Wednesday, May 20, 2026

Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan aku dan rakan sejawatan, Kak Jeri- kami ni betul2 zero tak tahu apa2 pun hahaha!

Mungkin tempat kerja aku sebelum ini, RoM ni banyak dikendalikan oleh pasukan kualiti jabatan. Jadi hanya PIC je yang tahu dan isi dalam borang. Kita tak terlibat malas nak ambil pusing kan.

Disebabkan RoM di bawah Sirim, maka kita mohonlah peruntukan untuk pergi ke kursus bawah SIRIM ni. Alhamdulillah, paperwork diluluskan. Selepas selesai proses pendaftaran, kami pergi berkursus di Shah Alam pada 11 dan 12 Mei 2026. 

Lokasi kursus tu kat Hotel Concorde, Shah Alam. Aku ingat diorang buat kat Akademi Sirim juga, sekali lokasi berbeza ya. Nasib baik pergi sana dengan driver politeknik. Kalau tak memang lambat ler nak sampai. 

Sampai-sampai je lepas daftar, terus urusetia minta kumpul untuk ambil gambar dulu hehe. Peserta ada 6 sahaja, dari Politeknik dan Perpustakaan Negara. 

Sampai2 je, terus bagi dan bagi dan bagi training sampai kepala aku terasa panas hahaha! 

Asal speaker bagi rehat je, aku cepat keluar bancuh kopi kat bahagian refreshment hotel tu huhuhu. Otak dah menua, kena banyak booster bagi kafein sikit wooo. 

Bapak banyak giler dia bagi bertalu-talu wuuuuuu....



Memang otak aku tak berhentilah loadinglah,
 RAM motherboard dah menghampiri separuh abad ni… jadi slow sikit.

 Semua maklumat dan ilmu yang diberikan oleh speaker, Puan Siti Nur Hidayah ni. Fuuuh......Laju weiii. Dua hari kursus dari pagi ke petang memang banyak ler input yang serap!! Dah ler kitorang berulang alik dari Poli ke Shah Alam. Jalan nak Shah Alam, ya rabiiii jem jer memanjang. Gerak awal pun masih lambat juga, jem merata-rata adoii. 

Lunch dia, mak aiii... 

Yela nama pun hotel kan, makanan pun serve macam hotel, rasa hotel hehe

Kalau lima hari duduk sini, rasa tak tak boleh nak hadap makan ni lagi. 
Kau boleh hafal menu2 dia lepas tu kan. . .


Waktu lunch aku dan kak Jeri duduk ler kat restaurant situ sejam sebab nak bagi kepala rehat kui kui kui... 


Budaya yang perlu dibina ya, pastikan ada pengalaman hahaha!!



Sah! Memang RoM memang akan diaudit setiap kali pemantauan dibuat. 
Memang tak boleh lari ler. . . 

Hari terakhir, tamatlah kursus kita. 

Balik ni banyak ler kena buat, update manual kualiti terbaru dan murnikan lagi tatacara daftar risiko. Oo dan tambah daftar peluang ye, sebab tu adalah pembaharuan yang perlu ada dalam manual Sirim yang terbaru akan datang ni. Dah bayar mahal kan, kena ler buat siapkan kerja tu ya!


No comments:

Post a Comment

Hari Projek Akhir Pelajar PNS dan PoliPD || 2026

Hari Khamis, 24 September 2026, berlangsung Hari Innomex 2026 JKM di Politeknik Nilai. Aku sebagai Supervisor untuk group student projek sen...