Monday, June 8, 2015

MESYUARAT AGUNG Persatuan Penduduk Nusari Aman 2, Ttitonix

Mesyuarat tahunan ini dah beberapa kali ditunda atas sebab2 masalah untuk mengumpulkan semua penduduk di dalam Tritonix Residents ni. Teringat mula2 aku sekeluarga pindah disini, kiranya kami adalah antara keluarga yang mula2 juga yang masuk duduk di sini. Hehehe tak buang masa, lepas siap renovate je terus pindah masuk dah....

Banyak lagi penghuni yang lain belum masuk ke rumah mereka walaupun dah lebih setahun kunci diserahkan. Kebanyakkannya masih lagi menetap di KL dan bekerja di sana. Kadang2 ada juga owner sekali sekala datang jenguk rumah meraka. 

Kain rentang dah dipasang selama 2 bulan di jalan masuk taman perumahan. 

Sehari sebelum Mesyuarat Agung, khemah dah dipasang. Khemah disewa daripada Kampung Jimah. 

Pagi2 tu dah datang pasang, siap wiring pasang lampu dan kipas. Malam tu ada perjumpaan sekejap dengan AJK2 untuk pembentangan agenda mesyuarat. Husband pergi buat ramai2. Siap bancuh kopi dan makan kuih lagi hehehe. Pukul 2 pagi baru abis sembang2. 

Pagi tu pendaftaran bermula jam 9.00 pagi. Setiap owner atau penyewa diberikan reben untuk diikat di pergelangan tangan bagi wakil setiap isi rumah. Jadi sebarang undi hanya dikira pada tangan yang diikat dengan reben. 

Pengerusi memulakan majlis dan barisan AJK2 persatuan Tritonix. 

Proses mengundikan calon2 AJK baru. 

Majoriti jawatan dikekalkan pada orang yang sama hehehe. Bukan senang nak pikul tanggungjawab, jadi yang AJK sedia ada ni memang betul2 komited dan ok. Tiada masalah untuk dikekalkan :)

Sesi soal jawab, penduduk menyuarakan pendapat masing2. 

Rata2 ingin menukarkan syarikat kawalan keselamatan kerana pengurusan yang agak lemah. Terdapat masalah kominukasi antara guard dan penduduk-guard warga asing tak reti cakap Melayu dan Inggeris. Aiyooo kena guna bahasa isyarat pulok!! Guard tak tegas, kena gertak orang luar sikit terus bagi masuk. 

Lepas tu asyik bertukar2 jek. Kadang2 AJK dah ajar apa yang patut guard buat, bila dah pandai tup-tup berapa minggu tukar pulak orang baru!! PAstu guard yang dihantar ada yang tak rehat, bekerja 3 shift berturut2. Haiisshh... memang kena tukar pengurusan syarikat baru jawabnya..

Hopefully lepas ni akan sentiasa berterusan semnagat kejiranan dalam Tritonix, Nusari Aman 2 ni. Aku memang suka kejiranan ini, mesra, aman, berbilang kaum dan selamat. Lepas mesyuarat, ada makan2 sikit. Kitaorang buat potluck. Banyak juga makanan, tak sempat aku nak amik gambar. Sebuk layan anak2 makan hehehe. 





2 comments:

  1. salam dan hai..awak beli tritonix ye.saya velonix,baru nak pindah hujung bulan ni

    syureinadiaries.blogspot.org

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, salam perkenalan syuhaida. Dah duduk setahun lebih di sini :) sebelum ni menyewa di BSS since 2012 sementara menunggu rumah siap

      Delete

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...