Wednesday, October 18, 2017

KARNIVAL SISWAPRENEUR MEGASALE POLITEKNIK PORT DICKSON

Maaf pasai kira aku lambat seminggu juga nak update pasal karnival megasales yang dah berlalu minggu lepas. Sebab aku dipertanggungjawab untuk mengajar Keusahawanan semester ni kiranya aku juga terlibat dengan Karnival Siswapreneur Megasales ni. Tujuan dia nak buat rekod serentak semua politeknik Malaysia berniaga dari jam 10 pagi sampai 10 malam.


 Banner dah siap pasang dari jalan masuk ke Politeknik Port Dickson.


 Dapat kerjasama dari FAMA. Jadi gerai pelajar ni khemah dia daripada FAMA. 

yang leceh sikit kena jual beli dalam kupon pulak. Sebab diorang nak buat rekod sales.

 Jadi kitorang pun kena tukar dulu cash kepada kupon. 

 Nanti penjual pun kena tebus kupon jualan diorang pada hari itu sahaja. 

 Masa baru jam 8.30 pagi, diorang tengah setup gerai memasing. Student aku pun adalah beberapa kerat je. Tanya mana yang lain, belum sampai lagi puan.... T_T

 Ada jual makanan, itu yang paling banyak. Yela bagi aku senag nak buat dan dijual. Student aku pun banyak jual makanan. 

 Ada juga peniaga dari luar tapi berdaftar dan bayar dulu hari sebelum karnival dengan urusetia keusahawanan PPD. 

 Pergh murah2 jagung dari Batu Kikir ni, RM10 dapat 12 tongkol tau!!Murah betoi. Aku beli dan buat bubur dan jagung buttermilk. Sedap, manis2 lemak jagung dia, anak2 pun suka. Kitorang berebut beli. Tak sampai petang dah sold out!!

 Banyak pulak pokok orkid jual kat sini, murah2 pulak tu. Mujur ler Umar takde kalau tak confirm kena pow beli anak orkid ni hua hua hua.

Tengah2 sibuk membeli tengahari tu untuk lunch tetiba je dengar bunyi POP!! Oo pengerusi FAMA tengah buat perasmian. Patutler ramai orang kat sini. 

 Punyalah ramai sampai terpaksa beratur nak membeli makanan. 

Hah cepat2 beli sebelum habis. Nak makan kepok lekor berebut beli dengan student hah!!

 Aii Kak Ruzi, Che Ina dan Kak ina beratur nak makan kepok lekor. Kenyang ke makan kepok lekor je tengahari ni hehehe. 

 Gerai student kelas Keusahawanan aku. Diorang ni semua pelajar semester akhir. Majoriti jual makanan. 

 Makanan ringan, meatball dan air tin dan kotak pun ada. Kena amik amik dua gerai sebab tak muat, semua group satu kelas nak jual bahagian masing2 Baguslah nak ikut serta sekali. 

Bila kami lalu jer depan gerai, kecoh gamat jadinyer. Student pakat ramai2 pujuk suruh lecturer beli barang diorang. Sbor jelah. Tapi alhamdulilah semua jualan habis. Ada yang top up balik bila habis barang jualan. Gerai dibuka sampai malam. 

Bila besok dalam kelas aku tanya, amacam seronok ke buat sales?? SERONOK, best puan. Yelah cari pengalaman jadi peniaga, macamana nak aplikasi teori dan praktikal di dalam kelas dan di luar kelas. Dan paling best mestilah dapat kira duit berkepuk kan.... Ahahaha. Rekod jualan Politeknik Port Dickson satu hari megasales adalah mencecah RM50k!! Fuh banyak juga tu kan... Tahniah lah pelajar2 dan peserta karnival semua yek!!



No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...