Setelah sebulan bertungkus lumus, Alhamdulilah selesai. Rumah yang paling simple kami setup. Jadi kerja senang sikit. Dah selesai basuh dan mop. Tinggal nak pindah masuk sahaja dalam ni.
Monday, February 13, 2023
Siap sudah make over rumah Tunas Residensi.
Friday, March 18, 2022
Rumah Safira siap!! Penyewa dah masuk
Mujur aku dan husband siapkan rumah sewa Safira ni sebelum aku kena kuaratin.
So dalam bulan Februari lepas, memang dalam 3 minggu kami bertungkus lumus renovate, cuci rumah, cat, beli dan pasang perabot dan bla bla bla. .
Lepas siap tu terus iklan kat Mudah.com. Adalah orang bertanya beberapa orang, lepas tu aku pun kena kobid. Jadilah bodoh sekejap. . .
Dia bukan jadi bodoh, macam biol kot. Tak tapi ntahlah macam blur. Kau macam tak tahu dan tak boleh buat apa2 lah. Dah kena kurung dalam rumah seminggu, bukan rumah jer, duk kurung dalam bilik sorang2! Jadi bengong sekejap. . .
Masa aku tengah kuaratin tu, tetiba ejen mesej bagitau ada penyewa confirm nak masuk. Aku ok jer. Ntahlah sebab masa tu tak sihat kau tak boleh buat apa2. Nasib baik suami sihat dan tiada simpton. So suami jelah tolong uruskan, terima kasih banyak2 bang.
Tenant tu nak aircond, jadi aku dah cakap bayar booking confirm sign agreement baru lah aku install aircond. Malas nak layan orang pong pang pong pang nak mcm2 lepas tu tak jadi sewa haha.
So cara aku show me your money hokey!! Dah jadi baru aku buat bhai. . .
Ikut plan asal nak buat homestay, lepas aku ni mula jadi pemalas nak layan2 karenah orang. Jadi tukar plan. Buat bilik sewa. Lepas orang nak sewa bilik, tanya memacam. Aku heran sebenarnya sebab pasal aku dulu kerja masa bujang dulu2 bilik bujang aku pun tak segah macam aku setup unit ni.
Ni dia punya tanya cerewet yarabiiii aku terus malas nak layan! Tak tau lah sekarang ni dah masuk rumah sewa ke berapa ni aku dah jadi malas. Aku tak suka layan orang bnyak tanya, lagilah dia malas membaca, lepas tu malas nak cari alamat, lokasi ni jauh ke tak. Tanyalah banyak2 benda yang pelik2 confirm lepas tu aku sonyap jer... tanda aku malas nak layan. So since 2022 aku jadi pemilih sikit. Jadi selected begitu lah.
Alhamdulilah tak sampai dua minggu iklan, akhirnya dah dipinang orang tapi orang luarlah. Bukan orang Malaysia tapi aku target nak cari company pun. Syukur, Allah permudahkan urusan ketika kita diuji dengan kobid ni.
Wednesday, January 6, 2021
Renovate rumah di Tiara Sendayan
Selepas dua minggu terima kunci kami buat check defect. Check defect buat sendiri sahaja, takde upah2 orang. Lagipun aku dah belajar check defect ni tahun 2013, jadi kena praktikkan bila dapat unit baru. Kalau nak buat macam mana boleh tengok link kat bawah ni.
http://www.hasnyjalil.com/2013/10/kelas-hands-on-check-defect.html
Selesai Matrix call dan pass kunci balik, kira selesai dah betulkan defect yang dilaporkan, barulah kami panggil kontraktor untuk langkah seterusnya. Korang jangan terus renovate jer nanti apa2 berlaku pada binaan rumah kemudian Matrix memang tak ambil port sebab dah diubahsuai.
![]() |
| Siap cat dan last finishing. |
Monday, October 24, 2016
Apartment Brunsfield dah ada penyewa.
Sekarang ramai bagi tau pasaran sewa agak lembab. Jadi dalam seminggu selepas tu aku dan husband bertungkus lumus make over rumah sikit sebelum nak iklan. Ada aku citer kat sini. Lepas tu baru amik gambar dan iklankan di web mudah dan tampal disekitar apartment brunsfield. Tak sampai beberapa hari ada beberapa orang contact nak datang view rumah.
Jadi setelah dua minggu berulang alik dari Seremban ke Shah Alam, akhirnya sekumpulan pelajar nak sewa seluruh unit. Kami cadang nak sewa ikut bilik tapi diorang nak amik 1 unit jadi kami bagilah harga diskaun.
Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim
Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan ...
-
Aku rasa aku cuma tengok geran kereta ni setahun sekali jer. Masa bila nak tengok? Masa nak renew insurans dan roadtax sekali gus. Punyalah ...
-
Minggu ni aku dan husband amik cuti seminggu. Nak settle hal rumah. Dah hampir 90% renovation rumah siap. Pintu dan tingkap pun dah pasang. ...

.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

























