Saturday, April 5, 2014

Bengkel Termodinamik Sesi Disember 2015

Tarikh 3 April 2014, julung2 pertama kalinya jabatan aku adakan kelas insentif khusus untuk pelajar2 yg masih lemah dalam subjek termodinamik. Subjek yang boleh dikatakan "killer" dalam pengajian kejuruteraan mekanikal. Jadi semua lecturer termodinamik pilih 10 pelajar yg lemah untuk hadir dalam bengkel. Jadi kami akan bertindak sebagai fasi membimbing mereka untuk menjawab contoh soalan final yang lepas.


Alhamdulilah. Kehadiran pelajar memberangsangkan. Dekat 90 org juga. Penuh dewan kuliah. Sebab subjek ini byk mengumpulkan pelajar yg gagal kali pertama atau kedua. Takkan nk gagal lg kan!!

Fokus adalah target untuk kuasai tajuk dalam menjawab soalan final nanti. 

Sampai terteleng kepala lecturer nak bantu pelajar jawab soalan, lols. 

Lecturer termo merangkap fasi memberi tunjuk ajar pada pelajar yg tak faham dalam menyelesaikan soalan



Gara2 aku upload dalam FB byk juga member aku yabg beri respond pasal subjek ini. Yup dulu masa belajar rasa macam perit nk belajar dan faham. Tapi bila dah lebih 10 tahun mengajar aku raaa subjek ini satu perkara mudah sebenarnya. Bukan nak berlagak tapi kenyataan mungkin disebabkan kelemahan pemahaman konsep dan penguasaan fizik dan matematik menyukarkan pemahaman kita. 

No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...