Thursday, May 16, 2013

THROWBACK: BAJET SEBELUM HARI BAHAGIA 2007

Pagi-pagi ni dekat opis, ada taklimat daripada KJ tentang penilaian prestasi kerja. Lepas taklimat, kami dikehendaki hantar SKT (sasaran kerja tahunan) pada hari ini juga!

Wah, kelam kabut cari balik mana ler letak SKT yang lepas. Nak taip balik mana ada masa, lagipun SKT tahun ni pun sama jek dengan tahun-tahun sudah. Huh tak berkembang langsung! hehehe.

So godek-godek kat komputer, hard disk tak jumpa-jumpa. Isk isk, mana pergi? bukak laptop pulak. Bukak ler folder BACKUP! yes! Jumpa ler satu fail SKT dan satu fail BAJETKU? Lega dah dapat balik SKT lepas. BAJETKU? Apa dia folder BAJET ni, bukak2...




Hahaha! Tergelak depan laptop tengok folder tu, bajet ku tujuh tahun dulu! Rasanya plan bajet dua bulan sebelum berkahwin tahun 2007. Selesai isi SKT dan hantar, saya tengok imbas balik tujuh tahun lepas. Uhuk uhuk uhuk.

Biasalah semua orang nak kahwin mesti pening kepala fikir bajet nak kahwin dan selepas kahwin kan. So disebabkan ada ler ingat sikit-sikit ilmu Prinsip Akaun zaman SPM dulu, saya buat ler bajet. Masa tu ASB dah makin susut ada lagi balance RM1k. Dan saya tengah belajar, masih berbaki lagi setahun di UTHM dengan bergaji separuh... Dua bulan tu belajar pun tak dapat masuk kepala pasal fikirkan bajet lol! Check ler gajiku time tu huhu.

Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) diberikan pada penjawat awam kakitangan sokongan untuk menyambung pelajaran sepenuh masa di peringkat ijazah. Mimpilah kalau nak menyimpan duit masa tu!

Gambar masa 2002, di Polimas. Lecturer praktikal. Empat bulan selepas tu mula bekerja di Politeknik Kulim(2002-2005). Umur saya 21 tahun ketika ini ♥


Saya tidak ambil pinjaman. Dengan gaji separuh tu dan ASB (hasil simpan kerja tiga tahun di Kedah) saya berjimat -tersangat ler jimat nak uruskan hidup belajar tiga tahun kat UTHM huhuhu. Tak nak dihantui oleh PTPTN. Kalau gaji naik selepas habis belajar degree dan sudahnya sama saja kena bayar balik hutang PTPTN.

sebab tu, SAYA MENYOKONG PENDIDIKAN PERCUMA UNTUK RAKYAT hehehe!

Mujur ada KWSP, sebab mohon bersara pencen. Duit ni simpan sampai betul-betul saya perlukannya. Memang sungguh membantu sedikit banyak untuk urusan kenduri kahwin dan yuran pengajian saya. Mak ayah nak bantu pun saya bagi sponsor khemah sahaja. Sebab prinsip saya, selagi mampu saya akan berusaha,ewah2. Saya tak nak mereka bayarkan apa-apa satu bahagian pun.

Duit hantaran! Debit hantaran, kredit di advanza. Wah. Habis ku bayar duit muka kereta Avanza, pengganti kepada Kelisa yang banyak problem. Bayar kelisa bulan-bulan pun RM350. Saya jual kat Parit Raja pada seorang wak ni dapat tunai RM8k. Campurkan duit hantaran dan terus beli MPV. Orang pelik- pasal saya belum berkahwin tapi dah beli avanza kik kik kik. Sebab malas tukar kereta lagi selepas ni. Senang bawak satu family... Masa tu belum ada grand livina, exora, alza lagi. Kira avanza pioneer MPV market masa tu. Leceh nak tukar kereta besar lagi-menambahkan liabiliti dalam poket saya. Itu pun dah bernilai hampir RM70k termasuk cukai dan insurans.

SAYA SOKONG HARGA KERETA TURUN DAN LEBIH MUNASABAH!

Duit pelamin, meja makan, baju nikah, kad kahwin dan upah gambar dalam RM1500 isk isk.. Bayar lagi dua insurans GE (masa tu memang nak stop insurans jek tapi fikir-fikir tak jadi). Sebab sayang dah ambil insurans dari 2002 lagi. Lepas tu bayar yuran untuk short semester pulak RM380, ambil 3 subjek jek pun ish ish. Kalau yuran penuh satu semester RM880 - RM1000. Belum masuk beli buku-buku lagi. Hmmmm

Minyak! Masa tu RM1.92 seliter. Bajet RM100, cukup lah nak ulang alik UTHM dgn umah sewa dan balik kampung.. Itu pon tong-tong dengan member rumah. Bayar sewa rumah untuk dua bulan dan ada bajet lebih pasang sebijik aircond rumah mak ayah.  (Tahun 2008, minyak memecut naik RM2.70, terasa sungguh kesan dia!). Banyaklah puasa sunat, ikat perut sementara nak tunggu abis belajar dan graduate.

SAYA SOKONG HARGA MINYAK DITURUNKAN, SEBAB MINYAK NAIK SEMUA BARANGAN NAIK, darurat betul masa tu.

Dan paling bersyukur sekali, duit kenduri saya betul-betul CUKUP!  Bajet kenduri masa tu dekat RM10k kalau masak beriyani untuk 1000 jemputan. Tukang masak pun kawan ayah, En Md Shah. Member price hehehe. Betapa ramai jemputan yang hadir. Dan bilangan yang datang sungguh luar biasa. Siap ada ramai2 yang naik bas dari kampung sebelah dan Muar. Alhamdulilah.

Habis kenduri ada lah sedikit surplus dalam akaun bajet, nasib baik bukan deficit. Fuh... agak-agak korang tengok dalam akaun bajet tu mesti perasan hanya satu-satunya aset yang saya beli dan simpan sekarang ialah barang kemas huhuhu. Tapi sekurang-kurangnya beli kuda hijau ku ini berbaloi sebab banyak berjasa sebelum majlis kenduri sampai lah ke hari ni.








Dan syukurlah tak perlu sampai berhutang untuk perbelanjaan kenduri kahwin dan pendidikan saya. Dengan gaji separuh masa tu mengajar saya untuk lebih berhati2 mengendalikan kewangan huhu. Dan sampai sekarang pun masih belajar untuk tingkatkan pendidikan kewangan saya dengan lebih baik lagi. Harapan lepas ni boleh tambahkan aset dan lebihkan pendapatan, kurangkan liabiliti serta perbelanjaan. InshaAllah. Amin.

No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...