Showing posts with label Jalan2. Show all posts
Showing posts with label Jalan2. Show all posts

Monday, December 3, 2018

Jalan2 di Putrajaya Part 1

Sebenarnya husband kena pergi kursus 3 hari 2 malam kat Hotel Dorsett, Putrajaya. Dapat bilik seorang. Jadi husband ajak satu keluarga cuti ke Putrajaya. Sebenarnya belum cuti sekolah lagi, terpaksa anak2 ponteng dua hari last sekolah tu. 

Hotel Dorsett betul2 terletak di tengah2 pejabat kementerian kerajaan. Bersebelahan dengan Masjid Besi- Masjid  Patutlah rate harga bilik boleh tahan sebab dekat dengan semua bangunan kerajaan. 

Check in jam 4.00 petang, husband kena masuk meeting dulu. So kitorang lepak2 dulu dalam bilik hotel tunggu ayah abis meeting. 

Wifi dia memang power kat hotel ni. Kitorang makan kat kedai Median, masakan ala Siam. Memang sedap. Malam kami tak buat apa2 pun, just rehat sebab husband sambung meeting sampai tengah malam. Pukul berapa abis pun aku tak sedar pasal dah terlelap kui kui kui. 

Besok pagi husband sambung kursus lagi. So pagi2 aku dan anak2 bersiap2 nak keluar jalan2. Cadang nak pergi Taman Botani jer. Jadi sarapan mudah ibu singgah di McD. Ish lama tak makan McD ni. 

Kebetulan pagi tadi hujan, jadi sampai sini keadaan sejuk dan lembap. 

Ambil gambar kat pintu masuk Taman Botani Putrajaya. 

Ni harga untuk sewaan basikal dan tram. 



Aku amik basikal yang ada baby carrier. Charge RM9.00 sejam. Boleh aku kayuh dengan Ilhan duduk kat belakang. Umar dan Qaireen bawak basikal sorang satu. Total RM25.00 semuanya. 

apalagi jom mengayuh ...

Fuh letih, nasib baik tak panas. Jalan berbukit semua aku elakkan hahaha tak larat nak mendaki wei...

Berhenti kat tasik, amik angin kejap. kebetulan ada beberapa student juga berhanti mengayuh amik gambar kat area sini. Aku jer yang mak2 usung anak berbasikal kat sini hehehe. 


Sorry ayah takde sibuk berkursus. Kitorang kayuh pelan2 jer, sebab jalan licin lepas hujan. 

Lepas sejam lebih mengayuh baru pulang basikal. Diorang pun tak bising aku lambat pulang pasai orang tak ramai pun masa ni. Maklumlah hari kerja. Kitorang rehat kejap kat dalam setengah jam kat dalam kumpul balik tenaga. 

Lepas tu kami pergi ke G2G Animal Garden di Maeps, Serdang. Kat sana boleh anak2 jalan2 tengok binatang yang jinak2 macam arnab, rusa, kambing dan amcam2 lagi.

Ilhan tak takut betul dengan anak ular ni. Dia lagi suka tengok ular tu bergerak ke sana sini. Eiii 

Ular ni dijual untuk dibela, aii tak kuasa aku nak bela anak ular jadi pets T_T

Besarnya kura2 ni tuh!! 

Terpegun anak2 tengok ayam dan burung dalam ni. Baik2 jangan dekat sangat nanti burung patuk ke terkena mata tu....

Bagi rusa makan lobak. Makanan seperti buah, sayur dan roti dijual RM1 setiap cawan. Sebab dah selalau bagi makan, binatang2 dalam jadi jinak dan mesra pengunjung ewah... 

Gemoks gemoks arnab kat sini. 

Berebut2 dapat makanan. 

Nak suap juga ..

Yang kelakarnya, Ilhan takut dengan arnab siap diri atas bangku tu lagi. Arnab dia jinak sangan sampai kat kaki kita pun dia duk hidu dan gigit. Berlarian Umar dan Ilhan terkejut kena gigit dengan arnab. 

Ada rumah kucing. Banyak kucing jenis bengal dan british scott. 

Ok pergi ke taman burung pulak. Mesra sungguh burung nuri ni, besar dan berat! 



Ada macam2 jenis burung kat sini dan mesra pengunjung. Ayam, angsa, itik dan burung merak hidup bercampur, aman harmoni dan sejahtera. Tiada unsur2 perbezaan dan perkauman binatang ahahaha!! Burung2 ni dah tak takut dah tengok orang, pasai hari2 tengok orang datang bagi makan hmmm. Muka burung tu saja selamba je tengok kami.

Burung hijau suka mengajuk kita bercakap. Terpegun Umar tengok dia bercakap hello! Hello! Hello?? 

Comel pulak ayam macam pakai kasut aku tengok :)))

Masa dalam rumah burung makanan dia tertumpah kat beg aku. Apalagi burung2 semua pakat serbu kau!! Bertenggek atas bahu tangan dan kepala aku (kurang asam hahaha). Apalagi, Ilhan pun meraung menangis ketakutan. Dia takut tengok semua burung terbang serbu kat dia dan aku, kesian... 

Kecoh, menjerit2 Ilhan panggil ayah dia ahahaha!!

Dekat sejam lebih abis masa di G2G Pet Farm, masa untuk balik. Pukul 2.30 petang aku singgah beli makanan tengahari kat food truck di bahagian pintu masuk 2. Malas nak pikir singgah kat kedai makan. Nak mandi, solat lagi zuhur lagi. Badan dah berlengas huhuhu. 

Sementara tunggu makanan siap, kita amikgambar dulu. Hari dah panas terik. Balik hotel, mandi dan solat. Lepas makan, aku tertidur sampai husband balik bilik dah abis kursus kui kui kui. Anak2 duk leka main tab dan tengok tv. Sambung nanti part 2 pulak. 



Thursday, November 8, 2018

Jalan-jalan ke Zoo Taiping 2018

Hari Cuti Deepavali lepas, anak2 dapat cuti sekolah selama tiga hari. Jadi kami ambil keputusan balik ke Changkat Jering, melawat keluarga di sana. Jadi ada beberapa hari di kampung, anak2 ajak jalan2 di Taiping. 

Mula2 nak pergi ke Bukit Larut tapi tiket dah sold out. Biasalah cuti sekolah confirm ramai orang yang datang sini. Lepas tu Qaireen ajak pergi Zoo Taiping. Lama juga tak masuk. Last masuk 2014, Ilhan pun belum lahir lagi hehehehe. 

Tunggu ayah beli tiket pas masuk. Total masuk ni semuanya ni RM50 juga lah lalala. Ayah belanja okey hehehe.

Sambil2 tu amik gambar kat arca haiwan kat depan kaunter tiket. 

Macam2 gaya budak ni nak amik gambar, adik diorang sibuk nak ikut juga. 


Uii besarnya haiwan ni ye??! 
Ilhan kagum tengok binatang yg selalu jadi maskot team Perak ni.




MAsuk dalam tunggu tram datang ambil. Bawa pusing2 dulu. Lepas tu barulah menapak tengok semua haiwan. 

Masa berjalan tak ingat dah amik gambar sebab fokus hadap anak2 berkeliaran sana sini. Yela banyak tram lalu lalang, risau juga. Bila dah separuh pusing zoo, hujan pun turun jadi berteduhlah sekejap kat tempat memerang licin. 

Pandai pulak memerang ni main2 dengan pelawat. Kalau ada trofi haiwan mesra pengunjung boleh pass kat memerang ni hah!!


Borak2 macam kawan lama pulak yek ahaha!!

Nama memerang ni Boy. Laung je nama Boy kuat2 confirm dia datang kat kita. 

Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus!!

Tengok gajah berjoget. Mungkin kepanasan jadi gajah2 berayun ke kiri kanan sejukkan badan. 


Lepas tu lalu kat kandang seladang. Ni muka semua macam tu bukan sebab suruh senyum. Memasing menahan bau yang amat kuat kat kandang tu. Ya ampunnn nak pengsan bau dia ahahaha!!

Berkilat badan seladang ni, sinonim betul dengan negeri Perak kan... 
Patutlah letak arca seladang kat depan kaunter. Ikonik sungguh 

Ok, itu jelah yang aku dapat kongsikan dalam blog ni. 




Wednesday, February 21, 2018

Jejalan di Iringan Bayu, Seremban

HAri Ahad lepas, 11 Februari saja ajak husband ke Iringan Bayu, dekat je dengan BAndar Sri Sendayan. Turun nak menghala ke Mambau. Sampai kat sana rupanya diorang ada buat Wind Festival. Patut tengok ada orang main layang2 kat situ. Kitorang datang awal juga dalam jam 10.30 pagi.

Tentatif program untuk dua hari tu.

Dapat 5 keping kupon makanan. 

Masuk kena register dulu, lepas tu like page Iringan Bayu di Facebook. Nanti kita akan diberikan kupon makanan untuk ditebus di beberapa food truck depan kaunter. Tapi tak makan dulu, kenyang lagi sarapan. Nak view show house dari developer OSK ni sebenarnya. Tapi tak siap lagi. Masih dalam progress. Ingatkan dah ada dah. Jadi kita tengok je plan layout dia. 

 PASTURA. Klasiknyer nama dia.
Terbaru yang tengah hot diorang iklankan sepanjang jalan seremban ni.
Ada 4 bilik tidur dan 4 bilik air.
Harga bagi bukan non bumi ialah RM390k.
Kalau bumi lot RM350k lebih kurang macam tu lah. 

Keluasan binaan adalah 20x65 kaki persegi.
Rumah design untuk double storey sahaja.

Yang unit corner lot semua dah abis ye kena booking. Tinggal intermediate sahaja ye.

Husband dok tanya tentang fasiliti yamg ada kat kawasan perumahan ni nanti.
Kata staf atau ejen, nanti klinik, balai bomba akan dibuat di kawasan ini. O_O yeke??

Developer lebih fokus pada perumahan sahaka. Jadi tiada shop lot, sebab dah berdekatan dengan Bandar Sri Sendayan. Kira tumpang kemudahan di BSS sahaja. Besar wei tanah dia.. 

Lagipun Iringan Bayu akan confirm berjiran dengan BSS. Satu jalan access akan dibina untuk pergi ke BSS di roundabout Nusari Bayu yang pertama sekali kalau korang ikut jalan dari Lukut-Mambau tu. 

Qaireen tampal sticker kat tangan dia. 

Kemain Ilhan dapat pin wheel. nak dapatkan ni kena like FB atau post gambar banyak2 kat IG dengan hashtag #iringanbayu #seremban

Punya banyak pin wheel syok pulak tengok dia berputar. Ni kawasan macam berbukit jadi sentiasa berangin sahaja. 

Budak2 ni terpegun tengok benda tu berpusing2 kih kih kih. 

Kemain diorang possing


Qaireen nak sibuk cari angin nak bagi pusing pin wheel dia ahaha 


Banyak pulak basikal2 comel kat sini. 


Kemain Umar possing, nak ajak balik pun susah tak nak tinggal tempat ni. Dah lah tengah panas terik sebab dah nak masuk tengahari. 

Kitorang tukar kupon makanan dengan air coconut shake dan dapat satu chicken chop dan burger ayam. Dapat juga sekotak ayam gunting. Sorry takde gambar sebab nak pegang barang banyak hehehe.

Balik singgah Mydin kejap sebab nak beli barang dapur. Sempat lagi Ilhan main kete mainan kat situ. Kita layankan aje walaupun badan semua dah kepenatan. 



Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan ...