Tuesday, May 21, 2013

KANSER WANG@WANG BOCOR!


Hari Ahad lepas, 19 Mei 2013 saya pergi ke Seminar Kombo di bawah kelolaan Richworks Group di Hotel de Palma, Shah Alam. Sebenarnya daftar pun last minute, tetiba je rasa nak pergi sebab ada tarikan nak ke sana. Husband pun ikut sekali untuk dengar, cari ilmu. Sebab saya rasa ni ilmu ni bukan senang nak cari di mana-mana sekolah atau universiti.

Jadi pagi-pagi tu hantar anak-anak ke rumah pengasuh dan kami bergerak dari Port Dickson menuju ke Shah Alam. Sampai pun hampir pukul 9.00 pagi sebab singgah sarapan di R&R Dengkil. Begitu ramai krew Richworks yang menunggu di bahagian hadapan. Yang hadir pun ramai juga tak kira tua, muda dan pertengahan (mungkin sebab free) hehehe. Isi borang mendaftar di kaunter hadapan dan kemudian kami menuju ke ballroom.

Sampai kat pintu tak dapat masuk! Sebab terlalu penuh dan padat, sampai ada yang duduk bersila kat dalam tu. Bayangkan betapa dashyatnya sambutan huhu! Nasib diorang bukak skrin kat luar, jadi sesiapa yang lewat boleh duduk di luar dan tengok di layar skrin. Padan muka ku pasal apa datang lambat hehehe!


Sesi pagi (8.30-12.00) adalah seminar Fesbuk Power dengan speaker Mr Bryan Gan. Bila Dr Azizan keluar macam artis, bersorak orang ramai tengok hamba Allah ni. Dia share sedikit sebanyak macamana membuat pemasaran di FB. Dan banyak testimoni yang berjaya ditayangkan dengan mengunakan kaedah yang dipelajari dalam kelas AMP Bryan. Paling best, Bryan dan krew pergi ke Kampung Baru nak shooting buat testimoni peniaga yang berjaya setelah tamat kursus AMP.



Credit to fesbuk power for the picture



Pemilik page ni perempuan muda, bekerja sebagai PA syarikat swasta. Part time menjual hijab. Dan kalau tengok page dia fuh macam dashyat seolah-olah tuan pemilik ni mewah. Tapi bila Mr Bryan dan krew sampai, Bryan kata rumah kampung (kayu) jer, naik masuk dalam rumah kosong gile! Diorang semua termasuk pemilik page ni duduk bersila jek shooting gambar. Dalam rumah tu yang ada cuma laptop, broadband, kipas meja dan stok-stok tudung/hijab bertimbun untuk diedarkan kepada pelanggan. Tetapi yang "like' page dia dekat 30k dan pendapatan sehari cecah ribuan ringgit. Simple kan. Tak perlu susah-susah keluar cari pengedar, pelanggan, bukak kedai dan ambil pekerja. Order stok dari Indonesia dan Vietnam pun guna internet sahaja. Begitulah kuasa FACEBOOK! Then she retired kerja PA sebab jadi hura-hara dan tak menang tangan nak terima order daripada pelanggan.


Banyak perkongsian yang diberikan oleh Bryan dan seminar sesi pagi tamat 12 tengahari. Masing-masing keluar bergegas makan dan solat zuhur. Bila nak start sesi petang (2.00-6.00 petang) semua dah berkerumun depan pintu dewan. Sesi petang ni lain sikit, kalau pagi ramai orang muda dan pelajar, tapi yang petang pulak ramai golongan pertengahan/ belia (golongan bekerja dari 5 tahun ke atas). Sebab apa? Sebab topik menarik - Seminar Wang Power dan speaker bukan sebarangan orang- Abang Abu Alyubul Ansari-jutawan Singapore.


Abang Abu (mekanik wang) berasal dari Johor, pasal tu kot saya tahu tentang dia sebab memang famous dekat negara Kota Singa. Dia sendiri banyak dapat pengiktirafan luar negara dan pernah terlibat dalam kabinet perancangan ekonomi Singapura yang memacu ke negara maju. Ni yang buat saya tertarik nak datang seminar tersebut. Tahu-tahulah Singapore, tetiba pulak ada seorang Melayu berjaya dan berkuasa di kalangan bangsa lain. Dia keluar terus menari depan di atas pentas dengan lagu Jai ho, lepas cakap mesti aku sebijik macam bangla kah kah.



Abang Abu kongsi banyak perkara, kenapa dia boleh berjaya. Dan saya yakin hampir semua perempuan dalam dewan (termasuk aku hoho) menitik airmata dengar peristiwa hitam yang berlaku pada keluarga dia ni. Dan cerita dia benar apa yang berlaku pada masa sekarang dan kenapa ada kanser wang merebak dalam golongan pertengahan (middle class). Sebab saya dah banyak baca buku Robert T. Kiyosaki banyak juga persamaan yang diterangkan dalam seminar itu.



Apa itu ASET? Apa itu LIABILITI? Kenapa ada wang bocor setiap masa. Tahukah apa itu wang bocor. Wang tak mesra dengan kita, datang dan pergi. Dan paling best dia siap tunjuk joget orang miskin, joget orang susah dan joget orang senang kah kah. Step joget orang susah lagi banyak dan payah kalau banding joget orang miskin hehehe. Dan kebanyakan orang yang joget orang susah ni ialah golongan berniaga dan bekerjaya (makan gaji) yang berlandaskan kelulusan ilmu yang dipelajari di kolej/universiti. Jadi faham-faham lah ini termasuklah golongan elit dan profesional. golongan ni macam guru, pensyarah, jurutera, doktor, arkitek atau sebagainya.

Dan ramai di Kota Singapore, golongan ini selalu jadi biul. Kanser wang boleh buat orang jadi biul. tapi benar hari-hari ada kes macam-macam di sana. Lagilah bila ekonomi jatuh. Kenapa ada yang gagal, kecelakaan dan bagaimana ianya terjadi. Dia tekankan bukan FOKUS BERAPA BANYAK WANG YANG ANDA DAPAT. TAPI APA YANG ANDA PERLU BUAT DENGAN WANG TERSEBUT! Ramai orang biul sebab ni, bangang pun iye. Sorry bahasa dia memang spontan agar senang faham.....

Saya keluar awal pukul 5.00 petang sebab nak kejar masa balik ke Seremban, ambil anak-anak tadi. Dalam perjalanan memikirkan betul jugas kata abang Abu tu. Masalah wang bocor memang bahaya.


Dan semalan wang saya bakal bocor RM3000, bayar balik ke KPT. Sebab saya naik pangkat kena bayar balik elaun yang sepatutnya saya tak dapat. Tapi saya tak berupaya nak marah. Mungkin sebab kata-kata Abang Abu yang penting mula-mula bersyukur dahulu. Lepas tu buat perancangan. Kalau ikutkan hati mungkin akan kata macam-macam tapi saya redha dalam keterpaksaan huhuhu.. Fikirkan penat-penat business dan menyimpan sudahnya bagi balik kepada kementerian. Ada sesuatu ketidakpuasan hati dalam diri, saya nak cari di mana puncanya. Kalau tak bak kata Abang Abu, nanti kita jadi biul! :)

Dan saya akan sentiasa merapatkan diri mencari ilmu-ilmu ini di mana-mana seminar. Hehehe memang dah azam tahun ni nak ubah macam-macam. Hopefully dipermudahkan. Amin.



1 comment:

  1. seminar wang pow3r khusus 100 orang akan diadakan pada Jun 2013 selama 3 hari. Yuran anggaran RM1000 hingga RM3000 bergantung pakej yang ditawarkan. Layari laman website Richworks DAO.

    ReplyDelete

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...