Wednesday, May 20, 2015

Dilemma IT - Blended E-learning!!

Dalam buku Robert Kiyosaki ada bagitau, kita sekarang ni dah masuk zaman "Information Age"... Dah ada Facebook, Instagram, Whatassap, Google dan macam2 lagilah. Semua serba pantas... Zaman teknologi semua maklumat di hujung tangan. Sekarang nak cari apa2 mesti tekan google jer hahaha. Aku tengok Program TV9,  Mr X-Lari, bila cikgu tu tanya soalan, peserta keluar handphone google cari jawapan kan kan kan...

Apa susah, kita GOOGLE jer hah!!!

Dalam 2 minggu ni aku ikuti kursus dan seminar berkaitan IT. Minggu pertama, belajar buat E-book dahsyat klasss... lepas takde guna kertas2 dah semua download jer pakai ebook kan. Go Green!! Tapi ni bukan sebarang ebook. Selalu aku dapat E book macam sama jer dengan buku kertas.

Ebook yang tradisonal punya, boring kan macam buku biasa jer..


Bagus guna aplikasi ni, nak buat ebook pun senang.. Sesuai untuk penulis ebook nak publish karya korang. 


Janji ada nota yang dah dibuat secara Powerpoint. nanti boleh upload jadi ebook. 

Boleh letak video, animasi dan link website. Kena kreatif. Aku rasa lebih kurang konsep macam powerpoint jek tapi bagusnya dia macam buku virtual... Boleh selak2 buku secara virtual... Buat scrap book pun bagus. Photo album ker. Ada muzik lagi. Nak letak lagu nasyid pon boleh!!!

Buat nota Termodinamik.

Ni pun background tak berapa hebat pun. Kalau korang nak bagi pembaca ebook korang rasa umpama membaca atas hamparan padang, sambil melihat awan bergerak dan disinari cahaya matahari pagi pun boleh :) Hebat kan, lols.

Peserta kursus terdiri lecturer JKM. 

Dan hari ni, ada taklimat berkaitan blended E-learning di Politeknik Port Dickson. Taklimat khas dari Jabatan Pemgajian Politeknik. Tiga jam beb, lenguh belakang aku duduk lama dalam dewan tu. Berkaitan dengan pengajaran secara teknologi. Pengunaan aplikasi Cidos secara besar2an. Pensyarah kena berubah tak hanya bergantung kepada 'chalk and talk' sahaja... Mesti ada melibatkan networking. Pembelajaran yang moden, bukan tradisional lagi. 

Blended learning. Berubah????



Insha Allah boleh berubah, janganlah anggap pensyarah2 ni spesis dinosur. Tak boleh terima perubahan. 

Lagi pun memang menyenangkan kerja kami. Sungguh. Aku pun cukup suka pakai secara online. Cepat, pantas dan efisyen. Cuma jadi soalan, pelajar2 juga mahu kena berubah. Aku tertarik sesi Q&A tadi, seorang lecturer mengutarakan masalah kelas online dan flipper class ni ialah.... dia dah buat macam secara online dan cidos, tapi pelajar yang tak nak nak guna! Dia dah jadi give up :P
" BANG!!" itu yang sebetulnya...hahaha setuju. Aku pun hadap masalah tu sejak di Politeknik Kuching 2011 dulu. 

Taksub guna CIDOS, 
siapa ler kata lecturer tak nak berubah. 

CIDOS 2.5, memang cepat dan pantas. 


Sekarang ni dah ada CIDOS 2.5 baru. Senang nak letak macam2 dalam tu termasuk video, forum dan link untuk rujukan. Tapi pelajar2 yang banyak songeh- bagi alasan susah gunakan aplikasi tu.. Ada yang tak pernah langsung 'log in' nak masuk portal ni. Isk, isk... Aku dah guna aplikasi di zaman belajar universiti aku 10 tahun lepas, hari2 bukak online check announcement lecturer2 aku. Tapi boleh budak2 zaman sekarang cakap tak pandai, tak rajin nak guna??!

wahal FB pandai, Selfie pandai, Whatassap pandai. Kalau tak masakan aku tengah mengajar diorang sibuk belek handphone sampai kena baling marker dengan aku :P

So aku rasa sepatutnya sesi Blended E learning sewajarnya diperhebatkan dikalangan pelajar2 bukan setakat pengajar jer. Supaya pelajar2 ni tahu kemudahan teknologi sekarang ni bukan setakat pandai GOOGLE sahaja....

Kbai...!!



No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...