Wednesday, April 24, 2013

GARAM BULUH: PENGHASILAN DAN KHASIATNYA


 
Di sini saya kongsikan satu journal tentang penghasilan Garam Buluh (Bamboo Salt) yang diperbuat satu-satunya tempat di Korea. Dan anda semua akan tahu mengapa Garam Buluh ini berkualiti dan kaya dengan mineral semulajadi jika dibandingkan garam putih.
Artikel ini diambil daripada Journal - Manufacture Process of
Introduction- Korean Yellow sea coast where is nominated No.2 of World’s 3 tidal flats, as the mud flat absorbs the natural minerals intact and removes needless components, it becomes safe and healthy salt on human body. Our bamboo salt is made using sun-dried sea salt from this Yellow Sea coast of Korea. There are lots of salt ponds in a grid pattern in Korean Yellow Sea coast.



Air laut yang dikumpulkan dan dijemur. Proses ini mengalami penyejatan dan pengkristalan garam. Garam yang terhasil daripada penyejatan akan dikumpulkan oleh pekerja tempatan untuk proses seterusnya. Garam Korea yang telah dijemur merupakan garam yang terkenal di dunia kerana kualiti yang terbaik.



Kemudian penyediaan batang buluh yang berusia tiga tahun ke atas. Batang buluh ini dipotong pada penghujung musim bunga atau musim luruh kerana ketika ini batang buluh kaya dengan kandungan mineral semulajadi.



Batang buluh dikerat-kerat mengikut ruasnya. Kemudian garam disumbatkan ke dalam ruas-ruas buluh tersebut.
(macam nak buat lemang pulak hehehe) 

Buluh Korea merupakan buluh yang mengandungi sulfur yang sangat tinggi.



Kemudian lubang buluh akan ditutupi dengan tanah liat merah dan diletakkan dalam iron tube.




Kemudian buluh-buluh ini akan dimasak dengan pembakaran mengunakan kayu pokok pain.
Apabila buluh telah siap dibakar dan lebur maka yang tinggal hanyalah garam buluh.


Tanah liat memainkan peranan penting dalam pembakaran garam buluh.
Jika buluh dibakar tanpa ditutupi tanah liat, garam akan membuak dan melimpah keluar daripada batang buluh. (Korang yang pernah bakar lemang tentu faham kan macamana santan membuak dan keluar bila buluh dibakar).

Lagipun tanah liat sebenarnya menyumbangkan banyak mineral seperti silica (SiO2), Alumina (AL2O3), Calsium Carbonat (CaCO3), Iron (Fe), Magnesium (Mg) ketika proses pembakaran. Sebab itulah ianya menyumbangkan pertambahan mineral di dalam kandungan garam buluh.


Proses tersebut tak terhenti setakat ini sahaja.
Tahukah anda garam buluh ini kemudian akan dimasukkan sekali lagi ke dalam batang buluh baru dan akan dibakar dan proses ini berulang sehingga 3 dan 9 pusingan!!


Dengan proses ini korang bayangkan betapa sulitnya penghasilan garam buluh, dan bagaimana buluh dapat mennyahkan pencemaran toksin dan logam berat daripada air laut. Pembakaran garam juga dapat meningkatkan dan penyerapan mineral dalam garam buluh.


Bagi Garam Buluh masak (Bamboo Salt Cooking) pembakaran dilakukan sebanyak tiga kali.

Dan Garam Buluh minum (Bamboo Salt Premire Drink) pembakaran adalah sebanyak lima kali.



Khasiat garam buluh adalah :-

1) Menyingkirkan toksin dalam badan misalnya (logam berat, bahan kimia, bakteria, bahan buangan metabolisme, keracunan asid, radikal bebas).
2) Menguatkan peristalsis saluran usus, menyingkirkan najis yang lama terkumpul dalam usus.
3) Membekalkan bahan mineral dan elemen surih kepada badan manusia.
4) Menyelaras fungsi badan supaya sistem badan dapat beroperasi secara normal.
5) Menyelaras keseimbangan pH badan, mengembalikan susuk badan yang beralkali lemah.
6) Meningkatkan daya pemulihan badan.
Jadi anda sudah tahu kebaikan dan khasiat garam buluh!
Bertukarlah daripada garam putih kepada garam buluh demi kesihatan keluarga anda.
untuk pesanan boleh hubungi saya dengan segera.
Ejen juga dialu-alukan jika anda berminat untuk menyertai peluang perniagaan ini.
HASNY
-012 7597929
-013 6036630











No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...