Saturday, April 5, 2014

Bengkel Termodinamik Sesi Disember 2015

Tarikh 3 April 2014, julung2 pertama kalinya jabatan aku adakan kelas insentif khusus untuk pelajar2 yg masih lemah dalam subjek termodinamik. Subjek yang boleh dikatakan "killer" dalam pengajian kejuruteraan mekanikal. Jadi semua lecturer termodinamik pilih 10 pelajar yg lemah untuk hadir dalam bengkel. Jadi kami akan bertindak sebagai fasi membimbing mereka untuk menjawab contoh soalan final yang lepas.


Alhamdulilah. Kehadiran pelajar memberangsangkan. Dekat 90 org juga. Penuh dewan kuliah. Sebab subjek ini byk mengumpulkan pelajar yg gagal kali pertama atau kedua. Takkan nk gagal lg kan!!

Fokus adalah target untuk kuasai tajuk dalam menjawab soalan final nanti. 

Sampai terteleng kepala lecturer nak bantu pelajar jawab soalan, lols. 

Lecturer termo merangkap fasi memberi tunjuk ajar pada pelajar yg tak faham dalam menyelesaikan soalan



Gara2 aku upload dalam FB byk juga member aku yabg beri respond pasal subjek ini. Yup dulu masa belajar rasa macam perit nk belajar dan faham. Tapi bila dah lebih 10 tahun mengajar aku raaa subjek ini satu perkara mudah sebenarnya. Bukan nak berlagak tapi kenyataan mungkin disebabkan kelemahan pemahaman konsep dan penguasaan fizik dan matematik menyukarkan pemahaman kita. 

Wednesday, April 2, 2014

Cari sticker nama.

Kebetulan tercari-cari kedai sticker sebab nak buat label nama anak-anak. Nanti boleh letak kat beg, tumbler, pencil case, pensil warna, buku , botol susu, tupperware Qaireen dan Umar. Supaya tahu dan kenal barang-barang sendiri, lagipun kat tadika ramai budak-budak lain. Jalan-jalan kat Tesco S2 (lubuk tempat kami cari barang2 rumah) terjumpa booth yg comel ni.




Pilih-pilih design, Qaireen nak tema Hello Kitty. Umar pulak nak kartun Disney -Mickey Mouse and friends.. 10 minit jer, dah siap...

harga dan jumlah kepingan yang dapat


Amoi ni sedang edit nama sebelum print.


Ok, siap. Lepas tu Tampal sticker kat semua barang anak-anak. 







Renovation House aka Ubahsuai rumah kami

Minggu ni alhamdulilah dah berjalan sedikit pengubahsuaian rumah. Pintu dan dinding kaca sliding door di bilik bawah dah dibuka. Dan besoknya kami tengok pekerja dah start buat ikat bata.


Check defect yang aku dah buat laporan hari itu, sudah 95% siap dibaiki. Baguslah. Maknanya renovation dah boleh mula dibuat. Bilik atas pun dah dibuka pintu sliding door. Rumah ni kebetulan banyak sangat sliding door (pintu gelangsar). Kira-kira ada dekat empat pintu, mak aii banyak betul. Kos nak pasang jeriji lagi lah banyak. Sebab itu aku dan husband ubah jadi kepada tingkap dan naik bata sahaja.

kALAU NAK TAHU MACAMNA BOLEH LER KLIK DI SINI

Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast...