Sunday, August 1, 2021

Selamat ulang tahun menjadi penjawat awam

Hari ni genap 19 tahun jadi penjawat awam. 

Tarikh keramat ni aku lapor diri di Politeknik Seberang Prai sebagai staf Politeknik Kulim.

Memandangkan Politeknik Kulim belum siap jadi kita menumpang jela kat sini dulu. 

Surat ni sesat. . . 

Aku dapat surat lapor diri dua sebelum tu. Puncanya surat ni alamat dia salah. Bila masa pulak aku menetap di Kluang huhuhu.

Mujur jiran aku, Pakcik Nordin kerja sebagai posmen. Dia yang datang rumah bagi surat kat ayah aku. 

Dua hari kelam kabut siapkan barang dan beg. Aku cuma bawa baju empat, lima pasang sahaja.  

Ak tak berani tangguhkan tarikh lapor diri, sebab takut surat saman sampai. Jangan main-main dengan KPM. Kalau sambung ijazah tanpa kebenaran memang akan disaman oleh KPM. 

Sehari sebelum tu, sempat beli sepasang kasut, seutas beg tangan dan sebatang gincu serta bedak muka. Aku memang tak ada benda-benda ni semua. 

Lapor diri dan terima surat ini.

Gaji permulaan adalah RM897.00 sebulan. Itupun akan diterima setelah tiga bulan bekerja. 

Tiga bulan tiada gaji, mujur aku buat skim sangkutan sebelum lapor diri. 

Emak pun ada berikan duit poket dalam RM300 sampailah gaji masuk. . . 

Zaman kerja ni adalah zaman ikat perut. Gaji kecil tapi cukup.

Jalan kaki sama2 dengan student dari rumah sewa ke politeknik.

Naik bas balik kampung atau ke bandar Bukit Mertajam atau ke Pulau Pinang. 

Duit cukup bagi emak, ayah. Simpan sedikit dalam ASB. Cukup buat belanja.

Makan pun banyak memasak sendiri. Lebih separuh gaji disimpan. Sebab nak guna untuk sambung ijazah setelah tiga tahun berkhidmat. Tak perlu berhutang. 

Surat tawaran sambung belajar. 

Cukup 3 tahun, sah jawatan aku pun mohon penempatan belajar beberapa universiti.

Sangkut kat UTHM, sayang betul UTHM pada aku. Lagipun dekat kat kampung halaman sendiri. 

Jimat kan  . . .  

Kenapa aku susah payah menyimpan separuh gaji? Sebab ketika cuti belajar - gaji aku akan jadi separuh sahaja. Nama pun cuti belajar separuh gaji. 

Habis cuti belajar, surat arahan lapor diri diterima. Politeknik seterusnya adalah Politeknik Kuching. 

Dari Utara bertukar ke Borneo pula. 


Selamat tinggal Utara. 
Selamat datang Borneo. 



Ini slip gaji aku Ogos 2008. 

Slip gaji ini aku terima sekali dengan surat lapor diri ke Politeknik Kuching dari Politeknik lama aku. 

19 tahun sudah, alhamdulillah. 

Rezeki Allah bagi sentiasa murah. walaupun adakalanya perjalanan kadang2 sukar dan lambat tapi perancangan Allah itu ada hikmahnya. 

Alhamdulilah. Alhamdulilah. Alhamdulilah. 













No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...