Monday, May 1, 2017

Buat perapan daging kambing bakar

Cadang nak buat BBQ di Port Dickson sempena cuti HAri Pekerja tahun ni. Tahun lepas dah bercuti di Avani Sepang jadi tahun ni just di Port Dickson sebab ayah nak join pertandingan memancing kategori pantai di Port Dickson. 

 Beli barang2 kay Mydin Seremban 2. Daging kambing kami beli dalam 3 kilogram. 

Dah amik, pergi bayarlah. Takkan buat lupa kot >_<

 Ok daging kambing dah ready. Cuma slice dia agak tebal juga. Nak perap amik dalam 1 hari kot bagi meresap betul sampai ke dalam daging.

 Biji ketumbar, jintan putih dan jintan manis.
Sebab daging tiga kilo, jadi amik 3 sudu kecil dan kisar bagi halus semua rempah. 



 Bawang putih 1 lawang.
Halia dan lengkuas sebesar ibu jari. Kupas dan kisar halus. 

Sos black pepper. Memandangkan kebanyakkan nak makan adalah orang Johor jadi kita gunakan cap Jalen yek hehehe. 

Aku lupa snap gambar madu. Letaklah madu dalam tiga sudu bear. Nak bagi manis letak lebih lagi. 


Bahan kisar semua tu tuang dan curah sekali sos dan madu. Lepas tu gaulkan sampai sebati. 

Dah ratakan rempah dan sos serta madu, simpan perapan dalam sehari semalaman. Baru boleh bakar atau panggang. 




No comments:

Post a Comment

Ramadhan 1445 Tahun 2024