Sunday, October 10, 2021

Berbasikal riadah di Bandar Sri Sendayan

Hujung minggu sempat beriadah dengan mengayuh basikal. 

Bandar Sri Sendayan (BSS) ni memang cantik landskap dia.

Dan aku puji perkara yang benar. Bukan sebab aku tinggal di kawasan ini.

Kalau aku balik dari tempat kerja ke rumah, memang aku akan lalu beberapa taman perumahan dan ternyata permandangannya tak dapat tandingi BSS.

Kemas, rapi, pokok dan jalan terjaga baik dan elok. 

Sepanjang perjalanan mengayuh basikal, terserempak ramai orang yang berjogging dan mengayuh basikal juga seperti aku. 

Sini banyak roundabout hahaha 


Ada taman perumahan yang belum siap terletak antara taman-taman yang dah siap. 
Tapi tiada kerosakan jalan raya dan persekitaran terjaga dengan baik. 

Matrix memang murah hati memperuntukkan belanja yang besar untuk landskap di sekitar bandar ni.

Kalau mereka tidak puas hati dengan pokok yang ditanam, pokok itu dicabut dan ditanam semula dengan pokok yang lebih baik lagi. 

Dan setiap minggu pekerja majlis bandaraya akan membersihkan, memotong dan menyapu sampah di sepanjang jalan - jalan di bandar ini. 



 
Nampaknya pagi-pagi ini tak ramai orang menghayunkan batang golf dekat X Park Golf Driving. 

Sepanjang jalan, macam-macam jenis pokok yang ditanam. Matrix tak kedekut belanjakan wang banyak untuk cantikkan landskap BSS. 

Laluan untuk pejalan kaki pun kemas dan cantik. 

Balik rumah tengok ada tetamu main-main kat pokok depan rumah. 
Gemoknya si bulus ni. 


Bunga hutan yang ditanam di pagar rumah.

Elok hidup berbunga, walaupun tuan rumah tiada masa nak tabur baja dan belek dia. Tahu siram sahaja. 






 

No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...