Friday, May 15, 2015

Hadiah Hari Guru 2015

Hari ini 16 Mei 2015, Hari Guru. Hari khamis sebelum itu, aku balutkan hadiah untuk mualimah2 Pasti Qaireen dan Umar. Tahun ni tahun terakhir Qaireen di Pasti, tahun depan dia dah masuk darjah 1. Tadika Pasti di sini tak raikan hari Guru, sebab tu tiada permintaan hadiah daripada anak2 untuk cikgu2 diorang macam sesetengah tadika yang lain.

Tapi atas tanda terima kasih, aku berikan hadiah tak seberapa ni sebab mereka banyak bantu mendidik dan menjaga Qaireen dan Umar.

Bagi tupperware, hadiah dah lama tak beli cuma tak bungkus2 lagi. Dah siap bungkus, cuma tinggal nak ikat reben.

Suruh Qaireen tulis ucapan pada kertas untuk bagi cikgu2 dia. Buat simple2 saja jek.

Umar pun nak join sekali.

Yeah, siap dah tulis. 

Hehe ringkas je tulis. Sebab dah jauh malam, mata semua dah mengantuk. Cepat2 tampal dan lekat ucapan di goodies bag. Pesan kat Qaireen nanti pagi bagi terus pada mualimah dia.

Petang semalam balik sekolah, Qaireen sibuk nk tunjuk sesuatu pada aku. Ada benda nak bagi kat ibu...


Kad untuk Hari Ibu... hari ni diorang buat kad sendiri untuk bagi kat ibu masing2. Satu Umar buat, 1 lagi Qaireen buat hehehe. Balik rumah diorang siap tampal kat fridge.


Selamat hari guru kepada semua pendidik di Malaysia :)




No comments:

Post a Comment

Ramadhan 1445 Tahun 2024