Fuhh dekat seminggu dah raya baru nak update post T_T. Tahun ni kami beraya di Johor jer... sebab faktor kekangan masa, cuti pendek sebab Hari Raya ke lima dah kena balik Seremban. Raya ke enam, anak2 start sekolah dah. Lagipun kekangan bajet , kalau nak pergi balik dua2 tempat utara dan selatan dalam masa singkat jenuh jugak, penat abis beraya atas jalan jela nanti. Huhuhu.
Sebelum balik Johor sempat lagi aku 'membiskut'. Nak buat biskut sarang semut, almaklumlah kami tak beli kuih sebab nak jimat. Jadi buat sendiri jelah nak bawak balik Johor buat buah tangan :)))
Hari Jumaat petang, balik kerja jer terus buat dan bakar, siap sebelum berbuka. Kemas2 rumah dan beg baju. Pukul 12.00 malam baru gerak balik ke Johor. Sempat nak juga merasa berpuasa dan berbuka di Johor dalam 3 hari sebelum raya.
Tugas aku memasak rendang daging pada malam raya, Tembikai tu takde kena mengena dengan rendang yek!
Pung pang pung pang hah siap dah rendang daging Lemang tu tempah kat kampung Mampan jer... nak bakar sendiri tak de tempat nak bakar kalau duduk dalam taman perumahan ni kan kan..
Pagi beraya, anak2 dengan atuk dan wan mereka... Masa ni baru je lepas bermaaf2 dengan mak ayah T_T
Kami sekeluarga, family Hardy tak sampai lagi sebab diorang beraya di kg Batu Putih dulu...
Pak Su tema raya dia sempoi jer, dia kena kerja shif malam. Lepas makan dia pun sambung tidur balik. Biasalah nak gambar dengan budak2 ni mana duduk diam, nak statik jer. Bergegar lah semua gambar. Lompat sana sini.
Tema kami tahun coklat gelap, sedondon. Itu jela gambar yang diambil. Lepas tu tak amik2 dah hahaha punyalah sibuk layan orang datang beraya. Tak berhenti2 dari raya pertama sampailah raya ke lima. Dengan keluarga abang aku pun tak sempat nak snap gambar huhuhu.
Lepas tu hari raya pertama kami beraya di rumah arwah pak Long, anak2 dia ada kumpul di sana. Lepas tu duduk rumah sebab adik beradik ayah pulak nak datang beraya. Malam tu adik beradik mak dari Banting datang nak beraya dengan kami di sini.
Bentang tilam memanjang penuh kat ruang tamu tunggu orang Banting datang. Time ni dah pukul 12 malam, Ilhan cergas lagi tunggu nenek dan atuk sedara dia sampai.
Raya kedua baru berjalan beraya dengan adik beradik mak yang datang dari Banting. Boleh dikatakan semua adik2 ayah termasuk kakak dia yang masih ada tinggal area Batu Pahat jer.. Kecuali Cik An (adik lelaki ayah) di Melaka dan Cik Com (adik perempuan ayah) di Senawang. Letih dei... layan orang datang tak putus2 biasalah raya di Johor memang camni. Mak aku sampai dah letih nak masak dan layan orang beraya T_T
Apa2 pun aku nak ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada semua pembaca blog sendu aku ni hehehe kot2 kalau ada tulisan dalam ni menguriskan hati korang.. harap2 tak ada yek.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
dan
Maaf zahir dan batin.
Ikhlas dari kami sekeluarga... :)
No comments:
Post a Comment