Sunday, August 3, 2014

SELAMAT HARI RAYA 1435 HIJRAH

Belum terlambat aku nak ucap selamat hari raya pada pembaca blog ni walaupun hari raya ke lapan dah kui kui kui. Memang tak sempat nak tulis pape pun dalam blog, sibukkkk layan orang datang, masak2 dan pastu pergi beraya.

Tahun ni aku dan family beraya kat Johor sahaja. Dua tahun berturut beraya di Perak. kali ni habis seminggu cuti beraya kat Johor. Kat Perak kami dah balik awal lagi masa dua minggu bulan Ramadhan. Aku ada citer dlm blog ni. Jadi tema tahun ni baju aku sekeluarga kami pilih warna hijoooo. Yang baju raya semua ni kami beli kat PKNS Shah Alam. Semua sekali total RM360.00.


Suruh posing amik gambor pun payah nak kena pujuk2, warghhh

Ok, senyum cepat2 amik gambar hahaha.

Family abang aku...


Budak2 ni dapat gadjet dan smartphone tak kisah langsung dah duit raya. Adoiii

 Mak dan ayah, very simple. Tak kisah nak berbaju hari raya. Tapi itulah cara mereka, jarang nak berbaju raya.

Makan2 pagi raya, semua mak pakai dalam bekas Tupperware.

Menu masakan pagi raya, biasalah mesti ada sambal goreng jawa! Menu wajib tu.
Yang ni bahan2 dia sebelum siap, dah siap takde gambar. Tak sempat snap, dah licin abis, kbai...

 Sambal goreng jawa in the making...
 
Pastu buat ketupat pulut. Husband aku orang Perak, tak berapa pandai makan nasi himpit atau ketupat nasi. Jadi kami plan nak buat ketupat palas. Perghh punyalah payah nak cari daun palas kat bumi Johor ni. Last2 buat pakai daun kelapa jelah. Mak mertua aku pernah buat dulu masa kami balik kampung. Kemudian aku masak rendang daging dan kari ayam. Tahun ni beriya2 pulak aku masak juadah raya dan tidur dekat 3 pagi... Penat..

 
Mak buat menu kuah soto, nasi himpit jadi orang datang boleh pilih nak makan soto ke, ketupat pulut ker, rendang ke, kari ker,

Jemput2 makan, keluarga mak saudara ku dari Peserai.. Dah macam parti Tupperware aku tengok, lols..

Raya ketiga aku buat laksa Penang pulak. Sebab tak larat nak makan makanan bersantan lagi hehe. Kuah abis, tapi mee ada berbaki lagi suku. Ish kalau selalunya mee yang tak cukup kena rebus lagi hua hua hua

Laksa penang mali...!!

Raya ke enam baru ler kami balik rumah kat Seremban. Pergh penat betul beraya tahun ni. Alhamdulilah dapat beraya di semua rumah mak dan pak sedara amra di Johor. Dan Hari Ahad tu kami pulak pergi beraya di keluarga sebelah mak di Banting. Dan Sabtu depan ni, 9 Ogos 2014 inshaAllah kami akan buat kenduri doa selamat masuk rumah baru merangkap sekali jamuan 'Open House". Adui tengah fenin2 nak pikir menu apa untuk jamuan nanti, erkk..









No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...