Lama nak pasang awning depan rumah ni, sebab satunya kereta aku ni baru je cat baru. Jadi sayang pulak kena panas hujan kalau parking kat rumah. (Padahal kat opis pun kena panas hujan ahahaha). Satu lagi kalau hujan lebat angin kencang confirm air masuk dalam rumah.
Company ni kami dapat di FB. Bila tengok kerja2 yang diorang dah buat sebelum rasa ok jugak, kemas dan cantik.
Atau
No contact 0172771987
Maklumbalas memang cepat dan pantas. Dua hari lepas contact team diorang datang dan ukur. Bagi quatation harga ikut design kita nak. So bila sepakat kami setuju warna apa, material apa dan set tarikh untuk pasang. Kena bayar deposit 50% dulu sebab nak ambil barang di kilang.
Design asal rumah, kami memang tak ubah apa2.
Masa ni baru pindah masuk tahun 2014.
Khemah tu sebab nak buat kenduri doa selamat masuk rumah. Bumbung di atas agak pendek, sekali hujan lebat angin kencang, air boleh masuk dalam bilik. Yang kat bawah, porch dia separuh sahaja. Awatlah ler developer tak buat porch sampai habis huhuhu. Nak buat slap porch bukan murah wooo.
Design perumahan Bandar Sri Sendayan rekabentuk moden, tiada bumbung genting. Mujur bukan bumbung slap/ konkrit. Kalau tak lagi haru nak tambah bahagian depan. Pening memikirkan macamana bentuk yang sesuai nak pasang awning ni, bagi cantik dan masuk dengan design rumah kita.. Jadi dah deal diorang datang pasang hari Sabtu, 8 September sebab masa tu kami memang ada di rumah. Kebetulan cuti tiga hari sebab Hari Keputeraan Agong sekali.
Datang pagi2 betul, lori dah sampai 7.30 pagi untuk hantar barang2. Pekerja dia dua orang je yang buat semua kerja ni. Jadi penuh dalam laman rumah barang2 punggah dari lori.
Tiang hitam untuk awning bawah.
Tiang putih untuk awning atas.
Guna atap aluminium composite, tebal 4mm. Ketahanan selama 15 tahun.
Ok dah start potong dan kimpal. . Pasang area depan dulu.
Dah masuk tengahari siap dah pasang tiang dan kimpal sambungan semua. Masa ni cuaca dah panas lik lik... Husband jadi mandur, perati diorang buat kerja. KIra mereka berdua je kerja buat pasang itu ini ko!
Dah siap bawah nak pasang tiang atas pulak, tetiba cuaca mendung pulak. Kalau hujan, tak boleh cat dan buat welding huhuhu.
Makin lama makin gelap, nampaknya memang tak dapat buat sampai ke petang.
Untuk hari ni diorang dapat pasang pasak tiang untuk awning atas saje, besok sambung balik.
Jadi itu jelah gambar2 yang aku dapat ambil masa diorang pasang awning. Tempoh siap pemasangan siap semuanya memakan masa tiga hari. Ini disebabkan setiap hari akan hujan, dan diorang kena stop banyak kali. Kena tunggu hujan teduh untuk sambung kerja balik. Dan kami pula pasang awning atas bawah dan tepi rumah jadi kena ambil masa banyak untuk siapkan semua.
harga 1kaki brp ye
ReplyDeletePerlu permit tak nak pasang awning ni?
ReplyDeletetak perlu sbb bukan binaan kekal. lain kalau slap (konkrit) porch/roof
DeleteSaya nak pasang lebar 4 kaki dan panjang 13 kaki.berapa kos.
ReplyDelete