Hobi aku membaca. Dari kecik aku memang suka membaca. Tak kiralah apa buku yang ada kat situ confirm aku akan amik dan baca. Kalau aku tidur kat rumah mak sedara, segala buku yang ada dalam bilik bacaan dia aku akan baca dan baca sampai abis ahaha. Jadi sebab kegilaan membaca, mak aku dan makcik2 aku terutama Mak Lang selalu beli dan hadiahkan aku buku dan majalah. Banyaaak... kisah nabi2, buku English dan buku2 cerita.. Pergh asal makan pun nak buka buku dan baca. Sebab tu buku2 aku tu ada capuk2 sebab kena kuah nasi ke kuah maggi huhuhu.
Bila dah mula kerja di Kulim, dah ada duit sendiri aku belilah buku2 di kedai Popular atau MPH. Siap daftar jadi ahli lagi nak dapatkan diskaun. Yang aku beli banyaknya buku novel T_T. Berderet buku novel dalam rak bilik kat kuarters aku. Mula2 oklah baca tapi lama kelamaan lepas dua tahun membeli dan baca, aku rasa membazir pulak. Sebab biasalah imiginasi penulis kadang2 kita tak boleh layan sangat, mengarut aje jalan cerita dia ahaha!! Terus stop. Sebab tu jarang layan drama TV yang confirm trend sekarang ikut buku novel huh!! (menyesal beli buku2 yang takda mendatang 'dividen' dan ilmiah ni..)
Masa tu aku kumpul komik juga. Satu je jenis komik tu, komik Jepun-Slam Dunk wah kah kah!! Asal member2 pergi jalan2 Penang je aku kirim mintak belikan. Ikutlah no episod dia berapa. Best woo baca komik ni, baru tau bukan senang nak main game dalam pasukan T_T. Memang terhibur kalau baca komik ni...
Sebab kat rumah mak ayah ada rak, aku ler yang rajin susun dan kemaskan ikut saiz dan ketebalan. Penuh buku atas rak tu, confirm bacanya semestinya aku, bukan abang atau adik aku (sekadar gambar hiasan)
Masa tu aku kumpul komik juga. Satu je jenis komik tu, komik Jepun-Slam Dunk wah kah kah!! Asal member2 pergi jalan2 Penang je aku kirim mintak belikan. Ikutlah no episod dia berapa. Best woo baca komik ni, baru tau bukan senang nak main game dalam pasukan T_T. Memang terhibur kalau baca komik ni...
Ni ler koleksi komik Slam Dunk yang aku kumpul. Sekarang semua ni tinggal kat rumah mak aku kat Batu Pahat, sebabnya aku pindah ke Sarawak malas nak angkut dalam kotak.
Tak tau ler mak simpan lagi dalam stor, ke dah buang dalam laut... huhuhu
Kalau baca komik ni seolah2 kita pun ada sekali kat dalam gelangang tu. Berdebar2 betul bila time pasukan Shohuku ni dalam keadaan genting T_T. Komik ni banyak dan sarat pengajaran - berjuang habis2an sehingga wisel tamat berbunyi!!πͺπͺπͺ
Itu cerita hampir sedekad yang dulu. Bila aku pindah ke Sarawak tetiba aku jadi malas membaca. Sungguh, tak beli buku! Bukan apa, sebab takde masa... Anak2 kecil lagi jadi tak da ruang masa dan tempat nak baca. Kalau pun membaca confirm hanya di internet sahaja kat opis. Tu pun baca Berita Harian Online ahahaha! Adalah juga beli buku2 karya Faisal Tehrani dah hujung2 waktu sebelum berpindah ke semenanjung.
Antara buku2 FT yang aku beli. Buku karya FT memang penulisan berat. Jadi isu dia tulis berat. Gaya penulisan dia- memang patutlah dia menang award Anugerah Sastera Negara! π
Bila pindah sini, barulah aku start beli buku berdikit2. Sebab anak2 dah besar dan mula bersekolah. Kebanyakkan aku beli hanya guna online jer.. Senang!! Pilih je mana buku yang kita nak, lepas klik2 bayar dan pos terus pada kita. Senang tak payah cari2 kat kedai tau. Lepas ni harap stastitik rakyat Malaysia membaca meningkat sebab mudah nak beli buku miahaha!!
Diam tak diam, banyak juga buku yang aku kumpul. Cuma sejak berpindah di sini beberapa tahun lepas aku membaca lebih kepada arah pelaburan, pengurusan kewangan dan keagamaan.
Koleksi yang ada kat pejabat. kat rumah ada juga.
Tapi nak abiskan membaca memang ambil berapa hari. Errr pun kadang2 berbulan-bulan juga T_T. Genre dia berat, isu berat. Jadi kena berfikir, banyak terma yang perlu difahamkan. Sebab tu bila baca dua tiga perenggan aku pun tertidur....π΄π΄π΄π΄π΄ Tapi sikit2 lama2 abis juga ler membacanyaππ
Sekarang yang warisi minat membaca ni anak aku yang sulung, Qaireen Shafiyyah. Suka benar membaca sampai nak makan pun sibuk nak membaca. Ayah dia asyik bising time makan sibuk nak baca, aku pun sama gak. Tapi bila pikir balik aku time kecik pun camtu jugak ππ
Nak makan pun sibuk baca kertas atas meja, lambat ler dia suap nasi π
π
Itulah serba sedikit citer tang kisah hobi aku. Hobi korang apa pulak?
No comments:
Post a Comment