Mujur adik saya ada di rumah sebab cuti. Mujur...Sampai di bahagian kecemasan ayah terus dihantar scan dan jahit luka di kepala. Dikesan ada keretakan di kepala dan dua belah tangan ayah. Dan ayah tak sedarkan diri selepas tu. MAsa tu mak bagitau, bahagian kecemasan penuh dan sesak dengan semua kakitangan hospital berkerumun kat ayah (ayah saya pesara Pembantu Perubatan dan kebetulan dia berkhidmat di bahagian kecemasan HBP sampai dia pencen). Saya sampai pukul 7 ptg ayah sedang tidur atau pitam pun saya tak pasti. Pastu doktor kata kalau dua hari tak sedarkan diri, HBP akan hantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk pembedahan!! Ya Allah, rasa sejuk badan dengar.
Dan dua hari saya sentiasa berdoa, sembuhkanlah... sembuhkanlah... sembuhkanlah... Sihatkanlah...Sihatkanlah...Sihatkanlah...Sedarkanlah ayah aku ini... Ya Allah. Tak mahu ada pembedahan terutama berkaitan dengan kepala. Kami anak beranak dan mak bergilir-gilir menjaga dia. Dan ramailah yang datang melawat tak kira saudara mara dan rakan-rakan ayah, lagipun kawan dia pun kerja di situ jadi memang senang nak datang melawat bila-bila masa.
Hari pertama saya muat turun dalam facebook atas permintaan mak saudara nak tengok keadaan ayah. Dan Alhamdulilah syukur Allah makbulkan doa kami dan rakan sekalian. Hari kedua, malam tu ayah dah sedar dan boleh berfikir dengan normal. Terima kasih Allah, terima kasih kawan-kawan yang mendoakan.
Hari ketiga ayah mampu duduk, makan dan minum seperti biasa. Cuma ayah tak beberapa ingat macamana terjadi kemalangan dan dia tak sedar apa-apa lepas tu. Badan ayah agak lemah sebab hampir tiga hari tak makan, cuma makan bubur saja sebab gigi dia sakit. Saya berikan coklat supaya badan dia bertenaga semula.
Rasa menyesal pula sebab kelam kabut nak balik lupa nak masukkan BVSM dalam kereta, kalau tak, boleh bagi ayah pakai untuk pulihkan tenaga. Hari keempat, doktor bagi report tiada apa-apa masalah besar. Syukur sekali lagi. Dan ayah boleh discaj balik ke rumah.
Besoknya saya pergi ke Hai O Marketing Parit Raja, Batu Pahat untuk mencari beberapa produk untuk ayah. Cuba-cuba untuk survey kalau ada BVSM untuk ayah sebab ayah kata kepala dia macam pening-pening sikit, nak tidur payah. Kalau you all nak tau BVSM tu apa boleh klik di sini.
Dan ntah macam mana, malang tidak berbau. Ketika mencari parking kat depan kedai tetiba kereta saya bergoyang. Rupanya sebelah pintu kereta saya dihentam oleh Mercerdes sepasang suami isteri distributer Hai-O ketika mereka cuba mengundurkan kereta. Pemandu minta maaf sebab tak sedar kereta saya ada di belakang mereka. Jadi pintu kereta jadi melending ke dalam sebab terkena tulang struktur kereta. Setelah berbincang dia setuju bayar RM500 untuk kos membaiki kerosakan. Sempat dia bagi tahu suami "wife you marah betul yek".
kemek dan calar kuda hijau ku.....
Hahaha saya tak marah pun, suka-suka kata saya marah. Sedangkan saya tak bercakap sepatah apa pun. Cuma saya berlalu pergi ke kedai sebab tidak mahu terlibat dalam perbincangan itu. Saya serahkan perkara itu kepada suami sebab saya lebih fikirkan kondusi ayah ketika itu. Cuma ada rasa sedih. Saya bayar hampir 19% dari gaji pokok untuk kereta. Dan ada lagi setahun lebih untuk saya lenyapkan tanggungan ni pada CCRIS saya. Sudah tentu saya mahukan kereta saya dalam keadaan baik-baik sahaja dan menjaganya sebaik mungkin. Yelah sebab kita dah guna duit gaji membayar tanggungan ini, betul tak?? Lols.
Stok BVSM habis, jadi saya balik Seremban minggu hadapan dan bawa pulang untuk ayah pakai. Kemudian kereta dihantar ke Pusat Servis Toyota untuk diperbaiki pintunya. Empat hari baru siap.
Beberapa hari ayah pakai, tidur dia lena. Rasa pening sakit kepala dah berkurangan. Lebam di mata pun pun dah beransur-ansur hilang (jika kepala berlaku pendarahan mata akan menjadi lebam sebab darah turun ke situ). Menjadi juga penangan BVSM ni.Masa beli dulu dekat dua bulan baru dapat kat stokis.
Kereta pun dah siap dan boleh di ambil di pusat servis. Alhamdulilah, kereta dalam keadaan baik seperti sedia kala. LEGA beb!!!
Kereta dah siap dibaiki, thanks service officer, Mr Gant.
No comments:
Post a Comment