Minggu lepas saya terima panggilan dari LHDN tentang pengisian borang cukai yang telah saya hantar sebelum 30 April 2013 lepas. Ada kemusykilan pada bahagian pendapatan dan insurans yang saya isikan dalam borang tersebut. Setelah 10 minit bercakap, akhirnya pegawai untuk mengesahkan segala dokumen perlu disimpan selama 7 tahun. TUJUH TAHUN!! lama tu!! Saya pun tak tahu mana pergi dokumen-dokumen yang lain sebab ada insurans saya mula ambil sejak tahun 2001, ketika saya masih belajar diploma di IPTA selatan...Mungkin saya khilaf.
Fuuuuh. Kerja dah merata tempat. Kedah tiga tahun kemudian balik ke Johor belajar 3 tahun. Kemudian bertugas di Sarawak hampir 4 tahun dan sekarang bertugas di Negeri Sembilan. Pindah sana sini, CONFIRM dokumen semua hilang ntah ke mana-mana.
Dan minggu ini, saya terima surat puaka. Jeng! Jeng! Jeng! mohon bayar dalam RM7++ termasuk penalti yang lepas. Jadi mahu tak mahu saya mesti bayar loh. Bab kata Mr Yong, Master Coach @CEO DSR Capital 'kalu you sayang Malaysia, you mesti bayar maaa...". (padahal dia mengaku, dah ada berbelas biji rumah pun PTPTN pun tak berbayar lagi hahaha).
So bagi mengelakkan masalah timbul pada masa hadapan, saya pun segera ke Pejabat Pos Teluk Kemang dan membayar semuanya. Hm hari tu kena bayar balik BIPK 5% since gaji 2010. Sekarang boleh timbul benda ni pulak. Macam-maacamlah pulak. Tapi ada masalah jangan lari yek, selesaikannya hokey!! Bayar jelah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ilhan Wafiq selamat berkhatan
29 Disember 2025, Ilhan selamat berkhatan di klinik di Seremban 2. Aku je lambat nak update dalam blog ni. Dah 3 bulan baru terhegeh nak tu...
-
Aku rasa aku cuma tengok geran kereta ni setahun sekali jer. Masa bila nak tengok? Masa nak renew insurans dan roadtax sekali gus. Punyalah ...
-
Dapat pilih kontraktor untuk renovate dan sebut harga dah dipersetujui. Sudah dua minggu berlalu jadi adalah perubahan sedikit demi sedikit ...

No comments:
Post a Comment