin dan tanggungjwab seperti biasa sebagai seorang pensyarah :)

Bulan Mac juga. Tiga kali berpindah rumah huhu penat sungguh, nak pindah sangat sekali berpindah2!
amik ko hahaha

sebab nk cari tempat yang terbaik untuk keselesaan dan selamat untuk anak2. Bukan keselesaan saya dan suami sahaja yg penting kan...

Melihat sepasang putera puteri membesar membahagiakan sekali





Bulan April 2012, terbang bercuti di Langkawi 4 hari 3 malam


Bulan Mei, saya diundang oleh Senior Executive Director-SED Tee Kim Choo for Recognation Director Tupperware at Sunway Convection Centre pd 27 Mei. 

Tapi saya tak pergi hehe coz tak seronok yelah all my team tiada di sini. Lagipun emak pula bercuti ke Pulau Perhentian. Kalau tak emak mesti suka nak pergi lol.



Bulan Jun,
 saya dikenalkan oleh rakan sekolah lama tentang Premium Beautiful aka PB korset. Hehe seriously saya mmg tak tau apa benda PB. Tapi bila jumpa dan tengok
lah korset ni ke sebab pernah dgr masa kerja di Sarawak lol!
 My friend terangkan tentang marketing plan. Sy beli cash 1 set dan register sbgai ahli biasa. 

P/s: Sy mmg pakai korset since anak pertama sbb nk jaga badan :)



Bulan Julai, 
saya hadiri Kursus - Developing Your Leadership Talents. 

Kursus yg ni saya tak lupa sama sekali coz saya menangis bila buat satu speech di hadapan audience huhu. (maluuuu) 
Topik saya pilih buat saya sebak sebenarnya lol.


 but that topic made me realize something about my life.......
i don't like to write here hokey! ;p


Habis dari kursus, setelah suami izinkan

saya call member, setuju join business Premium Beautiful.



Bulan Julai -ibadah puasa Ramadhan bermula. First time sambut puasa di semenanjung setelah 4 tahun sambut di Sarawak sejak 2008. 
Berkumpul adik beradik, sanak saudara iftar bersama. BAHAGIA SUNGGUH :)

Hilang berat 6kg sebab pakai PB konsisten di bulan puasa. WOW!! Hmmm satu perkembangan positif.


Dan bulan yang rahmat ini, saya start buat PREMIUM BEAUTIFUL BUSINESS. 


Baru seminggu start business, saya berjaya jual 4 set PB.



Bulan tu juga sale Tupperware team saya jadi sky rocket. Exceed RM20k! 
Leader from KL call puji dan ucap tahniah. Alhamdulilah, rezeki.


Bulan Ogos,
 bonus masuk dari Tupperware dan Premium Beautiful termasuk bonus 
gaji- semuanya empat angka. ALHAMDULILAH SYUKUR..
Paling tinggi dari PB.

Bagi duit raya RM2k pada mak ayah. 

Change my Nokia to Samsung Galaxy Note for business purpose.


Balik Perak, sambut hari raya aidilfitri di sana.

Lemang hidangan wajib di pagi raya bagi keluarga Mr Hamdan. Mujur adik beradik ramai hero lol.



Minggu kedua raya, Qaireen kena infection pada usus. Tahan masuk wad di HSAJB.

Seminggu ambil cuti, saya dan Mr Hamdan bermalam di Hotel Seri Malaysia dan hospital. Bergilir2 jaga sampai sembuh :)





Bulan September, 
Selesai urusan pembelian rumah di Bandar Seri Sendayan. Dijangka siap 2014 

Laksanakan  zakat dan register buat pemotongan zakat melalui gaji di Pejabat Zakat Port Dickson

Bulan September dan Oktober. Dah jadi rutin hadir kelas di GLAM-Green Leader Academy Group TTDI setiap Jumaat malam untuk timba ilmu keusahawanan. Kelas percuma!
Walaupun agak penat dan terkejar2 balik kerja dari Port Dickson nak ke KL, tetapi ilmu penting untuk dipelajari.

Teamwork

With Fabulos Team-our  leader is DDM Effa bernaung bawah Green Leader Group




Kelas dibimbingi mentor-mentor yang banyak memberikan tunjuk ajar 

 Bulan Oktober, all my PB set sold out! 

Tak cukup.....permintaan tinggi


Bulan November
menghadiri Seminar SM/SSM anjurann Green Leader Group pada 10/11/12




Hadir ke Majlis Ulangtahun yg ke 20 company di Stadium Malawati, Shah Alam




 Permintaan Premium Beautiful semakin meningkat




Begitu juga Tupperware




Balik kampung di Perak, 
jelajah pusing Taiping coz tak pernah sempat buat begitu kerana kekangan cuti dan jarak jauh tinggal di Borneo masa dulu.





Bulan Disember,

Terbang semula ke Kuching, Sarawak sebab mengadakan Seminar Kesihatan di Kuching.








Business sharing dgn mereka yang berminat dan ingin tahu. 
We loved to share:)




Business partner bertambah :)

Tahniah sebab ambil peluang tersebut.

Then bought galaxy note 2 for my mother, she so happy.
Kemudahan untuk dia gunakan bila tunaikan umrah bulan februari 2013 nanti,insyaallah. 






31 hb December,
 penutup tahun 2012. 
Bawa anak-anak berjalan ke Aquaria, KLCC. 



And not forget,
Bought Galaxy Note Tab 10.1 for business purpose, 
senang update blog and whatassap dgn business partner and client. 






Tahun ini saya akan menginjak ke 32 tahun. bila usia masuk three series, i was growing up. I don't realize it at that time, but at 31 years of age, I was now looking for my path in life, not my next profession.

Banyak pengalaman yang saya dapat sepanjang tahun tersebut. Especially after i attend in self developement seminar. The seminar had been gentle, loving and honest evironment.
And after the weekend seminar, saya tahu inilah masa untuk saya kena berubah.



Tahun 2012 tahun penuh warna warni bagi saya.



Semoga tahun 2013 usaha akan mendatangkan lebih kebaikan, keberkatan dan kerahmatan. AMIN.


PERCAYA apa yang kau lakukan
TABAH apa yang kau usahakan
BERFIKIR boleh melakukan

KAU BOLEH!





AGAK2 APA TOPIK YANG BUAT SAYA SEDAR DAN SEJAK DARI ITU SAYA BANGKIT  DAN  BERTINDAK?


ILMU+PRAKTIK+RUJUK

INGIN TAHU?

PM ME

HASNY
012 757929
@
013 6036630

Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast...