Monday, October 24, 2016

Apartment Brunsfield dah ada penyewa.

Hujung bulan September lepas, penyewa lama sudah tamat kontrak. Kira 30 haribulan lepas kami berjumpa untuk check rumah dan pulangkan deposit dan ambil balik kunci. Alhamdulilah penyewa dulu jaga rumah dengan baik.

Sekarang ramai bagi tau pasaran sewa agak lembab. Jadi dalam seminggu selepas tu aku dan husband bertungkus lumus make over rumah sikit sebelum nak iklan.  Ada aku citer kat sini. Lepas tu baru amik gambar dan iklankan di web mudah dan tampal disekitar apartment brunsfield. Tak sampai beberapa hari ada beberapa orang contact nak datang view rumah.

Jadi setelah dua minggu berulang alik dari Seremban ke Shah Alam, akhirnya sekumpulan pelajar nak sewa seluruh unit. Kami cadang nak sewa ikut bilik tapi diorang nak amik 1 unit jadi kami bagilah harga diskaun.

Anak2 main dalam bilik sementara nak tunggu penyewa baru datang.

Hari datang beberapa orang je, wakil student yang serumah. Tapi kali ni semua geng yang serumah turun sekali untuk check bilik. Semuanya 8 orang. Diorang paling excited bila tengok dapur, tak sabar nak masak lettew 😁😁😁

Semua pelajar pompuan, Ilhan kemain suka bila tengok ramai gegadis nak dukung dan main2 dengan dia.😂😂😂

Masa pelajar lain sedang sibuk nak plan nak letak mana meja study dan komputer, kami perhatikan saja. Tak nak ganggu budak2 ni excited nak masuk rumah sewa baru. Cuma tinggal nak belikan peti ais dua pintu untuk diorang..
Ok, last part check agreement dan sign. Bayar deposit dan bagi kunci induk. 

Syukur Alhamdulilah berjalan lancar, tak sampai 2 minggu kosong rumah dah dipinang orang. 

😊😊😊



No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...