Tuesday, July 26, 2016

Qaireen tindik telinga

Lama sebenarnya hajat nak belikan subang dan tindikkan telinga Qaireen. Cuma tak sempat2 je kalau balik Johor nak singgah kedai emas tu. Kebetulan balik masa raya, aku ajak ayah singgah sekejap di kedai emas yang dia selalu berurusan. Ayah dah kenal tauke dia jadi senang sikit nak negiote kan... 

Kami jual sedikit barang kemas lama yang Qaireen pakai dulu sebab dah tak muat dah dia nak pakai. Tauke takde masalah bila aku mintak dijual dahulu. Lepas tu kami akan pilih yang barang baru dan bayar kepada dia. Kena ikut tatacara nak beli emas mengikut shariat Islam. 

First time masuk kedai emas, Qaireen teruja juga tengok rantai ler, gelang ler hmmm. 

Dia selalu tanya pasal kenapa perempuan suka pakai emas ye ahaha... Bila nak tindik, tauke cakap orang yang tindik tu tak de keluar kejap. Dia suruh tunggu dulu sebab kalau boleh masa tembak tindik tu buat serentak jadi budak takde ler dua kali nak tembak. 

Maka kita perkenakan cendol ler dulu. Qaireen memang suka giler makan cendol. Setengah jam pastu datang balik kedai emas. 

Wah cantik, subang mainan jer. Ada macam2 pattern. Pilih subang ni untuk pakai 2 minggu selepas tindik. Wah dulu2 kita pakai cucuk pakai besi je takpun lidi pun jadi ler ahaha. Nanti dah lepas 2 minggu baru pakai subung yang dibeli. 

Ok, mula2 amoi tanda dulu mana nak kena tindik. Tanda dan pastikan sama dan seimbang dua2 belah telinga. Lepas tu dia sapu spirit supaya bebas kuman sebelum tindik. 

Sedia, dua orang serentak tembak tindik kat telinga Qaireen kiri dan kanan. 1, 2, 3...bang. Hehehe time ni cuak muka dia. Tapi aku tau dia mesti tahan nangis sebab besar dah budak ni. Berani dah sikit. Aku masa kecik dulu kemain nangis bila nak kena tindik T_T. 

Muka Qaireen cembung tahan ..tahan... kata dia lah. Sakit ker? Sikit je dia bagitau. Amoi ni sembur spirit dan sabu krim untuk bunuh kuma. Ok nanti dah dua minggu baru buka tukar dengan subang baru ye. Settle... Budak ni dah tak sabar nak pakai subang baru.. sabar2 dulu yek.. 




No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...