Thursday, February 1, 2024

Lunch Burger Lab. Something miss. . .

 Beli barang kat Ikea Cheras, kami akan cari makan kat My Town Shopping Centre. Sebab kalau IKEA memang beratur panjang, dan kita tak kuasa nak beratur sebab nak makan bebola daging hahaha!!

Jadi ke Burger Lab jela, sebab masa mula2 makan burger ni kat Tiara Sendaya terus jatuh hati. Boleh refer blog yang terdahulu. 

https://hasnyabduljalil.blogspot.com/2020/01/makan-dan-santai-di-tiara-sendayan.html

Kami amik semua set burger. 

Kecuali Ilhan ambil set kanak-kanak. Ada tambahan nugget. 

Actually bila makan, rasa banyak pulak. Cuma kali ni dia tiada lagi nachos huhu. 

Just french fries dan burger. Aku amik burger daging. French fries dia ada garlic. Sedap.
Air dia soft drink je offer. Ada orange juice. Boleh refill banyak kali tanpa had.  



Cuma aku rasa sekarang rasa dia macam dah kurang, tak macam kami mula2 makan dan datang kat sini awal2 pasca covid. Rasa mcam kurang sesuatu - over cooked kot sebab rasa hangit sikit. Dan fries dia macam dah sejuk sikit. Hmmmmm. . . ..


Tteokbokki yummy!!

Kalau beli di luar tteokbokki not bad harga dia. Rasa dalam RM10 dapat beberapa stick je kan rice cake dia. So aku decide buat sendiri je. 

Beli je kat AEON rice cake ni. Dan juga Sos Gochujang. Yang ni kat Shopee berlambak. Ada juga jenis paste. Sekarang aku suka guna paste sebab banyak. 

Yang ni jenis liquid, kat Family Mart dan Speedmart ada jual. 

Kat Aeon memang ada banyak jual rice cake, macam2 brand. 




Tuang sos, letak sos tiram sikit bagi masin dan tambah sos korea adabi kalau nk bagi pedas lagi. Tak nak pedak tak perlu letak. Lepas tu masukkan rice cake dan tambahan fish cake yg dipotong slice by slice. Tabur daun bawang. Bijan. 


Masaka sekali dengan ramen a.k.a maggi laksa hahaha. anak request. 

Hujan2, makan ni dengan kimchi, perghhh memang terangkat. Best giler!!


Tuesday, June 6, 2023

Lawatan Bench Marking ke Utem, Qiu Uni dan KV Taiping

Tahun ni kita penuhkan dengan lawatan penanda aras merata-rata tempat. First trip adalah ke UTEM, Melaka. Kita terjah lawatan ke Fakulti Kejuruteraan Pembuatan, Utem ya. 15 Mac 2023 kita ke sana. 

Rombongan dari JKM, PPD. Kami sampai awal. Jadi tunggu legasi Politeknik Banting Selangor datang sebab nak jalan sekali gus. 

Ok Poli Banting dah sampai. Jom mulakan meeting. Terima kasih pihak FKP Utem menjamu kami minum pagi dan makan tengahari juga. Alhamdulilah 

Dah sesi temu bual, meeting kita jejalan kat makmal dan bengkel pulak. 

Madam Tham tak heran ye kawasan ni, sebab dia sedang belajar master kat sini hehehe. 


Lepas selesai je lawatan, kita gerak balik ke Port Dickson. 
Naim dan Dr Aznee belanja minum coconut shake, sedapppp!!

Balik poli, habis kerja balik rumah. Kemas2 beg. Petang tu jam 6 petang, kami bertolak ke Taiping balik kampung. Sebab besok petang ada lawatan bench marking di Qiu Universiti di Ipoh, Perak. 


Berhenti makan malam kat RnR Tapah yea. Makan McD dan mee rebus sotong Pak Tam. 

Tak cukup double cheese burger, Ilhan nak makan bihun sup pulak. 

Sampai kat kampung dah lewat malam juga, terus tidur kepenatan wei. Dah lah baru habis lawatan kat Utem Melaka, lepas tu shoot terus balik ke Taiping. Pengsan aku. 

Besok petang jam 2.00 pm kita ke Qiu Uni di Ipoh. Anak2 tinggal rumah opah kejap. 
Kali ni lawatan untuk program diploma kej. mekatronik. 

Tengok projek yang dihasilkan oleh pelajar mereka. 

Pelajar Universiti tunggu utk buat presentation untuk kami. Wow. . .

Lurve dengan cafe Qiu uni ni, vibes dia memang best. Modern. . . 
Padahal cafe student tu. 

Jamu minum petang, terima kasih Qiu University. 


Selesai lawatan Qiu University, geng2 projek ajak jalan2 cari makan kat Ipoh ni. Aku dan husband pergi Miker Pizza sebab nak tapau Pizza untuk anak2 kat rumah. 

Minum petang kat sini pulak. Perkena pizza orang perak pulak. 

Sedap pizza dia, kaya dengan cheese. Budak2 memang suka tarik-tarik cheese kalau makan pizza macam ni. 


Pagi besoknya, jam 9.00 am kami dah kena berada di Kolej Vokasional Taiping untuk lawatan bench marking seterusnya. Kehadiran kami penuh dengan sambutan daripada pengurusan dan pengajar KV tersebut. Tujuan datang di sini sebab nak dapat tips-tips dari diorang yang selalu menang projek pelajar di dalam pertandingan antarabangsa. Menang kat Korea Selatan dan Kanada. Fuhhh dahsyat dahsyat!!



Tengok projek inovasi pelajar KV. 

Bukan biasa2 tu, menang kat Korea hah!!

Abis lawatan tengahari tu, kita dijamu makan tengahari oleh pihak KV, Alhamdulilah. Lepas tu diorang teringin nak makan cendol. So memandangkan ini tempat kelahiran En Hamdan maka dia bawalah semua makan kat sini. 

Cendol dan rojak, surrr... 

Selesai sudah lawatan bench marking aku tiga hari berturut-turut. Besoknya dah gerak balik ke Seremban sebab nak cari peralatan dan baju sekolah anak2, yelah minggu depan tu sekolah akan dibuka semula. Sekian. . .


Hari Projek Akhir Pelajar PNS dan PoliPD || 2026

Hari Khamis, 24 September 2026, berlangsung Hari Innomex 2026 JKM di Politeknik Nilai. Aku sebagai Supervisor untuk group student projek sen...